30/08/2023
Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan negeri kita, Malaysia. Nama lain bagi Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan (Independence Day) adalah Hari Kebangsaan (National Day) yang disambut setiap tahun pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.
31 Ogos 2023, Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 jatuh pada hari Khamis. Tarikh Hari Malaysia 2023 p**a pada 16 September 2023 iaitu hari Sabtu. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia.
Soalan : Merdeka 2023 keberapa?
Jawapan : Hari Kemerdekaan ke-66
Setiap tahun, sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan logo dan tema yang berbeza. Logo Hari Kemerdekaan ke-66 tahun 2023 berteraskan Logo Malaysia MADANI. Logo ini juga digunapakai untuk sambutan Hari Malaysia.