03/08/2026
Hidung Tersumbat Tak Henti? Mungkin Puncanya Salah Satu Dari 3 Masalah Ini!
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 3 jenis penyakit hidung atau rongga nasal yang paling lazim didiagnosis di negara kita termasuk septum hidung bengkak, resdung dan polip.
Apa punca penyakit hidung lazim?
Septum hidung bengkok
Apakah penyebab hidung bengkok?
Bagi masalah septum bengkok, ia boleh berpunca daripada masalah kongenital (sejak lahir lagi) atau akibat trauma dan kecederaan yang dialami. Lazimnya mereka yang terlibat dalam sukan kontak (ragbi, bola sepak dan sebagainya), berlawan (ahli tinju atau pergaduhan) atau kemalangan kenderaan boleh mendapat masalah ini.
Apa yang lebih teruk lagi adalah keadaan septum bengkok boleh menjadi semakin teruk mengikut usia. Dalam keadaan tersebut, jika ia menyebabkan simptom sehingga mempengaruhi kualiti hidup, rawatan pembedahan akan disarankan.
Resdung
Sesiapa pun boleh mendapat jangkitan sinus. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai faktor risiko, mereka lebih cenderung untuk mendapat resdung.
1. Septum hidung bengkok.
2. Ketumbuhan tulang pada hidung.
3. Sejarah alergi.
4. Terdapat kontak dengan kulat.
5. Sistem pertahanan badan lemah.
6. Tabiat merokok.
7. Pernah mengalami jangkitan peparu atas.
8. Fibrosis sistik.
9. Jangkitan gigi.
Polip
Polip nasal terbentuk pada tisu hidung (berasal daripada lapisan mukosa) yang mengalami keradangan. Lapisan mukosa di dalam hidung secara amnya agak lembap memandangkan tugasnya adalah untuk melindungi dan melembapkan udara yang dihirup.
Apabila berlaku jangkitan atau pencetus alergi, mukosa akan membengkak dan merah. Ia juga akan menghasilkan cecair yang keluar di luar kawalan normal badan. Jika proses keradangan tersebut dibiarkan lama dan tidak dirawat, ia boleh membentuk polip kelak.
Terdapat beberapa situasi di mana pesakit boleh mendapat polip walaupun mereka tidak mempunyai sebarang isu dengan proses radang hidung.
Perkara ini termasuklah:
1. Sering mendapat jangkitan sinus.
2. Asma.
3. Rinitis alergi.
4. Fibrosis sistik.
5. Sindrom Churg-Strauss.
6. Mereka yang sensitif terhadap ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
Informasi Nasal Polyp : https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/hidung/hidung-bengkok/
Ingat Medical Card, Ingat Nisa Sauqi
YH GROUP