21/03/2024
Okay guys. Aku nak share sikit pasal faraid.
Dan aku nak share jugak apa yang hibah boleh bantu.
Alhamdulillah, harini selesai sudah proses pembahagian harta pusaka peninggalan arwah suami akak aku.
Arwah meninggal pada Julai 2021, proses faraid selesai pada Ogos 2023. Dua tahun jugaklah masa yang diperlukan. Dan ada sesetengah kes memakan masa sehingga berbelas tahun untuk diselesaikan, disebabkan faktor dan masalah tertentu.
Gambar 1.
Surat perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Kat dalam surat tu kita boleh nampak waris-waris yang berhak keatas semua harta peninggalan arwah.
Gambar 2.
Jumlah simpanan yang ada dalam akaun KWSP arwah. Dan kesemua simpanan yang ada akan digunakan untuk melangsaikan segala hutang yang ditinggalkan arwah terlebih dahulu, sebelum diagihkan mengikut bahagian masing-masing.
Kalau ada lebihan, ada lah belanja untuk anak isteri.
Kalau takde, takdelah.
Gambar 3.
Kos perbicaraan yang perlu dibayar.
Dan ada beberapa dokumen juga yang perlu dibayar ye.
Kesimpulannya disini, nak “mencairkan” harta peninggalan arwah memerlukan masa dan juga kos. Pada waktu ini lah sedikit sebanyak hibah takaful dapat membantu.
Bayangkan jika arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta atau simpanan, macam mana dengan nasib anak isteri?
Dengan pampasan hibah itulah waris dapat meneruskan kehidupan sementara menunggu proses faraid itu selesai.
Kalau nak tahu betapa pentingnya hibah, silakan bertanya dekat balu yang kehilangan suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.
Jangan tanya dekat ejen takaful pulak ye.
Apa ejen ni cakap semua taknak percaya. 😌
Faraid itu sempurna, hibah itu memudahkan. ❤️
P/S : Bagi mengelakkan salah faham kepada sesiapa yang baca posting ni.
Arwah abang ipar aku tak sempat sediakan hibah takaful untuk keluarga beliau sebab dah di diagnose dengan penyakit jantung. Dan punca kematian arwah juga disebabkan penyakit tersebut.
Tujuan aku memuat naik posting ni adalah untuk sama-sama kita jadikan iktibar dan berkongsi kebaikan hibah takaful, dan apa yang hibah takaful boleh bantu sekiranya kita melalui situasi yang sama satu hari nanti.
Dalam masa yang sama, s**a untuk aku ingatkan bahawa hukum faraid itu tiada cacat celanya.
Hibah bukanlah penyelesaian kepada faraid.
Tetapi hibah boleh membantu sementara menunggu selesainya proses faraid.
Semoga bermanfaat. 🙏