Lynn Ms Takaful

Lynn Ms Takaful Life Insurance Advisor providing professional advice in Life Insurance for our People & Customers Perunding Takaful

10.2.2026Nak Ride.. jangan bawa bini..!(disclaimer : nukilan ni utk peringatan utk org lain..gambar sekadar hiasan)Hari ...
14/02/2026

10.2.2026

Nak Ride.. jangan bawa bini..!
(disclaimer : nukilan ni utk peringatan utk org lain..gambar sekadar hiasan)

Hari ni aku terbaca satu berita menyayatkan hati..
Suami isteri maut di jalan raya..
sewaktu ride... merempuh sebuah Hilux.. dan dua dua pergi serentak..

Di rumah.. dua orang anak menunggu..
ibu yang tak p**ang..
ayah yang tak sempat minta maaf..

Sejak dulu aku dah pesan..
kalau nak ride... Ko ride la sorang sorang..
Jangan heret isteri ke atas risiko
yang kau sendiri tak mampu kawal..

Ini bukan soal berani..
ini soal tanggungjawab...

bila kau bawa isteri..
kau bukan bawa nyawa kau seorang..
kau bawa masa depan anak-anak..
kau bawa doa ibu bapa..
kau bawa amanah yang Tuhan letak atas bahu kau...

Kalau seorang pergi..
anak masih ada satu tempat bergantung..
tapi bila dua-dua gugur di jalan..
anak bukan hilang orang tua..
anak hilang dunia..

Ada orang kata..
“ajal di tangan Tuhan..”
betul..
tapi Tuhan juga bagi akal..
untuk kita pilih jalan yang kurang bodoh..

Keberanian tanpa fikir jauh..
bukan heroik..
itu cuai yang dibungkus ego..

Hidup ni bukan tentang
siapa paling laju di lebuh raya..
tapi siapa yang masih ada
bila anak panggil “ayah” dan “ibu” malam-malam..

Kalau kau sayang keluarga..
fikir sebelum p**as minyak..
fikir sebelum ajak isteri..
fkir sebelum jadikan anak..
jadi mangsa keputusan kau sendiri..

Jalan raya tak pernah berjanji..
untuk beri peluang kedua..



Masih ramai yang tak faham perkara yang mudah dan basic ni. Belajar la pasal pengurusan kewangan ni. TAKAFUL = PERLINDUN...
06/12/2025

Masih ramai yang tak faham perkara yang mudah dan basic ni. Belajar la pasal pengurusan kewangan ni.

TAKAFUL = PERLINDUNGAN

Takaful bukan tempat kumpul duit.
Takaful adalah payung.

Kau bayar sedikit setiap bulan supaya bila hujan turun seperti sakit, kemalangan, masuk ward, kau tak runtuh dari segi kewangan.

✔️ Cover bil hospital
✔️ Cover income bila tak boleh kerja
✔️ Cover keluarga kalau kau dah tiada
❌ Bukan tempat simpan duit

Takaful ni ibarat helmet.
Kau tak beli helmet sebab nak nampak cantik.
Kau beli sebab kalau jatuh, kepala kau selamat.

ASB / EMAS / TABUNG HAJI = SIMPANAN / PELABURAN

Ini p**a tempat duit kau membesar.

Kau letak duit → duit tu berkembang.
Kau simpan → nilai tu jadi aset.

✔️ ASB → p**angan dividen
✔️ Tabung Haji →dividen, simpanan + haji
✔️ Emas → pelindung nilai jangka panjang
❌ Bukan cover bil hospital

Ini semua ibarat kebun.
Kau tanam hari ni, kau tuai kemudian hari.

Masalah berlaku bila orang terbalikkan fungsi:

– Nak ambil medical card tapi tanya “berapa dapat p**angan?”
– Simpan emas tapi tak ada perlindungan bila sakit.
– Ada ASB RM30,000 tapi masuk hospital RM20,000… terus hangus simpanan.

Sebab tu orang bijak kewangan pegang satu prinsip:

“SIMPANAN untuk bina kekayaan.

TAKAFUL untuk lindungi kekayaan.”

Kedua-duanya penting.
Tapi fungsinya tak sama.

Kalau kau baru bina kewangan, rule paling simple:

1️⃣ Protection dulu (Takaful) → supaya apa-apa jadi, kau tak jatuh miskin.
2️⃣ Baru savings & investment → supaya duit kau bertambah dari masa ke masa.

Bila kau faham beza dua benda ni, barulah kewangan kau jadi teratur.

Ada faham?

Dan apa yg rugi nya ambik takaful? Klu ko faham penting nya takaful bila ko terdesak!

AGT ..We love our business Takaful, we love our agency Madinah Group , we love our company Prubsn Takaful
09/11/2024

AGT ..
We love our business Takaful, we love our agency Madinah Group , we love our company Prubsn Takaful

29/10/2024

We are no.1 insurance di Malaysia

02/05/2024
Hari ini 7/12/2023Pok Nik Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanla...
07/12/2023

Hari ini 7/12/2023
Pok Nik

Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.🤲🏻🤲🏻

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pok Nik. semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. DaripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.

Macam tak percaya scroll2 FB nampak gambar Pok Nik??😳😭😭senior yang selalu aku bertanya tentang ilmu takaful semasa di booth, yg tak lokek untuk berkongsi ilmu.

Selamat Jalan Pok Nik ke negeri Abadi, Moga tenang lah di sana.



Pelantikan Wasi & Pentadbiran PusakaWasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta...
12/09/2023

Pelantikan Wasi & Pentadbiran Pusaka

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.

as-Salihin merupakan sebuah syarikat amanah dan boleh bertindak sebagai Wasi. as-Salihin akan memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan lancar.

Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

Kepentingan Pelantikan Wasi

Pengurusan harta pusaka yang sempurna adalah bergantung kepada pelantikan Wasi yang tepat dan berwibawa. Kesejahteraan dan kebajikan ahli keluarga anda adalah bergantung kepada Wasi yang anda lantik. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga hak keluarga anda dengan selamat. Sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

Kelebihan Melantik as-Salihin Sebagai Wasi

as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (telah dipinda kepada Akta Syarikat 2016) dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Ia tertakluk dengan peruntukkan undang-undang, oleh itu benefisiari yang diamanahkan kepadanya adalah terpelihara dan dilindungi. Kewujudannya bersifat kekal dan bon jaminan dikecualikan sekiranya ia bertindak sebagai Wasi Utama atau Wasi Gantian.

Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Gantian bagi Wasiat anda. as-Salihin pakar di dalam bidang Syariah dan undang-undang serta sokongan daripada Lembaga Penasihat Syariahnya, akan memastikan hasrat anda dapat dilaksanakan dan proses pentadbiran harta pusaka berterusan sehingga ke pengagihan terakhir.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa Wasi anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Adalah penting untuk memastikan Wasi yang dilantik mampu serta layak menjalankan tugas bagi memastikan kebajikan si mati dan ahli keluarga terjaga.

Jika anda ingin berbincang dengan Perancang Harta Pusaka Islam

Boleh hubungi saya Lynn@ 012-2660092

Address

Petaling Jaya
47400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lynn Ms Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share