Daie Merancang Harta - Anuar

Daie Merancang Harta - Anuar Perancangan Harta untuk melindungi keluarga tersayang melalui hibah, amanah dan wasiat.

Pernah dengar orang kata, "buat apa cari duit banyak-banyak? Bukan boleh bawa mati pun!".Sebenarnya kita kena cari harta...
28/11/2023

Pernah dengar orang kata, "buat apa cari duit banyak-banyak? Bukan boleh bawa mati pun!".

Sebenarnya kita kena cari harta banyak-banyak sebagai bekalan kita
di alam barzakh. Nabi Muhammad SAW telah bersabda, "semua amalan anak Ada akan terputus kecuali 3 perkara, doa anak-anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan harta yang dijariahkan.

Di alam barzakh, hanya 3 cara untuk tambah bekalan pahala kita sementara menanti hari kiamat. Berbekalkan harta-harta yang kita waqaf atau sedekahkan itulah, pahala akan terus mengalir kepada kita sesudah kematian. Janganlah kita abaikan hakikat alam barzakh. Semua muslim wajib percaya alam sesudah kematian itu wujud.

Jadi rancanglah dari sekarang bekalan barzakh kita. Sekurang-kurangnya kita sudah ada peta pelan pahala tambahan menuju ke barzakh. Soal ada harta atau tiada, itu boleh diusahakan. Itu soal pelasanaan. Itu soal peruntukan. Persoalannya, kita rancang atau tidak bekalan tambahan pahala kita?

28/11/2023

PERANCANGAN HARTA PERWARISAN

Topik perwarisan adalah topik yang sensitif. Topik ini adalah topik yg tidak hanya perlukan keterbukaan minda tentang peri pentingnya perwarisan dr sudut maqasid syariah, tapi ia juga perlu menyentuh beberapa persoalan untuk dijawab.

1) sudahkan penilaian risiko perwarisan dibuat?

2) Apakah jenis2 aset yang akan diwariskan atau diamanahkan untuk kelangsungan legasi keluarga dan aset manakah yang akan diperuntukkan untuk kegunaan barzakh empunya harta? Tidakkan nabi kata semua amalan anak Adam akan terhenti selepas kematian kecuali 3 dan salah satunya ialah sedeqah/jariah?

3) Apakah kemungkinan wujudnya risiko perebutan harta sesama waris seperti yang berlaku kepada keluarga arwah Tan sri Jj, atau arwah Ab4m jika perancangan perwarisan tidak dirancang sekarang?

4) Apakah manfaat kepada empunya harta jika hartanya diwariskan sedangkan itu adalah harta yang dia usahakan seumur hidupnya?

5) dan banyak lagi soalan yang perlu dikupas 1 per 1.

Pokoknya, topik perwarisan bukan hanya soal siapa akan dapat harta sekian-sekian. Ia adalah topik yg memerlukan jawapan kepada soalan-soalan yang terbuku di hatibsi empunya harta.

Semoga sedikit pencerahan ini membantu para pembaca memahami kaedah atau maqasid syariah dalam perancangan harta.

Hayati maksud Allah dalam video di bawah.

https://klik.vip/pengurusan-harta

*TINGGALKAN PETA DAN KUNCI PADA WARIS KITA* Oleh : Fadzli Rozali Bila saya cakap tentang tinggalkan Peta dan Kunci kepad...
12/08/2023

*TINGGALKAN PETA DAN KUNCI PADA WARIS KITA*

Oleh : Fadzli Rozali

Bila saya cakap tentang tinggalkan Peta dan Kunci kepada waris, yang saya maksudkan di sini ialah semasa hidup kita buat *WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA* .

Apa dia WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA ni? Saya terangkan seperti di bawah ya

Di dalam Wasiat Pentadbiran Pusaka ni , Tuan Puan boleh :

*1. Melantik Wasi (Pentadbir Harta)*
- Wasi ini bertanggungjwab utk uruskan dan agihkan harta kita selepas kita meninggal dunia nanti .
- Banyak harta pusaka tidak diuruskan disebabkan waris2 tidak dapat beri kerjasama dan muafakat tentang siapa yang jadi Wasi pentadbir harta
- Bila Tuan dah lantik siap2 wasi melalui Wasiat Rasmi Pentadbiran Pusaka, Wasi ini ada kuasa boleh terus ke Mahkamah utk dapatkan Surat Kuasa dari Mahkamah

*2. Wasiat Pemberian Harta kepada Bukan Waris*
- Wasiat harta kepada anak angkat/anak tiri ATAU Kepada Badan Amal (masjid/rumah anak yatim/sekolah tahfiz) sebanyak 1/3 dari harta .
- Melalui wasiat pemberian harta ini, pewasiat boleh berikan arahan yang wajib dipatuhi oleh Pentadbir Harta utk sedekah amal jariah bagi pihak Tuan Puan untuk Saham Akhirat yang berpanjangan ibarat seperti sungai yang sentiasa mengalir.

*3. Wasiat untuk Senaraikan Waris , Senarai Harta , Senarai Hutang*
- Dokumen rahsia ini hanya akan di bacakan kepada waris2 untuk beritahu harta apa yang Tuan ada, Hutang yang perlu dijelaskan dan apa2 pesanan terakhir yang ingin di tinggalkan kepada waris2 selepas kematian Tuan/Puan .
- Dengan ada nya senarai ini maka Wasi (Pentadbir Harta) senang nak buat kerja dia selepas kematian pewasiat nanti.

- Semua info, dokumen dan maklumat diperlukan dah ada. Tak perlu dah dia hubungi setiap bank , untuk semak akaun Bank Tuan Puan yang ada.

- Wasi boleh terus saja ke Mahkamah untuk dapatkan Geran Probet dan terus cairkan harta Tuan Puan dan laksanakan amanah yang Tuan Puan tinggalkan tanpa dapatkan persetujuan semua waris (bagi kes ada waris yang tidak mahu beri kerjasama)

Kes-kes memakan harta pusaka secara bathil. Allah akan seksa seteruk2nya di akhirat nanti.Kisah 1:Ali mati mempunyai 5 a...
27/07/2023

Kes-kes memakan harta pusaka secara bathil. Allah akan seksa seteruk2nya di akhirat nanti.

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yang sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati. Rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun, tiada lagi kenduri adik beradik. Duit pun tidak diagih pada waris, si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak-anaknya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendapat hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil meninggal dunia. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil. Si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya, 1 sen pun dia tak akan beri pada anak lelaki tunggal si mati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim iaitu memakan harta batil.

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dengan persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang RM12k setahun digunakan untuk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka, hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya. Bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dengan adik-anaknya. Disini si kakak dah pun mengambil hak orang lain.

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dalam kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak-anaknya yg lain. Selepas kematiannya, semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak-anak Haji Bakar. Di sini semua anak-anak Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim.

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak perempuan. Duit takaful atas nama bapa si mati. Selepas kematian, pihak takaful telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit takaful tu kepada suaminya, dirinya dan semua anak-anaknya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal perempuan. Di sini adik beradik si mati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak perempuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yang cantik tanpa pengetahuan anak-anak simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak, seorang dari anaknya s**a meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula dan apabila Haji Dolah mati si anak yang meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yang dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah-kisah yang saya perolehi dari client, kawan dan sahabat handai saya.

Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil, bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua inilah di panggil memakan harta batil.

Kredit :

Ramai yang bertanya apa itu harta batil? Berdosakah makan harta batil? Bagaimana nak tahu ianya harta batil? Jom baca artikel ini.

*HIBAH: APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN PEMILIK RUMAH?*OLEH: Dayana SobriRumah merupakan keperluan asas yang...
24/05/2023

*HIBAH: APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN PEMILIK RUMAH?*

OLEH: Dayana Sobri

Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga.

Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah?

Dan mengapakah penghibahan rumah penting?

*1. Apa itu penghibahan rumah?*

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara s**arela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.

Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain?

*2. Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?*

Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlakunya kematian. Terdapat cara pengiraan yang berbeza di dalam hukum faraid. Ia bergantung kepada senario dan bilangan waris.

Kami mengambil contoh sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati. Maka pembahagian adalah seperti berikut:

1. Bapa (1/6 daripada rumah)
2. Ibu (1/6 daripada rumah)
3. Isteri (1/8 daripada rumah)
4. Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 di antara anak-anak lelaki dan perempuan)

Jika berlaku perceraian, hak isteri ke atas rumah tidak terjamin kerana nama isteri tiada di dalam geran. Isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian untuk menuntut hak ke atas rumah dan harta yang lain. Perkongsian harta seperti rumah adalah merumitkan. Malahan, sekiranya si suami mati, rumah tidak akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Oleh demikian, penghibahan merupakan jalan penyelesaian yang baik.

*3. Bolehkan rumah yang masih bercagar dihibahkan?*

Sekiranya rumah masih lagi berada dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap masih bercagar dan secara umumnya tidak boleh dihibahkan.

Bagaimanapun, Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) dapat dilakukan sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.

Dengan adanya pelan perlindungan seperti yang dinyatakan, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

Sesuatu yy ramai org x tahu tentang asas rukun Hibah.Anuar - 018-912 2250
22/05/2023

Sesuatu yy ramai org x tahu tentang asas rukun Hibah.

Anuar - 018-912 2250

Mati Ja Terus Faraidkah? Ohhh wrong!Ramai yang ingat bila berlaku kematian saja, harta si mati akan terus difaraidkan. T...
22/05/2023

Mati Ja Terus Faraidkah? Ohhh wrong!

Ramai yang ingat bila berlaku kematian saja, harta si mati akan terus difaraidkan.
Tetapi, realitinya ada 5 perkara perlu dikenalpasti sebelum harta si mati difaraidkan.

1. Adakah si mati ada membuat hibah harta, wakaf dan harta amanah ketika hidup?

Perkara pertama yang perlu dikenalpasti adalah sekiranya si mati telah menghibahkan, mewakafkan atau mengamanahkan hartanya kepada mana-mana individu atau institusi ketika masih hidup. Jika ada, harta yang dihibahkan, diwakafkan dan diamanahkan ini akan terkeluar daripada harta pusaka si mati, mestilah diberikan kepada penerima.

2. Perbelanjaan dalam menguruskan jenazah si mati.

Segala perbelanjaan dalam menguruskan jenazah si mati boleh ditolak daripada harta yang telah ditinggalkan oleh Si Mati. Pengurusan ini tidak termasuk kenduri kendara dan tahlil segala ya, pengurusan ini cuma untuk menyelesai jenazah si mati sehingga dikebumikan. Selain itu, tidak boleh diambil daripada harta si mati.

3. Hutang piutang si mati.

Segala hutang si mati, sama ada hutang kepada institusi cth: bank, hutang kepada individu dan hutang kepada Allah (fidyah, nazar, badal haji dan lain-lain). Semua hutang ini perlu ditolak dahulu daripada harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Mati syahid sekali pun tetap hutang kena bayar dulu. Jangan cepat-cepat mahu faraid sedangkan hutang si mati belum langsai lagi

4. Adakah pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian ke atas harta si mati?

Sekiranya pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian dengan pembuktian sumbangan terhadap harta. Maka pengurusan pusaka si mati perlu dibawa ke perbicaraan di Mahkamah Syariah terlebih dahulu, pembuktian dan mendapatkan keputusan mahkamah syariah bagi bahagian harta sepencarian yang akan diperoleh pasangan si mati. Maka harta sepencarian ini akan ditolak daripada harta pusaka si mati terlebih dahulu.

5. Adakah si mati ada menulis wasiat 1/3 kepada bukan waris bertujuan sebagai amal jariah.

Sekiranya si mati ada menulis wasiat tidak melebih 1/3 daripada harta yang ditinggalkan selepas perkara 1,2,3 dan 4 ditolak daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan, wasiat ini diberikan kepada bukan waris faraid seperti anak angkat, rumah anak yatim, masjid dan sebagainya bertujuan untuk amal jariah. Wasiat 1/3 ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu.

Kalau wasiat tersebut diberikan kepada waris faraid, itu kita cerita sesi lain atau boleh tanya Yong direct, okay. 😉

Selepas perkara 1, 2, 3, 4 dan 5 telah dikenalpasti dan ditolak daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, maka barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan mengikut bahagian faraid kepada waris-waris yang berhak.

Inilah yang sebenar-benarnya mengikut hukum dan undang-undang. Janganlah kerana harta dan keuntungan di dunia, kita pusing mana yang boleh hanya untuk memperolehi sesuatu yang bukan hak kita.

"Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya)" -Surah Al-Fajr ayat 19.

Semoga dapat memberi manfaat.

Tulisan : Azwa Yong

Address

Muar
84000

Telephone

+60189122250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daie Merancang Harta - Anuar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Daie Merancang Harta - Anuar:

Share