18/11/2025
Kos Rawatan Warga Emas RM8.7 Bilion, Ini Amaran Untuk Kita Semua.
Realiti hari ini, kos rawatan warga emas di Malaysia sudah mencecah RM8.7 bilion setahun. Majoriti mereka tiada insurans dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada hospital kerajaan. Ini bukan isu kecil, ini gambaran masa depan kita jika kita tidak bertindak dari sekarang.
Kenapa Bahaya Jika Tiada Insurans?
Tanpa insurans kesihatan atau insurans nyawa, satu kecemasan saja boleh:
• Menghabiskan simpanan bertahun-tahun,
• Menyebabkan hutang perubatan,
• Membebankan keluarga,
• Mengganggu masa depan anak-anak,
• Dan bagi peniaga, boleh menyebabkan seluruh bisnes jatuh sekelip mata.
Kos rawatan semakin meningkat setiap tahun. Kalau kita tidak bersedia, kita yang akan merasai beban yang sama seperti generasi warga emas hari ini atau lebih teruk.
Insurans Bukan Sekadar Ada Tapi Mesti Komprehensif.
Ramai orang ada polisi, tapi polisi itu:
• Limit rendah,
• Tidak cover penyakit kritikal,
• Tidak cover bil rawatan yang mahal,
• Atau hanya “cukup syarat”.
Bila sakit, baru sedar polisi itu tidak cukup. Itu lebih menyakitkan.
Bagaimana Nak Upgrade Polisi Anda?
Senang sahaja:
1. Review polisi lama – lihat cover mana yang lemah.
2. Bandingkan dengan plan komprehensif yang limit lebih tinggi, medical card yang lebih baik, dan perlindungan lebih luas.
3. Pindah ke syarikat insurans yang lebih stabil dan lebih kuat (tiada penalti kalau proses dibuat dengan betul).
4. Pastikan medical coverage anda boleh bertahan untuk 20–30 tahun akan datang.
Jangan bertahan dengan polisi yang tidak melindungi anda. Hidup berubah, kos berubah polisi pun mesti berubah.
Hidup tanpa insurans ibarat berjalan di tepi jurang — nampak stabil, tapi satu langkah silap boleh jatuhkan semuanya.
Kalau tiada polisi, ambil polisi sekarang.
Kalau polisi tak cukup bagus, upgrade sekarang.
Kalau tak pasti, JOMKOPI, biar saya review polisi anda anda tak rugi satu sen pun.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam sistem kesihatan apabila ramai warga emas tanpa insurans bergantung sepenuhnya kepada hospital dan klinik kerajaan.
Berita lanjut klik link atau IG Story: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/rawat-pesakit-warga-emas-rm8-7-bilion-setahun/