04/05/2026
π£ππ‘πππππππ‘ π£ππ‘π¦ππππππ‘ π¦ππ πππ‘ πππ¦π£ππ’π₯ππ¦π π₯πππ πππ‘π§π¨π πππ₯ππ¦ππ¦πππ‘ πͺππ₯ππ¦ππ‘
UMK Holdings telah melaksanakan aktiviti latihan di bawah Hasanah Special Grant (HSG) 2025 yang merangkumi sesi taklimat pensijilan serta pembelajaran berasaskan pengalaman dalam bidang Seni Kraf Barang Kemas.
Bermula 12 April 2026, para peserta yang terpilih telah mula mengikuti taklimat berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 yang memberi pendedahan kepada laluan pensijilan, keperluan kompetensi serta kaedah penilaian yang akan dilalui sepanjang program, termasuk pemahaman terhadap National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai rujukan utama dalam penetapan standard kemahiran, kandungan latihan dan penilaian kompetensi bagi bidang Seni Kraf Barang Kemas.
Selain itu, pada 3 Mei 2026 peserta turut menjalani aktiviti pembelajaran luar pusat latihan iaitu perkarangan di Muzium Istana Jahar dan Muzium Negeri Kelantan, di mana mereka diberi tugasan untuk menghasilkan lakaran idea reka bentuk barang kemas berasaskan pemerhatian terhadap elemen dan motif tradisional. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap seni warisan tempatan serta menggalakkan penghasilan reka bentuk yang kreatif dan beridentiti tempatan melalui gabungan pembelajaran teori dan praktikal.