12/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐
12 April 2026 (Ahad)
๐ Dewan Muktamar KOGAJ
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-30 Tahun 2026 bagi Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad (KOGAJ) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh semangat muafakat.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan tadbir urus koperasi, membentangkan pencapaian semasa serta merangka hala tuju strategik demi memastikan kelestarian dan pertumbuhan KOGAJ pada masa hadapan.
KOGAJ akan terus komited memperkasakan peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi anggota melalui inisiatif yang lebih dinamik, kukuh dan progresif. Usaha ini merangkumi pengembangan aktiviti perniagaan, peningkatan nilai pulangan kepada anggota serta penerokaan peluang baharu yang berdaya saing sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota perwakilan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan komitmen sepanjang mesyuarat ini.
Insya-Allah, kita akan bertemu semula dalam Mesyuarat Agung Kawasan pada tahun hadapan.