Da'e Takaful Online.

Da'e Takaful Online. Penasihat Kewangan - Perlindungan Takaful. Hibah, Kad Rawatan dan Pelaburan. Kongsi Ilmu pewarisan harta - Faraidh dan Wasiat

π—žπ—œπ—¦π—”π—› π—•π—˜π—‘π—”π—₯ π—§π—˜π—‘π—§π—”π—‘π—š π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—”π—‘ π—žπ—ͺ𝗦𝗣 𝗔𝗑𝗗𝗔!Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa...
10/12/2021

π—žπ—œπ—¦π—”π—› π—•π—˜π—‘π—”π—₯ π—§π—˜π—‘π—§π—”π—‘π—š π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—”π—‘ π—žπ—ͺ𝗦𝗣 𝗔𝗑𝗗𝗔!

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

1) Ayah si mati - 1/6

2) Ibu si mati - 1/6

3) Isteri - 1/8

4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.

5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

Contoh :

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056

Jadi apa guna ada penama?

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP.

Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

Kredit:
AREENA A.RAHMAN

π—”π—‘π——π—”π—œπ—‘π—¬π—” 𝗛𝗔π—₯π—œ π—œπ—‘π—œ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗛𝗔π—₯π—œ π—§π—˜π—₯π—”π—žπ—›π—œπ—₯ 𝗔𝗑𝗗𝗔 ??  β–ͺSudahkah anda lantik pentadbir kepada harta yang anda tinggalkan untuk ...
07/12/2021

π—”π—‘π——π—”π—œπ—‘π—¬π—” 𝗛𝗔π—₯π—œ π—œπ—‘π—œ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗛𝗔π—₯π—œ π—§π—˜π—₯π—”π—žπ—›π—œπ—₯ 𝗔𝗑𝗗𝗔 ??

β–ͺSudahkah anda lantik pentadbir kepada harta yang anda tinggalkan untuk diuruskan dengan sempurna?

β–ͺBagaimana p**a dengan anak-anak anda yang masih dibawah umur? Sudahkah anda lantik penjaga hartanya?

β–ͺBagaimana nasib isteri anda? Sudahkah anda fikirkan kelangsungan hidupnya?

β–ͺSudahkah anda fikirkan siapa yang akan menjaga anak angkat anda?

β–ͺBagaimana p**a dengan perniagaan yang anda tinggalkan? Siapa yang akan uruskan?

β–ͺHutang dunia dan akhirat yang ditinggalkan siapa nak selesaikan?

Buat persediaan sebelum terlambat. Lakukan dokumen yang lengkap dan komprehensif bersama saya.

SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU AMAT DEKAT.. πŸ˜₯πŸ˜₯

Utk keterangan lanjut, klik link berikut:
http://www.wasap.my/601158626933/PengurusanHartaFaraidh&Hibah

π—”π——π—œπ—ž π—•π—˜π—₯π—”π——π—œπ—ž π—‘π—”π—ž 𝗧𝗨𝗑𝗧𝗨𝗧 𝗛𝗔π—₯𝗧𝗔 π—¦π—¨π—”π— π—œSeorang klien datang bertemu saya untuk urusan faraid suaminya. Seperti biasa saya ak...
07/12/2021

π—”π——π—œπ—ž π—•π—˜π—₯π—”π——π—œπ—ž π—‘π—”π—ž 𝗧𝗨𝗑𝗧𝗨𝗧 𝗛𝗔π—₯𝗧𝗔 π—¦π—¨π—”π— π—œ

Seorang klien datang bertemu saya untuk urusan faraid suaminya. Seperti biasa saya akan minta dokumen berkaitan untuk urusan permohonan. Semua dokumen harta diserahkan kecuali salinan geran sebidang tanah yg mana arwah suaminya adalah salah seorg penama dlm geran tersebut. Geran asal tanah tersebut dipegang oleh adik-beradik arwah suami sebaik sahaja suami meninggal dunia.

Saya diberitahu keluarga arwah suaminya tak bagi isteri uruskan tanah tu sebab mereka ingat mereka juga ada hak nak tuntut tanah tersebut. Tapi bila ditanya katanya arwah suami tak ada buat wasiat ataupun hibah. Fakta tambahan, mereka ada 2 org anak lelaki dan 2 org anak perempuan.

Apa isu dan pengajaran yg boleh diambil dari kisah di atas?

1️⃣Masih ramai yg tak tahu siapa yg boleh mewarisi harta pusaka dari bahagian faraid. Isteri tu pun tak tahu, keluarga suami pun tak tahu. Kita tak kata keluarga arwah suami tamak. Tapi mungkin mereka mmg tak tahu dan ada salah faham.

2️⃣Anak lelaki dan anak perempuan dpt bahagian asobah (baki) drp faraid maka adik-beradik arwah suami tak ada hak ke atas faraid melainkan jika pasangan suami isteri tersebut tiada waris ataupun hanya ada anak perempuan sahaja barulah adik-beradik boleh tuntut.

3️⃣Ramai yg terlupa, isteri bukan sahaja ada bahagian faraid ke atas harta pusaka tersebut, malah ada hak harta sepencarian ke atas tanah tersebut sekiranya tanah tersebut diperolehi oleh arwah suami semasa dlm tempoh perkahwinan.

4️⃣Ibu dan bapa arwah suami (sekiranya masih hidup) juga adalah waris fardhu kepada harta pusaka tersebut.

5️⃣Setelah berlaku kematian, waris utama yg terdekat digalakkan untuk memohon Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Tujuannya supaya jelas siapa sebenarnya yg berhak mewarisi, apa hubungan dgn si mati dan berapa bahagian dalam faraid. Ini penting supaya tidak berlaku salah-faham, tersilap pembahagian dan berlaku keciciran waris2 yg sepatutnya berhak.

Setelah dinasihatkan, si isteri bersetuju utk berbincang dgn keluarga arwah suami bagi menguruskan harta pusaka suaminya termasuklah tanah tersebut. Menariknya, keluarga suami memberi kerjasama kerana katanya mereka memang tak tahu bahawa adik-beradik suami sebenarnya tiada bahagian dlm faraid tersebut.

Alhamdulillah. Selesai satu masalah pertikaian pusaka. Perang mulut akibat kejahilan tidak akan berkesudahan jadi kita selesaikan dengan ilmu, kerana lumrah manusia akan memusuhi sesuatu yg dia tidak ketahui.

Tiada masalah yg tiada penyelesaian. Dapatkan bantuan dari yg ahli dlm bidang tersebut. Ketahui siapa waris faraid kita, berapa bahagian faraid yg sepatutnya kita akan dapat, siapa yg terhalang untuk mewarisi, bagaimana cara pembahagian supaya kita lebih bersedia untuk merancang harta dan menguruskan harta pusaka kita kelak.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Untuk info lanjut
http://www.wasap.my/601158626933/PengurusanHartaFaraidh&Hibah

Business Account

16/02/2021
09/12/2020

Sedutan kuliah maghrib Kitab Fiqh Muamalat oleh Ustaz Fauzi Tahir di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah pada 13 Disember 2015. Kuli...

09/12/2020

Address

Bayan Lepas
Penang Island
11900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Da'e Takaful Online. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Da'e Takaful Online.:

Share