Perkhidmatan Kredit Komuniti Budi Kapital Prima Sdn Bhd

Perkhidmatan Kredit Komuniti Budi Kapital Prima Sdn Bhd Hi selamat datang ke Budi Kapital Prima Sdn Bhd Official Page! Page ini ditubuhkan khas untuk post iklan isu-isu semasa sahaja!

Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda. Empat langkah seterusnya adalah:1. Tetapkan ma...
24/06/2022

Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda. Empat langkah seterusnya adalah:

1. Tetapkan matlamat kewangan anda.

2. Ketahui ke mana wang anda pergi.

3. Kaji tabiat perbelanjaan anda.

4. Buat rancangan perbelanjaan.

Jom rancang kewangan anda bersama kami sekarang.
Budi kapital prima akan memberikan solusi yang terbaik untuk kewangan anda. Kami juga boleh memberi anda bantuan kredit untuk anda selesaikan hutang-hutang lama anda.

Hubungi sekarang : 011 1057 0788
atau whatsapp https://wa.me/01110570788?text=LoanConsultant

"Rasa terbeban dengan kenaikan harga barang sekarang? Sumber kewangan sudah semakin sikit?"Jika anda mempunyai beban kew...
22/06/2022

"Rasa terbeban dengan kenaikan harga barang sekarang? Sumber kewangan sudah semakin sikit?"

Jika anda mempunyai beban kewangan yang tinggi dan memerlukan bantuan kredit, kami dari Budi Kapital Prima Sdn Bhd sedia memberi solusi untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi sekarang.

Hubungi kami sekarang : Budi Kapital Prima Sdn Bhd

Call 011 1057 0788 atau whatsapp https://wa.me/01110570788?text=LoanConsultant

LAGI MANGSA MACAU SCAM, PESARA RUGI WANG PENCEN RM20,000 !TELUK INTAN: Lagi mangsa ditipu Macau Scam, kali ini membabitk...
21/06/2022

LAGI MANGSA MACAU SCAM, PESARA RUGI WANG PENCEN RM20,000 !

TELUK INTAN: Lagi mangsa ditipu Macau Scam, kali ini membabitkan seorang pesara kerajaan yang terperdaya sehingga kehilangan wang simpanan berjumlah RM20,000.

Terdahulu, lelaki warga emas berusia 76 tahun itu dikatakan dihubungi oleh seorang individu tidak dikenali mendakwa daripada Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur, ketika berada di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa dimaklumkan ada bungkusan barangan penghantaran ke Sabah yang mengandungi satu kad pengenalannya dan lima kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, namun lelaki itu menafikannya.

Seterusnya, beliau berkata, talian mangsa disambungkan p**a kononnya ke 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah' untuk membuat laporan polis, sebelum kepada 'pihak mahkamah' kerana pengadu didakwa terbabit jenayah pengubahan wang haram.

"Mangsa kemudian dihubungi sekali lagi oleh sindiket pada Khamis lalu, serta diminta membuat pindahan wang daripada akaunnya ke akaun bank diberikan suspek, kononnya bagi memastikan wang itu bersih daripada jenayah penggubahan wang haram," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Adnan berkata, mangsa yang terperdaya melakukan pindahan simpanan wang pencen sebanyak RM20,000 menerusi mesin ATM pada hari sama, kononnya bagi mengelakkan akaun bank beliau dibekukan oleh pihak Bank Negara.

"Selepas itu, mangsa terus menghubungi suspek tetapi tiada jawapan. Mangsa menyedari dirinya ditipu lalu hadir ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah mempercayai panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, dan tidak melayan panggilan itu bagi mengelak terperdaya dengan sindiket termasuk Macau Scam.

"Mana-mana agensi kerajaan yang berlainan, tidak akan menyambungkan sebarang panggilan telefon ke atas orang awam kepada agensi berbeza melalui satu panggilan yang sama. Contohnya, panggilan daripada polis tidak akan disambung terus kepada pihak mahkamah dalam panggilan sama," katanya.

Sumber Berita Harian Online

19 Jun 2022 ( Hari ahad )Hari ini sangat istimewa dalam hidup kita Hari yang bermakna buat insan mulia yang bergelar Aya...
19/06/2022

19 Jun 2022 ( Hari ahad )

Hari ini sangat istimewa dalam hidup kita
Hari yang bermakna buat insan mulia yang bergelar Ayah .
Insan yang dibin - bintikan nama kita dengan namanya
Insan mulia yang mengajarkan kita dua kalimah syahadah . Dengannya kita kenali ketegasan dunia
Insan mulia yang mengajarkan kita tentang peraturan dan manhaj hidup
Insan mulia yang mengajarkan kita erti cinta dan kasih sayang
Mulianya insan tersebut sehingga sorokkan segala sakit dan perit membanting tulang hanya untuk mencukupkan keperluan kita
Ayah...
Semoga Allah memberkati umur dan amalanmu ❤️

Admin mengucapkan Selamat hari bapa kepada semua insan yang bergelar Bapa.

BIL ELEKTRIK DIJANGKA NAIK, RAKYAT PERLU BERSEDIA.PENGGUNA domestik dijangka dikenakan surcaj ke atas bil elektrik bulan...
16/06/2022

BIL ELEKTRIK DIJANGKA NAIK, RAKYAT PERLU BERSEDIA.

PENGGUNA domestik dijangka dikenakan surcaj ke atas bil elektrik bulan depan susulan kenaikan harga bahan api yang berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine yang bermula awal tahun ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB), seperti kebanyakan syarikat kuasa di seluruh dunia, mengalami kesukaran untuk mengekalkan kadar pada paras semasa, terutamanya di bawah bebanan kenaikan harga arang batu.

Harga arang batu, yang menguasai hampir separuh daripada keperluan penjanaan kuasa negara, telah meningkat empat kali ganda sejak perang meletus.

Sebagai contoh, harga arang batu Newcastle mencecah rekod tertinggi USD440 (RM1,945) se-tan pada awal Mac, daripada USD67.5 (RM 298) sebelumnya, disebabkan oleh kebimbangan kekurangan bekalan selepas negara Barat mengenakan sekatan ke atas sistem kewangan dan produk tenaga Rusia, selepas serangan ke atas negara jirannya.

Menurut laporan The Vibes yang memetik sumber, kerajaan sedang mempertimbangkan perkara itu, terutamanya kerana kos itu akan menjadi beban buat semua pengguna domestik.

Tambahan p**a, terdapat formula ‘Imbalance Cost Pass-Through’ (ICPT), yang disemak setiap enam bulan, di mana kos bahan api boleh dimasukkan ke dalam bil pengguna akhir dan semakan ICPT seterusnya akan dibuat bulan depan.

Walaupun surcaj telah dikenakan kepada pengguna komersial, ini adalah kali pertama ia akan dilaksanakan untuk pengguna domestik. Kuantum surcaj akan diputuskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Kerajaan memutuskan pada Januari bahawa tarif kekal pada 39.45 sen sekilowatt-jam (kWj), dan pengguna domestik akan terus menikmati rebat 2 sen/kWj tanpa sebarang tambahan.

Januari lalu, ST berkata kerajaan telah menggunakan dana yang ada berjumlah RM715 juta daripada Kump**an Wang Industri Elektrik yang terkumpul daripada sumbangan industri, untuk mengekalkan rebat semasa untuk pengguna domestik.

Menurut laman web TNB, mekanisme ICPT membolehkan mereka menjangkakan perubahan, sama ada peningkatan atau pengurangan, dalam bahan api dan kos berkaitan penjanaan lain dalam tarif elektrik setiap enam bulan.

Melalui pembacaan ICPT, kerajaan menetapkan sekiranya berlaku penurunan harga bahan api global dan kos penjanaan, penjimatan akan dikembalikan kepada orang ramai dalam bentuk rebat, dan sekiranya berlaku kenaikan bahan api kos tambahan akan disalurkan sebagai surcaj ICPT.

Sumber: Satu Berita

ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan m...
15/06/2022

ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat beberapa individu bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

1.Nama: RIPON
Warganegara: Bangladesh
Umur: 33 tahun (01.01.1989)
Passport: BB0484206
Alamat: TITAN STAINLESS & METAL
Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
Taman Balakong Jaya
43300 Seri Kembangan Selangor

2. Nama: NAING LIN TUN
Warganegara: Myanmar
Umur 37 tahun (30.07.1985)
No passport: MA847622
Alamat: TITAN STAINLESS & METAL
Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
Taman Balakong Jaya
43300 Seri Kembangan Selangor

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd Asri Bin Osman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801163 / 1338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.
'Yang sahih di Berita RTM'


Sumber Berita RTM

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَInna lillahi wa inna ilaihi roji'un. 😭"Dari Allah kita datang dan kepada A...
14/06/2022

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. 😭

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali"

Dukacita dimaklumkan,Seniman Negara Pak Hamid Gurkha baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.Mohon sama2 kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Almarhum.👐🕋

AL-FATIHAH
Kredit

Krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan kini konflik Rusia-Ukraine telah mengakibatkan Malaysia, rantau Asia dan...
14/06/2022

Krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan kini konflik Rusia-Ukraine telah mengakibatkan Malaysia, rantau Asia dan juga rantau lain di dunia mendapat bahananya.

Rantaian bekalan global yang terjejas akibat fenomena ini, telah menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus dan kesan ini turut kita rasai.

Sehubungan itu, Kerajaan Tuanku telah mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini, khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang pastinya akan menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Tuanku telah pun mengumumkan beberapa tindakan jangka pendek seperti;

● Membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta.
● Menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.
● Memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini.
● Mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan.
● Mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

Lima langkah jangka pendek ini merupakan pendekatan Kerajaan Tuanku dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.

Kredit Ismail Sabri Yaakob

KERAJAAN DIDAKWA GAGAL KAWAL KENAIKKAN HARGA BARANGSHAH ALAM: Kenaikan harga barangan keperluan termasuk makanan mentah ...
13/06/2022

KERAJAAN DIDAKWA GAGAL KAWAL KENAIKKAN HARGA BARANG

SHAH ALAM: Kenaikan harga barangan keperluan termasuk makanan mentah mutakhir ini sepatutnya mampu dikawal kerajaan yang didakwa mempunyai kedudukan kukuh untuk berbuat demikian.

Malah, kerajaan juga dikatakan tidak wajar menyatakan alasan seperti kesukaran mengawal kartel, kelewatan penghantaran oleh pembekal dan kos makanan ternakan sehingga menyebabkan kenaikan harga mendadak dan tidak stabil.

DANIAL AL RASHID HARON
Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Danial Al Rashid Haron, kerajaan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan mempertikaikan kedudukan puluhan menteri dan timbalan menteri sehingga keadaan tersebut menekan rakyat.

“Semua orang mungkin tidak sedar tentang perkara ini, bila ada masalah kesempitan lagi berlaku masalah lain. Harga barang sebenarnya boleh dikawal, kerajaan berada di kedudukan yang kukuh untuk melaksanakan sesuatu.

“Mana kuasa kerajaan hari ini dengan puluhan menteri dan timbalan menteri? Ada kementerian yang ada dua timbalan menteri. Jadi kita nak tuntut satu tindakan dari kerajaan iaitu mengawal harga barang. Kalau harga ayam naik harga barang lain juga naik,” katanya.

Jelasnya lagi, kenaikan harga barangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dalam kump**an B40, bahkan rantaiannya turut menyebabkan golongan M40 terbabit sama.

Semalam, kira-kira 30 penyokong Amanah negeri ini mengadakan aksi rasa kilas (flash mob) dekat hadapan sebuah hotel di Seksyen 9 dengan membawa plakat bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan berhubung isu kenaikan harga barang tidak terkawal.

Aksi tersebut dilakukan berhampiran jalan utama dan persimpangan di Persiaran Kayangan-Persiaran Masjid untuk menarik perhatian orang ramai serta pengguna jalan raya. Dalam masa sama mengajak pemandu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Dalam pada itu, Danial Al Rashid mendesak kerajaan menangani masalah tersebut dengan segera dan efektif atau menteri dan timbalan yang berkaitan meletakkan jawatan jika tidak mampu melaksanakannya.

“Kami di Pemudah Amanah dan seluruh rakan Amanah tampil membuat demonstrasi. Negeri lain juga laksanakan perkara sama untuk rakyat mendapatkan hak mereka. Dengan kesempitan pasca Covid-19 berlaku p**a kenaikan harga barang

“Kalau tidak mampu menyeri yang berkaitan letak jawatan dan beri kepada orang lain melaksanakannya. Paling utama yang patut mengambil tindakan adalah Perdana Menteri, Perdana Menteri sepatutnya ambil peranan, yang sepatutnya tahu keadaan rakyat sekarang,” tegasnya. – UTUSAN

Kredit UTUSAN

CECAIR PEMBASMI KUMAN TAK LAKUSHAH ALAM – Permintaan terhadap pembersih tangan atau hand sanitizer untuk membasmi virus ...
13/06/2022

CECAIR PEMBASMI KUMAN TAK LAKU

SHAH ALAM – Permintaan terhadap pembersih tangan atau hand sanitizer untuk membasmi virus dan kuman termasuk Co­vid-19 semakin berkurangan sehingga menyebabkan beberapa peniaga dilihat menurun­kan harga jualan sehingga RM5 sebotol.

Penurunan harga itu dikesan selepas kerajaan banyak melonggarkan prosedur operasi stan­dard kawalan jangkitan Covid-19 dan negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada April lalu.

Tinjauan Kosmo! di beberapa farmasi di sini semalam mendapati, terdapat lambakan stok pembersih tangan di rak jualan dan ditawarkan pada harga ha­nya RM24 untuk saiz 500 mili­liter (ml) berbanding sekitar RM29 sebelum ini.

Seorang pembantu farmasi yang hanya ingin dikenali sebagai Maria, 33, berkata, jualan produk pembersih tangan merosot teruk sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Sekarang memang jarang sangat pelanggan beli pembersih tangan dan pemilik farmasi pun sudah tidak mahu menambah stok kerana takut berlaku lebihan bekalan.

“Kalau sebelum ini kami menjual pembersih tangan 500ml pada harga RM29, sekarang ia ditawarkan pada RM25,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi petugas farmasi, Alesha, 21, berkata, penurunan harga terpaksa dibuat selepas permintaan merosot dan pelanggannya semakin kurang menggunakan pembersih tangan berbanding enam bulan lalu, ketika negara masih berada dalam fasa pandemik.

“Di premis kami masih banyak bekalan pembersih tangan. Kalau dahulu stok barangan ini di­letakkan di rak, sekarang ia dile­takkan di kaunter atau dilonggok untuk dijual pada harga murah.

“Pembersih tangan yang masih terjual sekarang hanyalah yang bersaiz kecil, iaitu 50ml atau 80ml untuk tujuan kegunaan sendiri.

“Harganya juga jatuh daripada RM7 kepada RM5 sebotol,”
ujar­nya.

Seorang pekerja farmasi di Kuala Lumpur, Syuhada Ibrahim, 26, p**a memberitahu, pembersih tangan bersaiz 50ml meng­alami penurunan harga antara RM1 dan RM3, manakala bagi sesetengah jenama, ia turun antara RM2 hingga RM5 sebotol untuk saiz 100ml.

Sementara itu, seorang pembantu farmasi, Aida Mahamat, 31, berkata, farmasi tempatnya be­kerja kini tidak lagi mengambil bekalan baharu untuk pembersih tangan bagi mengelakkan berlakunya timbunan stok.

“Kami akan habiskan bekalan yang sedia ada terlebih dahulu sebelum membuat pesanan baharu bagi mengelakkan masalah kerugian.

“Bagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan jualan pelitup muka, produk pembersih tangan ini dikira masih lagi mendapat permintaan pengguna meskipun tidaklah sehebat dahulu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Kredit KOSMO! ONLINE

Hello Monday!Live the healthy lifestyle
13/06/2022

Hello Monday!

Live the healthy lifestyle

SETIAP 25 HARI BULANApa benda pertama yang anda lakukan sebaik terima gaji? Sebenarnya masih ramai yang belum mahir ilmu...
13/06/2022

SETIAP 25 HARI BULAN

Apa benda pertama yang anda lakukan sebaik terima gaji? Sebenarnya masih ramai yang belum mahir ilmu uruskan pendapatan atau duit gaji. Matlamat utama urus duit gaji adalah supaya perbelanjaan kurang dari pendapatan diperolehi.

Ada antara kita fikir cara untuk jaga aliran tunai adalah dengan cara simpan duit melampau-lampau. Tapi itu bukan cara yang tepat. Sebenarnya untuk dapat lebih, kena memberi terlebih dahulu. Kita kena percaya “the power of sadaqah”.

Hanya 10% bahagian duit gaji yang kita peruntukan setiap bulan adalah untuk penyucian, iaitu untuk zakat pendapatan (jika cukup nisab) atau sedekah.

Dalam bab memberi, adalah wajib untuk kita dahulukan sedekah yang berstatus wajib sebelum sedekah yang berstatus sunat. Mungkin ramai tidak tahu sedekah yang wajib itu adalah menunaikan zakat, seperti mana tuntutan ke-3 rukun Islam.

Kadang kita rasa gaji kita kecil, tak wajib berzakat. Tapi ramai tak tahu bila gaji melebihi RM1,700 sebulan sebenarnya sudah wajib berzakat. Asalkan kita berhemah dan pandai menguruskan kewangan, semua orang mampu untuk berzakat apabila sudah cukup nisab.

Walaupun zakat sekadar RM10 sebulan, tapi impaknya cukup besar buat asnaf. Pernah dengar pepatah, ‘It’s the little gesture that counts’. Walaupun jumlahnya kecil, tapi asbab zakat itu dapat membawa kepada kemajuan ummah.

Bagi mendapatkan aliran tunai positif di hujung bulan, cuba aplikasi formula ini. Sediakan bajet & semak kewangan anda dari semasa ke semasa. Semoga kita semua dapat mencapai objektif kewangan masing-masing.

Sekiranya mahukan perbelanjaan bulanan lebih terancang, anda boleh membuat potongan zakat secara bulanan melalui potongan gaji.

PPZ-MAIWP melalui Kempen Skim PZB, menyediakan saluran kemudahan buat kakitangan sektor swasta dan awam di Wilayah Persekutuan.

Caranya sangat mudah, isi borang di https://ptg.zakat.com.my/ , kewajipan membayar zakat anda sudah dipenuhi.

Klik link dibawah untuk MULA / TAMBAH potongan zakat:

👉https://ptg.zakat.com.my/
👉https://ptg.zakat.com.my/
👉https://ptg.zakat.com.my/

ATAU

Maklumat lanjut mengenai Kempen Skim PZB:
👉 bit.ly/jompotong2022
👉 bit.ly/jompotong2022
👉 bit.ly/jompotong2022







Address

No. 04-A2, Pusat Perdagangan, Jalan Bandar
Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 14:00

Telephone

+60197171677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Kredit Komuniti Budi Kapital Prima Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share