11/01/2022
Sebagai peringatan kepada semua pencarum medical card takaful. Xkisah lah anda client dari company mana sekalipun, pesanan ini untuk anda.
Jika sekiranya anda mencarum di dlm mana2 plan yg di dalamnya mempunyai medical card, jangan pernah berharap yg harga akan selamanya kekal pada harga tersebut. Kerana, medical cost tak selamanya maintain. Harga akan ada kenaikan dari segi faktor medical inflation, dan juga faktor peningkatan umur. Semakin berumur seseorang, semakin berisiko dan mudah diserang pelbagai penyakit. Sebab tu nak signup plan takaful perlu dilakukan di usia muda sbb harganya jauh lebih murah, serta kurang risiko penyakit.
Dan juga, pihak syarikat takaful akan meminta pencarum utk tambahkan nilai caruman, sekiranya tabung tabarru tidak mencukupi. Anda perlu paham, bila anda mencarum di dalam takaful, segala kos rawatan, dan lain2 kos yg peserta takaful claim adalah dari wang tabung tabarru itu sendiri.
Kita xmungkin boleh lari dari kenaikan harga medical plan disebabkan faktor2 di atas. Apa yg hakak boleh simpulkan, kita xmampu nak control inflasi yg berlaku. Tapi konsistenlah dalam mencarum sbb belum tentu jika sesuatu musibah berlaku kedepan, kita mampu untuk biaya sejumlah kos rawatan yg tinggi.