Insurans Kenderaan Tanpa GST

Insurans Kenderaan Tanpa GST GST Membebankan Anda Setiap Kali Anda Memperbaharui Insurans Kenderaan Anda?? Disini Kami BAYAR GST

16/12/2017

Motor Insurers’ Bureau (MIB)
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

🖇Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
🖇MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
🖇Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
🖇Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
🖇MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
🖇Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan
Hantar dokumen diatas ke👇👇👇

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

 JANGAN KLIK 👇JIKA ANDA LANGSUNG TIDAK TERBEBAN DENGAN GST ATAU CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN‼️INI KERANA KAMI HANYA ING...
14/12/2017


JANGAN KLIK 👇JIKA ANDA LANGSUNG TIDAK TERBEBAN DENGAN GST ATAU CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN‼️
INI KERANA KAMI HANYA INGIN MEMBANTU MERINGANKAN KOS💰ANDA UNTUK MEMPERBAHARUI INSURANS /TAKAFUL KENDERAAN ANDA‼️
BAGAIMANA KAMI BANTU❔
=========================
📌 KAMI BAYAR GST UNTUK INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN ANDA‼️

📌 KAMI TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CHARGE PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PENGELUARAN CUKAI JALAN‼️

📌 TIADA ISTILAH "UPAH" ATAU "RUNNER SERVICE" BAGI TUJUAN PENGELUARAN CUKAI JALAN‼️
APAKAH SYARAT KELAYAKKAN❔
=============================
✅ KENDERAAN DIGUNAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA‼️

✅ KENDERAAN TIDAK MELEBIHI 5,000CC‼️

✅KENDERAAN DIDAFTARKAN ATAS NAMA INDIVIDU DAN BUKAN ATAS NAMA SYARIKAT ‼️

✅ KENDERAAN TIDAK MELEBIHI 15 TAHUN‼️

✅ KENDERAAN TIDAK TERLIBAT DALAM KEMALANGAN LEBIH DARI 3 KALI DALAM TEMPOH 5 TAHUN‼️
SIAPAKAH KAMI❔
=================
👉 SEBUAH SYARIKAT BUMIPUTERA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN AUTOMOTIF‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA SEJAK TAHUN 2014‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT YANG BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG & MEMPUNYAI 2 BUAH CAWANGAN DI NEGERI PERAK UTARA DAN SELATAN NEGERI KEDAH‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT YANG INGIN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT MARHAEN‼️
BERMINAT DENGAN TAWARAN KAMI❔
=================================
KLIK LINK 👇👇👇 UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA PERCUMA
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my

14/12/2017

📣📣📣 📣📣📣
JANGAN KLIK 👇JIKA ANDA LANGSUNG TIDAK TERBEBAN DENGAN GST ATAU CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN‼️
INI KERANA KAMI HANYA INGIN MEMBANTU MERINGANKAN 💰💰💰KOS💰💰💰ANDA UNTUK MEMPERBAHARUI INSURANS /TAKAFUL KENDERAAN ANDA‼️
BAGAIMANA KAMI BANTU❓❓❓
=========================
📌 KAMI BAYAR GST UNTUK INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN ANDA‼️

📌 KAMI TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CHARGE PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PENGELUARAN CUKAI JALAN‼️

📌 TIADA ISTILAH "UPAH" ATAU "RUNNER SERVICE" BAGI TUJUAN PENGELUARAN CUKAI JALAN‼️
APAKAH SYARAT KELAYAKKAN❓❓❓
=============================
✅ KENDERAAN DIGUNAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA‼️

✅ KENDERAAN TIDAK MELEBIHI 5,000CC‼️

✅KENDERAAN DIDAFTARKAN ATAS NAMA INDIVIDU DAN BUKAN ATAS NAMA SYARIKAT ‼️

✅ KENDERAAN TIDAK MELEBIHI 15 TAHUN‼️

✅ KENDERAAN TIDAK TERLIBAT DALAM KEMALANGAN LEBIH DARI 3 KALI DALAM TEMPOH 5 TAHUN‼️
SIAPAKAH KAMI❓❓❓
=================
👉 SEBUAH SYARIKAT BUMIPUTERA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN AUTOMOTIF‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA SEJAK TAHUN 2014‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT YANG BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG & MEMPUNYAI 2 BUAH CAWANGAN DI NEGERI PERAK UTARA DAN SELATAN NEGERI KEDAH‼️

👉 SEBUAH SYARIKAT YANG INGIN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT MARHAEN‼️

👉SEBUAH SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN PERSATUAN INSURANS AM MALAYSIA❗

BERMINAT DENGAN TAWARAN KAMI❓❓❓
=================================
KLIK LINK 👇👇👇 UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA PERCUMA
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my

13/12/2017

Bila compare harga insurans, penting kena tau harga tu Nilai Pasaran atau Nilai yang Dipersetujui.

Apa benda tu???

Sila baca artikel di bawah sampai habis..

Apabila membeli insurans kenderaan, sukar untuk mengetahui bagaimana anda boleh dapatkan tawaran terbaik. Selain itu, anda juga mungkin keliru dengan pelbagai terma dan jargon insurans! Dalam artikel ini, saya akan tumpukan kepada satu aspek insurans kenderaan sahaja. Selepas habis bacaan, anda tidak akan keliru lagi.

Saya akan jelaskan apakah beza apabila membeli insurans kenderaan pada Nilai Pasaran ( Market Value ) dan Nilai yang Dipersetujui (Agreed Value ).



Apakah Nilai Pasaran?

Jika anda menginsuranskan kereta anda pada Nilai Pasaran, bermakna ianya diinsuranskan pada nilai terkini ‘di pasaran’. Nilai ini ditentukan oleh sistem penilaian yang diluluskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Jika Nilai Pasaran tersebut berubah selepas beberapa bulan, nilai dalam insurans anda juga berubah.

Katakan anda menginsuranskan Perodua Myvi berusia 10 tahun pada Nilai Pasaran. Ketika insurans dibeli, ianya bernilai RM15,000. Tetapi ketika anda kemukakan tuntutan insurans, ianya hanya bernilai RM12,000 sahaja. Maka, itulah jumlah yang anda akan terima jika kereta anda yang tidak dapat dibaiki lagi, ataupun dicuri.

Nilai Pasaran turun seiring dengan susut nilai. Jadi semakin tua kenderaan anda, semakin kurang tuntutan yang anda akan dapat.



Apakah Nilai yang Dipersetujui?

Nilai yang Dipersetujui adalah amaun yang anda dan pihak insurans bersetuju untuk kereta anda. Nilai ini biasanya lebih tinggi dari Nilai Pasaran dan mungkin berbeza antara setiap syarikat insurans.

Jika anda mengambil insurans pada Nilai yang Dipersetujui, syarikat insurans akan membayar tuntutan sebanyak yang dijanjikan tanpa menghiraukan susut nilai kenderaan anda.



Yang Lebih Murah?

Harga polisi insurans berbeza dari syarikat ke syarikat. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa Nilai Pasaran lebih murah atau lebih mahal daripada Nilai yang Dipersetujui.

Mungkin harga pada Nilai yang Dipersetujui syarikat insurans A lebih rendah dari harga pada Nilai Pasaran syarikat insurans B. Atau sebaliknya.

Harga insurans boleh menjadi lebih murah jika anda menginsuranskan kenderaan anda kurang daripada nilai sebenar. Tetapi tuntutan anda juga akan dibayar kurang.

Sebagai contoh, anda menginsuranskan kenderaan anda sebanyak RM20K. Nilai Pasaran pada ketika itu adalah RM30K. Jika kemalangan dan anda perlukan RM5K sahaja untuk baiki. Insurans hanya akan bayar sebanyak RM3,333 sahaja. Bersamaan dengan 66% nilai yang diambil ketika insurans dibeli. Saya rasa tak berapa berbaloi jika ambil insurans kurang dari Nilai Pasaran, namun ianya lebih baik dari tiada insurans langsung.



Dapatkan Perlindungan yang Betul untuk Kenderaan Anda!!

Mahu insurans yang lebih baik? Tanya diri anda soalan berikut:

Adakah kereta saya diinsuranskan untuk jumlah yang betul? Fikir semula jika kenderaan anda hilang, adakah wang yang anda dapat cukup untuk membeli kenderaan yang sama.

Adakah polisi saya termasuk semua perkara yang saya perlukan? Fikirkan keperluan anda apabila membandingkan polisi. Anda mungkin memerlukan bantuan towing tanpa had jika kereta anda selalu berjalan jauh. Atau polisi banjir, jika kawasan tempat anda tinggal selalu dilanda banjir.

Adakah saya memahami polisi saya? Pastikan anda membaca polisi anda dengan teliti.

Adakah saya mendapat insurans terbaik untuk keperluan saya? Tak pasti, melainkan jika anda membandingkan polisi dari syarikat insurans yang berbeza.

Credit : KakZai

Cara Batalkan Insurans Kenderaan============================Apabila kenderaan anda dijual, anda boleh dapatkan semula ba...
11/12/2017

Cara Batalkan Insurans Kenderaan
============================
Apabila kenderaan anda dijual, anda boleh dapatkan semula baki insurans, jika tempoh insurans berjalan tak melebihi 8 bulan.
Menarikkan?
Untuk jumlah pulangan baki, sila rujuk gambar.
Ada 2 cara untuk batalkan insurans:
1. Melalui ejen insurans yang mengeluarkan polisi tersebut.
2. Melalui cawangan syarikat insurans (hanya pemilik asal boleh buat)
Dokumen yang diperlukan :
1. Borang pembatalan yang ditandatangan pemilik
2. Penyata akaun bank atau gambar buku akaun/screenshot online bank in (untuk pengesahan no akaun bagi tujuan pemulangan baki insurans, jika ada)
Pemulangan baki dikira berdasarkan kadar pro-rata dan akan dimasukkan ke dalam akaun pemilik dalam masa 1 bulan.
Credit : NorzainiElias

Cara Claim CART atau Loss Of Use=============================Jika kereta anda dilanggar orang, anda boleh claim Loss Of ...
11/12/2017

Cara Claim CART atau Loss Of Use
=============================

Jika kereta anda dilanggar orang, anda boleh claim Loss Of Use. Maksudnya anda boleh dapat pampasan berdasarkan berapa hari yang diperlukan untuk baiki kerosakan kenderaan anda. Kadar standard oleh PIAM seperti dalam gambar.
Kalau rasa kadar PIAM ni rendah sangat, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa (sama jenis dan kapasiti) untuk jumlah hari yang diperlukan untuk baiki kenderaan anda. Kalau nak tuntut yang ini, mesti sertakan resit dari syarikat kereta sewa yang berdaftar.
Caranya, setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.
Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan maklumat officer in charge dan follow up dari masa ke semasa.
Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.
Credit: NorzainiElias

03/12/2017

🌟Cara Pindah NCD ke Kenderaan Lain🌟
=================================
Kes 1: Insurans kenderaan lama sudah tamat tempoh

NCD boleh dipindahkan terus. Ejen insurans boleh uruskan pemindahan NCD semasa buat insurans kenderaan baru.
Kes 2: Insurans kenderaan lama belum tamat tempoh

Pemilik perlu batalkan dahulu insurans kenderaan lama. Kemudian, baru ejen insurans boleh uruskan pemindahan NCD semasa buat insurans kenderaan baru.
Nota: NCD kereta hanya boleh dipindahkan ke kereta sahaja. NCD motor hanya boleh dipindahkan ke motor sahaja.
For More Information Or Quotation boleh terus klik WhatsApp berikut👇👇👇

http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my
http://InsuranceWithoutGST.wasap.my

Address

Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+60103790076

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Insurans Kenderaan Tanpa GST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Insurans Kenderaan Tanpa GST:

Share