17/04/2026
π₯ MERIAH!!! SAMBUTAN HARI RAYA KOSWIP 2026 DISERIKAN DENGAN POTLUCK, JUADAH ISTIMEWA & SENTUHAN CSR π₯
Menariknya sambutan Hari Raya KOSWIP pada kali ini, setiap kawasan tampil membawa buah tangan masing-masing atau konsep potluck untuk dikongsi bersama rakan-rakan perwakilan. Pelbagai juadah istimewa memenuhi ruang, menjadikan suasana lebih meriah, mesra dan penuh dengan semangat kekeluargaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha KOSWIP, En. Azlan bin Alias yang menyambut kehadiran semua tetamu dengan penuh penghargaan. Seterusnya, ucapan ringkas oleh Pengerusi KOSWIP, Datoβ Khairul Walid Mohamed yang melahirkan rasa gembira dan teruja melihat sambutan yang begitu bermakna serta kehadiran yang memberangsangkan daripada seluruh warga KOSWIP.
Lebih istimewa, majlis pada kali ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan CSR berupa beg sekolah kepada pelajar-pelajar terpilih dari SK Bangsar. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KOSWIP terhadap komuniti setempat, khususnya dalam membantu meringankan beban serta memberi semangat kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
Sambutan pada kali ini turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai istimewa yang menjadi tumpuan para tetamu seperti gerai satey, kambing gulai, apam balik krispy, bakso serta buah-buahan segar. Menu utama nasi tomato yang disediakan juga berjaya menambat selera para hadirin, di samping pelbagai kuih-muih tradisional yang menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya penglibatan daripada semua kawasan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada hari ini. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan jelas mencerminkan semangat kebersamaan dan kekuatan warga KOSWIP.
Sambutan ini bukan sahaja meraikan Aidilfitri, malah menjadi platform mengukuhkan ukhuwah, memupuk nilai kebersamaan dan menyemai semangat prihatin dalam kalangan warga KOSWIP. β¨