Bookkeeper Utara

Bookkeeper Utara AMBITIOUS BOOKKEEPER is a company helps business owner from headache for record daily transaction for accounting work

30/09/2022

Open 5 slot untuk usahawan micro yg belum sempat menguruskan aliran tunai perniagaan anda.

Tahniah
26/07/2021

Tahniah

Tahniah Saudari Hannah Mumtazah atas pencapaian yang cemerlang dan membanggakan kita semua dengan mendapat pencapaian nombor 1 dunia dalam kertas Financial Management dan nombor 2 dunia dalam kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan akauntan bertauliah ACCA.

Saya sebagai seorang akauntan bertauliah yang antara batch terawal menduduki peperiksaan ACCA sejak diperkenalkan di Malaysia, tahu bagaimana susahnya peperiksaan ini. Mendapat ranking nombor 1 di dunia memang sangat luar biasa. Pastinya ianya lahir dari sikap keinginan, ketekunan dan kuat berusaha yang luar biasa.

Ini membuktikan bahawa anak bangsa kita berkemampuan dalam menjadi yang terbaik sekaligus menidakkan stigma-stigma buruk terhadap mahasiswa universiti tempatan kita terutamanya UiTM selaku sebuah institusi pendidikan Bumiputera yang penting di Malaysia.

Semoga kisah Saudari Hannah Mumtazah dapat diceritakan dan diangkat sebagai 'role model' kepada anak-anak muda kita, dan seluruh dunia oleh media-media arus perdana.

Teruskan kecemerlangan! InsyaAllah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
26 Julai 2021

______

▪️Telegram: t.me/AminuddinYahaya

22/07/2021

Dulu saya main buat je business, tidak rekod pon duit keluar masuk. yang penting duit masuk poket besok pi beli stok untuk berniaga.

Rutine berniaga macam tu la. tak tahu pon untung ke rugi ke? bila business sudah maju sikit nk buat loan ada masalah. Nak mohon bantuan MARA, Tekun xdapat.

Sebab tu saya nekad nak tolong peniaga micro macam saya dulu dengan menawarkan khidmat penyediaan akaun secara sistematik, mudah mendapat kelulusan loan tanpa sakit kepala paham akaun dan dapat tumpu pada jualan dan promosi.

Pentingnya kita perlu tahu penjalanan pengurusan account supaya tidak berlaku perkara yang seperti ini
30/06/2021

Pentingnya kita perlu tahu penjalanan pengurusan account supaya tidak berlaku perkara yang seperti ini

Mohd. Fadzil (kiri) bersama Nadzim Johan dalam sidang akhbar secara maya hari ini. CYBERJAYA - Kemelut yang mencetuskan kerugian sehingga RM3 bilion

19/06/2021

Sudah siap ke account business anda?

14/05/2021

6 Kesilapan Paling Besar Dalam Membuat Laporan Kewangan

Salah satu masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan adalah pengurusan kewangan. Ramai peniaga kecil yang terpaksa gulung tikar kerana kesukaran mengatur laporan kewangan. Pengurusan kewangan harus ditangani secara profesional dengan mengikuti kaedah yang betul. Ramai para usahawan melakukan beberapa kesilapan dalam pengurusan kewangan. Walaupun leceh, pengurusan kewangan amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Berikut adalah beberapa kesilapan dalam pengurusan kewangan yang biasa dilakukan:

#1 Tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas

Penyediaan rancangan dapat membantu para usahawan dalam menjaga kewangan dengan baik. Selain itu, anda perlu memastikan wang anda digunakan untuk perkara yang dapat meningkatkan kentungan pelaburan. Dengan adanya perancangan yang jelas, ini dapat membantu anda menghindari risiko kerugian. Rancangan kewangan yang sederhana, termasuk cashflow yang jelas dan terperinci dapat membantu anda mengetahui kedudukan perniagaan yang dijalankan.

#2 Tidak memahami cashflow

Cashflow yang baik dapat membantu perniagaan anda berkembang. Namun begitu, ramai para peniaga belum menyedari kepentingannya. Cashflow yang lemah mampu melumpuhkan sesebuah perniagaan. Ini kerana anda tidak mempunyai simpanan wang tunai untuk memajukan perniagaan tersebut. Oleh itu pastikan anda meletakkan lebih kawalan dan pastikan cashflow anda diurus.

#3 Tidak mengambil khidmat akauntan profesional

Ramai para peniaga tidak mahu mengambil perkhidmatan akauntan profesional kerana kos perkhidmatan yang tinggi. Akibatnya, para peniaga tidak dapat mengurangkan perbelanjaan perniagaan mereka. Seorang pakar kewangan pastinya dapat menilai bagaimana cara yang tepat untuk meningkatkan cashflow dan keuntungan perniagaan, serta cara menjimatkan waktu. Rekod dan susunan laporan kewangan memang sukar disediakan dan memerlukan banyak masa. Oleh itu, mengambil khidmat profesional akan banyak membantu.

#4 Kurang pengetahuan dlm bidang perakaunan

Ramai yang baru mendirikan perniagaan belum tahu asas laporan kewangan, contohnya, untung kasar dan untung bersih, penyata imbangan, laporan cashfow dan penyata pendapatan. Walaupun anda telah mengambil perkhidmatan akauntan profesional, sebaiknya anda perlu memahami beberapa istilah penting dalam kewangan. Pengetahun ini penting bagi setiap peniaga terutama sekali mereka yang baru mula bermula dan yang berhasrat untuk berniaga di masa akan datang.

#5 Tidak menyedari kepentingan menguruskan wang dari mula perniagaan

Biasanya ramai para usahawan cuma mula melihat kepada pengurusan kewangan bila perniagaan mengalami masalah. Ini sudah terlambat. Dengan menguruskan kewangan dari awal dan melalui bantuan pakar kewangan, anda dapat menghindari masalah yang mengancam perniagaan tersebut. Antaranya adalah masalah cashflow dan keputusan pelaburan yang kurang baik.

#6 Mencampuri hal perniagaan dan peribadi

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh para usahawan adalah mencampur hal perniagaan dengan peribadi. Adalah penting untuk anda memisahkan antara kewangan perniagaan dengan kewangan peribadi. Rekod laporan kewangan dari akaun perniagaan akan mencatatkan semua urusniaga dalam perniagaan. Dengan itu anda dapat mengenalpasti dengan tepat keuntungan atau kerugian yang diperolehi.

Demikian beberapa kesilapan yang biasa dibuat oleh para peniaga dalam membuat laporan kewangan. Jika perlukan Khidmat kami sedia membantu.

Address

Permatang Pauh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bookkeeper Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bookkeeper Utara:

Share