30/05/2026
🚨 AWAS PENIPUAN PELABURAN | MAKLUMAN PDRM (JSJK) 🚨
Kerugian akibat penipuan pelaburan mencecah RM1.47 bilion melibatkan 9,603 kes pada tahun lalu.
KERATAN AKHBAR PILIHAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lima modus operandi utama yang kebanyakannya menggunakan media sosial sebagai medium utama.
📍 Antara modus operandi dikesan:
🔴 Klon firma / syarikat palsu
🔴 Tawaran keuntungan tinggi dalam tempoh singkat
🔴 Skim Ponzi
🔴 Penipuan pelaburan cinta (love scam investment)
🔴 Platform kripto palsu
📱 Sindiket menggunakan Facebook & Instagram untuk menarik mangsa sebelum mengalihkan komunikasi ke WhatsApp atau Telegram, seterusnya memasukkan mangsa ke dalam kumpulan pelaburan
⚠️ Tanda-Tanda Penipuan Pelaburan
🚩 Tawaran 'Tiada Risiko' atau 'Tidak Akan Rugi' – Hakikatnya, semua pelaburan mempunyai risiko.
🚩 Testimoni palsu & gaya hidup mewah – Jangan percaya pada 'lakonan' mereka.
🚩 Didesak membuat keputusan segera – 'Peluang sekali seumur hidup' sering perangkap untuk menipu.
🚩 Janji keuntungan yang tidak masuk akal – Ingat: High return = High risk.
✅ Cara Kekal Selamat:
1️⃣ Semak lesen syarikat bersama agensi penguat kuasa sebelum melabur
2️⃣ Gunakan SEMAKMULE untuk semak akaun bank/nombor telefon/nama syarikat
3️⃣ Jangan deposit wang ke akaun individu mencurigakan.
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.