12/06/2015
MARUDI: Polis trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Marudi di sini memohon orang awam atau saksi yang melihat satu kes langgar lari berhampiran Rumah Pengabang, Sungai Serusai di Bakong, baru-baru ini supaya tampil membantu siasatan.
Pegawai Traffik IPD Marudi, ASP Mike Ibrahim memberitahu, kejadian langgar lari tersebut berlaku pada 1 Jun lepas, sekitar jam 5.46 pagi di jalan raya berdepan rumah panjang terbabit melibatkan seorang mangsa lelaki, berumur 25 tahun, disyaki dilanggar lari sebuah kenderaan pacuan empat roda, jenis Hilux (Single Cap) berwarna putih.
Dalam kejadian langgar lari tersebut, mangsa yang berasal dari Rumah Pengabang, mengalami cedera parah di bahagian kaki dan tangan dan masih dirawat di Hospital Miri.
Menurut ASP Mike Ibrahim, saksi sempat melihat kejadian tersebut mendakwa terdapat tulisan dengan logo ‘Bungai Terung’ berwarna hitam pada sebelah pintu kiri kenderaan tersebut.
Namun sehingga kini katanya, pihak polis belum mendapat mengenal pasti suspek melanggar mangsa kerana belum ada sesiapa tampil menyerah diri.
ASP Mike turut meminta bantuan orang awam sekiranya ada menyaksikan kejadian atau kereta mempunyai lambang atau logo ‘Bungai Terung’, seperti yang dinyatakan di atas, boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Marudi, Sarjan Abang Reduan di talian 010-7993733 atau Balai Polis berhampiran.
Read more: http://www.theborneopost.com/2015/06/11/polis-cari-suspek-langgar-lari-guna-hilux-ada-logo-bungai-terung/