22/12/2020
5 PERKARA YANG MEMBOLEHKAN KERJA MAKAN GAJI DAPAT JADI JUTAWAN
1. Belajar Ilmu Asas Jadi Kaya
Kuasa Kompaun (Compounding Interest). Manfaatkanlah cara paling cepat nak belajar adalah melalui kiraan Rule 72. Melalui Rule 72 kita dapat tahu secepat mana duit boleh jadi berganda.
72 ÷ rate of return = tempoh duit jadi double.
Contoh; dengan menggunakan rate of return seperti berikut:
4% ; 72 ÷ 4 = 18 tahun
6% ; 72 ÷ 6 = 12 tahun
8% ; 72 ÷ 8 = 9 tahun
10% ; 72 ÷ 10 = 7.2 tahun
50% ; 72 ÷ 50 = 1.44 tahun
2. Kenal Musuh Kekayaan
Inflasi.
RM10,000 ribu yang ada hari ini tidak sama dengan RM10,000 ribu yang bakal diterima 1 tahun lagi. Nilai duit itu pada tahun hadapan, dengan kadar inflasi 3% maka kuasa membelinya cuma RM9,708.
Simpan dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank sekadar keperluan sahaja. Tetapi jangan banyak sangat. Selebihnya mesti dilaburkan ke tempat lain.
3. Pilih Kenderaan Kekayaan
Ekuiti adalah kenderaan kekayaan terbaik. Ekuiti bermaksud saham. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ekuiti.
Sekiranya ada masa, labur secara terus di Bursa Malaysia. Sekiranya tidak ada masa, maka ini pilihan yang ada:
- Mandat persendirian (Private Mandate) yang diuruskan Asset Management Companies
- Exchange Traded Fund (ETF) “unit trust” yang dijual di Bursa Malaysia
- Unit trust jenis ekuiti yang diuruskan oleh Unit Trust Management Companies
4. Bagi Masa Duit Bekerja
Pelaburan adalah ibarat tanam pokok durian. Lagi cepat kita bermula dan lagi lama kita tanam, lagi banyak buah yang diperoleh.
Contohnya pelaburan RM10 ribu. Jika pulangan pelaburan ialah 6% setahun maka ini hasilnya:
5 tahun > RM13,382
25 tahun > RM42,919
5. Buat Hutang Yang Perlu Bijak
Buat hutang yang perlu sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti berhutang untuk beli rumah kediaman dan kereta. Selain dari itu elak dari berhutang. Bila kita fokus untuk simpan dan melabur, maka nilai aset bersih (net worth) kita bertambah. Sekiranya kita mengumpul hutang, maka nilai bersih (Net Worth) kita lama-lama berkurangan.
RM1,000,000 juta (harta) – RM900,000 ribu (hutang) = RM100,000 ribu (Net Worth/Nilai Bersih)
Jadi jutawan bukan bermaksud ada RM1,000,000 juta ringgit untuk dibelanjakan. Tapi mempunyai RM1,000,000 juta ringgit yang bekerja keras untuk kita. Supaya akhirnya kita mempunyai pilihan untuk bersara dengan selesa kerana sudah ada pendapatan pasif.
- Ilham asal daripada Pakdi