Nor Johariah Johari

Nor Johariah Johari Kepakaran kami bantu anda menjana pendapatan pasif dengan memberi khidmat runding cara kewangan

Jangan Pernah Penat untuk Memperbaiki DiriJangan pernah penat untuk memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik. Perja...
27/06/2024

Jangan Pernah Penat untuk Memperbaiki Diri

Jangan pernah penat untuk memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik. Perjalanan menuju kebaikan adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan usaha serta kesabaran. Dalam kehidupan ini, tiada seorang pun yang sempurna, namun setiap daripada kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69:

"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

Usaha untuk menjadi lebih baik harus datang dari keinginan yang ikhlas dan tulus dalam hati. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri, mengenal pasti kelemahan dan kesalahan yang dilakukan, serta berusaha untuk memperbaikinya. Setiap kali kita berusaha untuk memperbaiki diri, kita semakin dekat dengan keredhaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim:

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada keduanya ada kebaikan. Bersemangatlah terhadap apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Jika engkau tertimpa sesuatu, maka janganlah engkau mengatakan: 'Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu,' tetapi katakanlah: 'Ini sudah takdir Allah, dan apa yang Dia kehendaki pasti Dia lakukan.' Sesungguhnya kata 'seandainya' membuka (pintu) perbuatan syaitan."

Sahabat,

Marilah kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, walau ses**ar mana sekalipun. Ingatlah bahawa setiap usaha yang kita lakukan demi kebaikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Jangan pernah berputus asa dan teruslah berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi-Nya.

Dengan memperbaiki diri, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta melakukan kebaikan. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam usaha memperbaiki diri dan mencapai keredhaan Allah SWT

Semoga artikel ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk terus berusaha memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISJalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ص...
28/11/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tidaklah seseorang itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pengelihatannya yang ia jadikan untuk melihat dengannya, dan tangannya yang ia jadikan untuk melakukan sesuatu, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia memohon kepada Ku, pasti akan Aku akan memberinya, dan jika meminta perlindungan daripada Ku, pasti Aku melindunginya. (HR Bukhari No: 6021) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Wali Allah adalah orang yang taat dan ikhlas dalam beramal, beriman dan bertaqwa, beramal dengan al-Quran dan Sunnah.

2. Orang yang menyakiti mukmin yang bertakwa maka Allah akan membinasakannya.

3. Melaksanakan amal fardhu adalah yang paling afdal dan dis**ai Allah.

4. Meninggalkan maksiat adalah sebahagian daripada melaksanakan kefardhuan.

5. Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardhu juga melalui amalan sunat akan melayakkan seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.

6. Ibnu Rajab menyatakan: sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardu dan sunat, darjatnya akan diangkat di sisi Allah. Jika dia bertutur, dia bertutur kerana Allah. Jika dia melihat, dia melihat kerana Allah.

7. Diantara penghormatan yang Allah kurniakan kepada orang yang dicintai Allah ialah Allah akan memperkenankan doanya jika dia meminta.

Hadis 38







29hb Nov. 2023
15hb Jamadil Awal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

06/10/2023

💠 𝑩𝒊𝒔𝒎𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏𝒊𝒓𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎 💠

🌺🌺 𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒖'𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎
𝑾𝒂𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊
𝑾𝒂𝒃𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒂𝒕𝒖𝒉 🌺🌺

❣️❣️ اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى ال سيدنا محمد ❣️❣️

💥 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕 "𝒒 𝒚𝒈 𝒅𝒊𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻.
💥 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒎𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂..

💥💥 𝑺𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕 𝒌𝒖..

𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌𝒊 𝒏𝒊𝒂𝒕 𝒎𝒖, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌𝒊 𝒌𝒆𝒂𝒅𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒖.

𝑫𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏, 𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒚𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂.

𝑫𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏, 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒓𝒊𝒛𝒌𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂.

𝑴𝒂𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂, 𝒌𝒂𝒓𝒆𝒏𝒂 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊𝒑𝒖𝒏.

𝑱𝒂𝒏𝒋𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒊𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊....

28/09/2023

Bila sebut Rasulullah… tergambar sifat baginda yang sangat indah, akhlak baginda yang sangat mulia. Subhanallah.

Bila dengar kisah baginda, mengalir air mata kerinduan. Ya Allah betapa rindunya kita kepada baginda Rasulullah

Kita ingin mencintai baginda Rasulullah tetapi cinta itu juga perlukan ilmu.

Kita perlu tahu apa yang Rasulullah s**a buat, apa yang Rasulullah larang. Bagaimana Rasulullah menjalani hidupnya seharian. Apa yang Rasulullah perjuangkan?

Kita kata kita cinta kepada Rasul?..Apa buktinya?

“Saad bin Abi Waqas menjadi perisai Rasulullah biarpun badannya dihujani puluhan panah”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Ali bin Abi Talib menggantikan tempat tidur Rasullullah di saat hijrahnya ke Madinah biarpun dia tahu di luar sana ada orang yang akan membunuhnya”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Abu Bakar sanggup menutup lubang binatang berbisa di Gua Hira’ hinggakan menitis air matanya di p**i Rasulullah kerana kesakitan”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Di saat semua gembira ketika khutbah terakhir Rasulullah, namun Abu Bakar menangis kerana tugas Rasulullah telah selesai”… Rasulullah akan meninggalkan mereka.

“Umar Al-Khattab yang kuat, berani dan gagah, pengsan saat mendengar Rasulullah wafat”… Rasulullah telah tiada di sisi mereka.

“Bilal bin Rabah tidak mampu melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah kerana teringatkan Rasullullah”… Aku hanya melaungkan azan untuk Rasulullah.

Kita? Semestinya kita tak mampu untuk menjadi sehebat para sahabat tetapi jika kita mencintai Rasullullah ikutilah ajarannya (Islam) dan sunahnya

“Demi sesungguhnya, pada diri Rasullullah SAW ada contoh yg baik bg kamu, iaitu org yg mgharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir mgingati Allah”
-surah al ahzab ayat 21-

Salam Maulidur Rasul buat semua
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم❤️🌹

14/09/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*Salam Sejahtera & Selamat Pagi Jumaat Pejuang Subuh*
*29 Safar 1445H*
*15 September 2023*

*Mutiara Pagi*
*"Anda mempunyai akal di kepala anda. Anda mempunyai kaki di dalam kasut anda. Anda boleh memandu diri anda ke mana mana arah yang anda pilih".*

*DOA PADA PAGI HARI JUMAAT*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

*Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..*
Di pagi *Jumaat bulan Safar* yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon, permudahkanlah segala urusan kami baik dalam urusan agama, duniawi dan ukhrawi. Lancarkanlah lisan kami agar mereka mengerti ucapan kami.

*Ya Allah,* kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap dugaan dan ujian kehidupan yang mendatangi kami.
*Ya Allah,* kurniakanlah kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam kehidupan kami. Akhirilah hidup kami dalam husnol khotimah.

*Ya Allah,* peliharalah ukhwah antara kami semua hingga ke jannah dan akhirnya tempatkanlah kami semua di dalam Syurga FirdausMu.

*Ya Allah* jadikanlah hari *Jumaat bulan Safar* yang penuh barokah ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi kami dari segala musibah dan kemudaratan..

*Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.

*Ya Allah* jauhilah kami dari perasaan kebingungan dan was was serta.hilang keyakinan dan jati diri, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan kefahaman yang jelas dan nyata. *Ya Allah* hiasilah kami dengan sifat pemaaf dan sikap bertoleransi didalam segenap ruang dan peluang, perindahkanlah kami dengan kesihatan walafiah tubuh badan yang sihat.dan sempurna lagi berterusan.

*Ya Allah* bukakanlah kepada kami pintu makrifatMu dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaanMu. *Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan olehMu.

*Ya Allah* dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka demi mendapat manfaat dan keredhoaan dariMu *Ya Allah.*

*Ya Allah* lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari yang seterusnya demi kelangsungan hidup kami sebagai jalan ke arah ibadah di sisiMu.

*Ya Allah* sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu. *Ya Allah* berilah kami punca jalan pencarian rezeki yang mudah lagi barokah dan jauhkan kami dari perkara yang.bersifat haram dan ciri ciri subhah yang akhirnya menjerumus serta memudaratkan diri ke lembah kehinaan dan kesengsaraan.

*َYa Allah* kami memohon *Ya Allah,* kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa disyurga FirdausMu *Ya Allah*

*Ya Allah Ya Ghaffar* ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat- sahabat kami, jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada yang sentiasa bersifat sabar dan beristiqomah terhadap pengabdianMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad SAW* serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu *Ya Allah.*
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

* Huma Soli Wasalim Ala Saiyyidina Muhammad SAW*
* Keredhaan Allah*
* Berselawat*
* Fardhu Jumaat*
* Bersedekah*
* Jaga Kita/Kita Jaga Kita*
* Ukhuwah*

Yelah berkhidmat lebih 10 tahun.. Alhamdulillah syukur dengan pencapaian ini..Jom bersama Ikhlas Perunding diperlukanBat...
19/08/2022

Yelah berkhidmat lebih 10 tahun.. Alhamdulillah syukur dengan pencapaian ini..

Jom bersama Ikhlas
Perunding diperlukan

Batu Pahat
Parit Raja
Kluang
Rengit

Sebagai pejuang tidak kira anda berada di mana sentiasa berikan terbaik Tugas anda menyampaikan ilmu dan kongsi manfaat ...
12/08/2022

Sebagai pejuang tidak kira anda berada di mana sentiasa berikan terbaik

Tugas anda menyampaikan ilmu dan kongsi manfaat yang ada

Jika anda y kami cari jom sertai kami sebagai Perunding Takaful Ikhlas



www.wasap.my/60197855130

Stat the day dengan penuh semangat... Jatuh lagi.. bangun lagi.. jatuh lagi bangun lagi
11/08/2022

Stat the day dengan penuh semangat...
Jatuh lagi.. bangun lagi.. jatuh lagi bangun lagi

Assalamualaikum.. pagi ingin tambah income jom sertai kami sebagai Perunding Takaful IkhlasPencarian bermula
11/08/2022

Assalamualaikum.. pagi
ingin tambah income jom sertai kami sebagai Perunding Takaful Ikhlas

Pencarian bermula

Tanggungjawab Sebagai Perunding • Memberi nasihat secara professional kepada pelanggan mengenai keperluan kewangan merek...
22/07/2022

Tanggungjawab Sebagai Perunding

• Memberi nasihat secara professional kepada pelanggan mengenai keperluan kewangan mereka.
• Mencadangkan dan menyediakan pelan perlindungan kewangan yang bersesuaian kepada pelanggan.
• Membantu dalam memilih pelan yang terbaik untuk pelanggan bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan masa depan.
• Memastikan kefahaman dan kepuasan pelanggan terhadap pelan yang dicadangkan dipenuhi.

Syarat-syarat:

• Rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 18 tahun dan tidak lebih dari 50 tahun.
• Mempunyai Kelulusan Minimum SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
• Terbuka untuk SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA.

Lokasi yang diperlukan
Johor

Klik link dibawah

https://hi.jomwasap.my/bisnestakaful
https://hi.jomwasap.my/bisnestakaful
https://hi.jomwasap.my/bisnestakaful

Perunding Takaful diperlukan lokasi Pariit Raja Batu Pahat Rengit Kluang
16/07/2022

Perunding Takaful diperlukan lokasi
Pariit Raja
Batu Pahat
Rengit
Kluang

Address

NO A3, MEDAN NIAGA MARA
Parit Raja

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Johariah Johari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nor Johariah Johari:

Share