24/02/2024
Balik kampung baru ni Bonda ada jumpa sorang mak sedara. Tua dah. 93 tahun umur. Tapi sihat lagi. Telinga dengar, mata nampak. Boleh solat dan puasa lagi.
Ceritanya dia dari muda tak pernah sakit kencing manis, darah tinggi atau jantung.
Bonda tanya apa petua dia amalkan. Dia pun bagitau ambil asam gelugur tiga keping rendam dalam air panas segelas. Bila dah suam boleh minum. Amalkanlah minum selalu.
Bonda tanya kalau orang yang dah sakit boleh ke minum. Dia kata boleh insya Allah badan akan semakin sihat.
Jom kita cuba petua ni 😊