11/11/2020
Apakah itu unit trust?
Unit trust adalah pelaburan berkelompok/bersama yang mana pelaburan anda akan dikumpulkan bersama dengan pelabur-pelabur lain dan kemudian dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ekuiti dan juga bon.
Pelaburan dalam pelbagai saham akan meningkatkan peluang dan mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu-satu saham sahaja.
Pelaburan dalam unit amanah boleh dibahagaikan kepada dua iaitu secara konvensional dan juga berlandaskan syariah. Pelaburan anda akan diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Maksudnya disini anda melaburkan duit anda ke dalam dana-dana/saham yang diuruskan oleh syarikat pengurusan dana professional yang telah anda pilih.
Esok kita akan kupas lebih lanjut mengenai bagaimana unit trust ini dapat meningkatkan peluang untuk mendapat pulangan yang lebih baik dan apakah itu pelaburan berlandaskan syariah?