17/07/2021
Perkongsian menarik dari Faizul Ridzuan & sangat2 berguna pada sapa2 yg tgh nak beli rumah
---------------------------------------------------------------------------
MACAM MANA KITA NAK TAHU PROPERTY / BENDA NI BELOW MARKET VALUE?
Ada student pernah tanya saya, FR macam mana FR atau FAR Caprice tahu yang property ni below market value? Sebab developer boleh je scam kita kononnya yang property ni ada 40%-50% diskaun walhal dia dah mark up harga dari awal? Dulu projek ni memang jual 500k, lepas tu developer naikkan harga pergi sejuta, dan bagi kita diskaun kononnya yang harga kota dapat itu spesial, sampai 50% diskaun. Harga masih 500k lepas 50% diskaun, jadi kita dah kena game beli property yang kononnya 50% diskaun?
Ini soalan yang sgt bagus sebenarnya sebab apa yang student saya persoalkan itu memang benar. Memang ada developer yang main game begini. Mark up harga kaw-kaw lepas tu mereka acah-acah bagi diskaun. Jadi hari ni saya nak kongsikan tips macam mana nak elakkan beli property begini atau apa-apa barang pun. Benda ni senang sahaja, cuma tak ramai yang ada disiplin nak buat benda ni.
Dan tipsnya adalah, kita usha minima setahun sebelum kita beli apa-apa pun. Window shopping je dulu. Jangan beli until kita dah sure memang tiada org dapat beli lagi murah dari kita. Kita window shopping sebab kita nak establish harga median atau harga purata yang orang lain beli.
Sebelum saya beli property pertama saya, saya hari hari window shopping selama hampir 2 tahun tgk iklan property itu. Average org nak jual harga RM160k-170k, then one day saya nampak org iklan 148k. Lepas 2 tahun usha tiap tiap hari, bila saya nampak ada org mintak 148k, saya dah yakin yg harga yang saya bakal beli adalah antara harga terendah selepas 2 tahun window shopping. Kesudahannya, saya dapat beli pada 140k lepas nego.
Kalau saya tak tgk hampir 2 tahun, saya akan rasa harga 158k dah murah sebab majoriti mahukan 160k dan ke atas. Tapi sebab saya window shopping lebih setahun, saya dah tahu harga purata asking price, so bila ada unit yang buka harga bawah 150k, itu betul betul below market value.
Dan saya gunakan prinsip ini dalam banyak aspek dalam kehidupan saya. Saya beli banyak jam tangan sebagai pengumpul, dan saya akan research berbulan dulu sebelum beli. So far alhamdulillah, tak pernah rugi dan kalau saya jual koleksi jam tangan, insyaAllah untuk RM50,000 tu pejam mata boleh dapat.
Saya bagi contoh hari ni juga. Saya tak pernah beli potato chip ini sebab harganya lebih RM20. Tak berbaloi. Median harga gourmet potato chip begini biasanya tak kurang RM20. Saya selalu tgk sahaja tapi tak pernah beli. Tapi hari ni Mercato buat clearence, RM2 sahaja. 90% diskaun. So saya beli 15 pek terus π€£ so saya bulk purchase bukan property sahaja, malam jam, baju dan makanan bila diskaun lebih 50%-90% πππ
So bila saya tgk pelabur/youtuber cerita pasal property senang dapat 50% diskaun, saya senyum je. Sebab saya tahu almost impossible nak dapat diskaun begitu sebagai pelabur individual. Saya mahu bagi reward RM10,000 kalau sesiapa boleh namakan 3 projek bawah RM500,000 nett price di KL/Sel/JB yang anda boleh beli pada 50% diskaun. ( mohon PM) Sebab setahu saya, projek dgn diskaun begini tidak wujud untuk retail investor atau walk in, dan hanya satu kump**an tertentu sahaja dapat beli pada diskaun begini.
Btw utk klien FAR Capital, kita ada 5 projek baru semalam. Semua projek ini, kita dah lama perhatikan ( ada yang sejak tahun 2013) jadi kita tahu harga yang anda bakal beli adalah 100% guarantee paling rendah dalam sejarah. So ini kelebihan besar anda sebagai klien dan takkan kena scam beli property yang sebenarnya sudah kena mark up. Banyak developer cuba game kita but bila saya sebut harga mereka launch dulu, semua terdiam sebab mereka tak sangka saya masih ingat harga mereka launch dulu 7-8 tahun lepas. Jadi hari ini sebagai klien, tiiada siapa pun yang berjaya beli pada harga lebih rendah dari anda dari pemaju yang sama, guaranteed πͺπ₯π₯π₯π₯
Jadi kalau taknak kena scam dan beli mahal apa apa sekalipun, just follow 3 step ini :
1. Window shopping dulu
2. Establish median harga
3. Beli bila harga dah betul jatuh bawah median.
Tak kira la beli rumah, baju, jam atau gourmet potato chips π