10/08/2023
APA ITU WAITING PERIOD & CONTESTABLE PERIOD
Waiting Period ada 4 kategori
Waiting Period = Tempoh yang perlu dicapai selepas sijil lulus untuk manfaat tersebut dilindungi.
1) Selepas 24 jam
– Life Takaful: Cover kemalangan.
– Medical Card: Cover kemalangan.
2) Selepas 30 hari
– Life Takaful: Cover Pampasan Penyakit Kritikal kecuali Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
– Life Takaful: Cover manfaat Elaun Hospital (kalau ada)
– Medical Card: Cover kes sakit selain Penyakit Kritikal seperti demam panas atau denggi (warded)
3) Selepas 60 hari
– Life Takaful: Cover Pampasan Kanser dan Jantung. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
4) Selepas 120 hari
– Medical Card: Cover Penyakit Kritikal. Kalau berlaku sakit kritikal sebelum 120 hari selepas polisi lulus, tak cover untuk Medical Card. Tapi company masih akan investigate sebab kurang 2 tahun polisi.
Contestable Period 2 tahun
Contestable Period = Tempoh boleh dipertikai oleh operator Takaful dalam masa 2 tahun selepas sijil lulus.
Jika claim dibuat sebelum tempoh 2 tahun, walaupun lepas WAITING PERIOD, syarikat berhak untuk jalankan siasatan terperinci, bagi memastikan client sihat semasa mencarum sijil Takaful. Claim tidak akan diluluskan jika siasatan didapati client ada sejarah kesihatan sebelum mencarum, atau sakit itu wujud sebelum mencarum, walaupun tanpa pengetahuan client. Bagi penggunaan Medical Card, jika belum tamat Contestable Period 2 tahun, kemungkinan besar GL (Guarantee Letter) tidak akan dikeluarkan, jika pihak underwriter claim (3rd party) perlu jalankan siasatan lebih lanjut. Ini terutama kes claim untuk sakit yang boleh berkait dengan penyakit-penyakit kritikal seperti kanser dan jantung. Hal ini kerana sakit itu berpotensi wujud sebelum client signup Medical Card atau Life Takaful. Jadi, client perlu dahulukan dulu duit sendiri, kemudian akan di ‘reimburse’ oleh Medical Card semula selepas siasatan selesai, dan sememangnya tiada bukti sakit itu wujud sebelum signup Takaful. Jika tidak, berkemungkinan claim tidak akan diluluskan. Untuk claim Medical Card selain berkaitan penyakit kritikal seperti demam panas, denggi, muntah2 (warded) atau kes kemalangan, insyaAllah tiada masalah untuk mohon GL, walaupun masih dalam Contestable Period.