22/06/2021
*BERMINAT NAK APPLY LOAN RUMAH? JOM TAHU TENTANG MRTT DAN MLTT DULU*
APA ITU MRTT DAN MLTT?
MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT p**a merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.
Jadi kita digesa untuk menyokong produk-produk patuh syariah, jadi MRTT dan MLTT adalah yang releven untuk tujuan ini.
APA BEZA MRTT DAN MLTT?
Jadual perbandingan antara MRTT dan MLTT
adalah seperti di dalam gambar disertakan.
Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.
Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran. Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.
Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala p**a bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai.
*Selain harga, perbezaan ketara bagi MRTT dan MLTT ialah;*
+ MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun.
+ Manakala MLTT p**a memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.
APA BEZA DARI SUDUT PERLINDUNGAN KEWANGAN ?
Infografik perbandingan MRTT dan MLTT dari sudut perlidngan kewangan turut djsertakan di bawah
Coverage bagi MRTT adalah berdasarkan baki pembiayaan atau pinjaman perumahan yakni akan berkurangan setiap tahun, manakala coverage bagi MLTT p**a adalah setara dari awal polisi hingga tamat.
Perbandingan MRTT dan MLTT; dalam situasi berlaku kematian atau lumpuh kepada penghutang atau pemilik rumah.
Jadi apa bila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank, manakala polisi MLTT p**a membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan tanggungjawab penama utk selesaikan hutang si mati kepada bank.
Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.
Manakala bagi kes MLTT p**a, pihak penama atau ahli waris akan terlibat utk menerima pampasan dari pihak syarikat. Selepas menerima pempasan tersebut, maka pihak waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada pihak bank.
Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekaligus baki hutang atau secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah milik ahli waris, tertakluk kepada faraidh.
PERBANDINGAN MRTT DAN MLTT, KESAN DAN AKIBAT APABILA PEMILIK RUMAH MEMBUAT REFINANCE ATAU MENJUAL RUMAH?
Bagi setiap polisi MRTT, penama atau pemegang amanah polisi ialah bank, manakala bagi polisi MLTT p**a, pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja seperti pasangan, isteri, suami, adik beradik, anak-anak dan sebagainya. Polisi MLTT juga kita boleh letakakan syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee sebagai penama atau pemegang amanah.
Setiap satu polisi MRTT yang diambil hanya untuk satu pembiayaan atau pinjaman perumahan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita lakukan refinancing atau jual rumah tersebut sebelum tamat tempoh maka polisi MRTT tersebut akan terbatal.
Perkara ini tidak terjadi jika kita mengambil MLTT kerana setiap polisi MLTT boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan sekiranya pemilik membuat refinancing atau menjual rumah tersebut sebelu tamat tempoh.
*Contoh kes perbandingan bayaran bagi MRTT dan MLTT*
Ini adalah sampel kes, perbandingan “apple to apple” di antara MRTT dengan MLTT dari sudut bayaran dan nilai tunai bagi setiap polis.
Bagi polisi MRTT Â sudah tentu tiada langsung nilai tunai yang diperolehi manakala bagi MLTT Â p**a mempunyai nilai tunai. Ia tidak dijamin di dalam polisi tetapi mempunyai unjuran dengan jangkaan keuntungan pelaburan pihak syarikat takaful.
Jadual ini berdasarkan beberapa quotation MRTT dan MLTT dari bebrapa syarikat takaful di Malaysia, dan jumlahnya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada polisi syariah
Secara umumnya,
MRTT sesuai untuk
Rumah utk KEDIAMANPembelian JANGKA PANJANGTIDAK bercadang utk melakukan RE-FINANCINGUmur 35 tahun ke atas
manakala,
MLTT sesuai untuk
Rumah utk PELABURAN
Pembelian JANGKA PENDEK
Bercadang melakukan RE-FINANCING
Umur bawah 35
***********
MACAM MANA NAK APPLY?
Ia ditawarkan oleh kebayakan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.
Boleh hubungi nombor di bawah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
wasap.my/60123697624
wasap.my/60123697624
wasap.my/60123697624