10/10/2024
ELAK MENIPU DALAM PERNIAGAAN
Lalu kat wall kami kes penipuan agen takaful. Perkara ini sudah jadi lazim. Takaful untuk perlindungan risiko, bukan skim simpanan atau pelaburan (kecuali produk tertentu).
Nak pendapatan dari komisen bukan tiket untuk menipu. Walaupun produk yg dijual patuh syariah.
Jika kita berjaya jual sesuatu melalui penipuan, dosa menipu tidak terampun sehingga kita mohon maaf dari orang yg kita tipu dan bayar balik perbezaan wang yg kita tipu, jika ada.
Menipu adalah amalan yang sangat dimurkai dalam syarak, bahkan dianggap sebagai dosa
Surah An-Nahl ayat 105 yang berbunyi;
اِنَّمَا يَفۡتَرِى الۡـكَذِبَ الَّذِيۡنَ لَا يُؤۡمِنُوۡنَ بِاٰيٰتِ اللّٰهِۚ وَاُولٰۤٮِٕكَ هُمُ الۡكٰذِبُوۡنَ
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah pembohong.”
Hadis diriwayatkan daripada Abu Bakrah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Hendakkah aku beritahu kepada kalian dosa paling besar di antara dosa-dosa besar? Kami berkata: 'Sudah tentu wahai Rasulullah'.
"Baginda bersabda, 'syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.' Ketika itu Baginda SAW bersandar, lalu baginda duduk dan berkata 'ketahuilah, perkataan dusta dan kesaksian palsu,' sebanyak dua kali. Baginda terus menyebutnya hingga aku berkata 'Baginda tidak diam'. [Riwayat al-Bukhari (5977) dan Muslim (88)]
Berniagalah dengan ikhlas dan amanah, takutlah kepada Allah SWT.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah…😬
cc: Ustaz Lariba