10/10/2022
Subhanallah
Malam td terima call bertalu2 dari seorang client.. Selepas solat Maghrib baru chek handphone.. 10 MISS CALL ๐ .. Mesti URGENT ni.. Cuba call balik ..
Client : Awak pergi mana saya call berpuluh kali tak angkat.. Mcm ni ke agent insurans.. Sepatutnya awak kena sentiasa pegang handphone n jawab bila klien call !!! ..
Saya : maaf ye bang ...jangan marah2 mcm ni....abg call time maghrib.. saya tengah solat tak dapat nak jawab call abg....Kenapa ye abg call saya? Bulan lepas sy call n mesej abg banyak kali utk remind payment insurans tapi abg tak reply pun...
Client : "Terdiam"... Maaf.. Bulan lepas saya busy outstation.. Tak sempat nak reply n jawab call...Saya kat KPJ specialist sekarang ni.. Wife saya pengsan tadi kat bilik air.. Sebab tu saya bergegas ke sini.. Apa status medical kad wife sy? Tadi masuk kpj, staf sana minta DEPOSIT RM1500 .. Awak cakap deposit utk yang ada medical kad dalam RM400-RM500 je.. Ni kenapa MAHAL sangat???
Saya : Medical kad wife abg dah lapsed bulan lepas.. Sebab tu saya call n mesej maklumkan pada abg.. Tapi abg tak jawab apa2..
Client : Boleh tak saya bayarkan malam ni dan aktifkan semula medical kad ni.. Mana saya nak cari duit nak bayar bil sendiri.. Deposit pun dah RM1500.. Bil belum tentu berapa ribu.. Harap sangat awak boleh tolong saya..
Saya : Maaf abg.. Saya dah remind untuk aktif kan medical kad wife abg bulan lepas.. Tapi bila dah lapsed mcm ni tak boleh nak hidupkan serta merta.. Akaun ni pun dah lebih sebulan lapsed..Kalau abg bayar esok pagi kat kaunter pun masih kena tunggu sebulan baru boleh guna medical kad ni.. Bab ni memang sy tak boleh tolong bang...
Client : aduhhhhhh.. Camana ni.. Terpaksa la korek duit yang mana ada.. Dah sakit nak datang bukan kita cari.. Nak suruh stop pun tak boleh.. Ok2 nanti settle kes wife saya ni awak datang jumpa saya kat office.. Saya nak aktif kan balik semua polisi termasuk saya dan anak-anak..
Saya : ok abg.. Inshaallah esok pagi saya pergi jumpa abg..
P/S : apa yang kita boleh belajar dari sini.. Ingat !! . Tugas agent bukan saja cari kes dan close kes.. Tugas yang paling besar adalah sentiasa pastikan POLISI client AKTIF.. mmg berat tanggungjawab kita..
Tebal muka nak minta client bayar bulan2.. Tapi bila tak bayar nanti silap2 kita dipersalahkan..ingat ye kita takkan pernah tahu bila sakit nak dtg...
Belajar Sesuatu?? Im your Takaful Agent ๐๐ป
Kredit to : cikyam