15/02/2023
Scammer Alert!
Scammer Alert!
Ramai yang tahu tapi masih teruskan percaya golongan Scammer yang bahawanya boleh Apply pinjaman melalui online.
Senang dan mudah!
Cara mereka dan kata manis mereka sangat senang hingga memperdayakan minda anda.
Akhirnya, wang tidak sampai ke tangan malah ditipu bulat-bulat, dan Secara Sukarelanya memberikan wang kepada golongan yang tidak bertanggungjawab.
Sekiranya anda menggunakan ejen pinjaman atau perunding untuk memohon pinjaman peribadi, anda tidak perlu buat bayaran wang pendahuluan. Mereka/ejen akan menerima pendapatan mereka sebagai komisen dari bank / koperasi / syarikat pinjaman yang berlesen setelah pinjaman diluluskan.
Oleh itu, berhari-hati jika ada pihak yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang berlesen yang kononnya sah dan selamat tetapi meminta apa-apa bayaran sebagai caj pemprosesan wajib, bayaran pendahuluan ansuran, insurans atau cagaran.
Hal ini kerana, jika anda perlu untuk membayar yuran ini ianya akan automatik ditolak daripada jumlah wang pinjaman yang anda akan terima.
Ingat ni!
10 Jenis Wang Pendahuluan Yang Diminta Oleh Scammer Pinjaman Peribadi
Berikut merupakan antara jenis wang pendahuluan ataupun duit deposit yang sering diminta oleh scammer apabila membuat permohonan pinjaman.
-Bayaran deposit duit setem
-Bayaran insurans pinjaman
-Bayaran yuran proses/LHDN
-Bayaran kuatkan credit score
-Bayaran cukai SST dan cukai lain-lain
-Bayaran untuk cari penjamin
-Bayaran clear nama blacklist CCRIS/CTOS
-Bayaran caj agreement atau caj kontrak
-Bayaran test payment dengan alasan ingin pastikan pemohon -mampu dan boleh buat bayaran bulanan
-Bayaran test akaun dengan alasan untuk pastikan akaun pemohon aktif dan boleh terima duit pinjaman
Apa yang dikatakan sebagai tawaran atau skim pinjaman yang terlalu bagus?
Tawaran seperti kadar faedah atau kadar keuntungan yang terlalu rendah sehingga tidak logik. Contohnya, jika anda diberitahu kata-kata seperti ‘kadar faedah 0%’ atau ‘jaminan wang tunai atau kelulusan terjamin 100%’, terus delete dan block penipu tersebut.
Ingat ya, pemberi pinjaman peribadi yang sah akan memeriksa sama ada anda mampu membayar balik hutang pinjaman anda. Setiap pemberi pinjaman amat peduli untuk mendapatkan kembali wang mereka. Pemberi pinjaman peribadi yang sah akan menilai kriteria yang berikut dengan teliti sebelum meluluskan permohonan pinjaman kepada anda.
-Pendapatan & pekerjaan
-Komitmen yang sedia ada
-Umur & tempoh pinjaman
-Simpanan & aset
-Sejarah kredit (rekod CCRIS dan CTOS, rekod senarai hitam (‘blacklist’) / disenarai sebagai ‘Special Attention Account’ (SAA) atau Akaun Dibawah Pemerhatian Khas/ Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tetapi ada juga pihak pinjaman bank/koperasi/syarikat pinjaman berlesen yang memberikan kelonggaran sedikit kepada penjawat awam yang mempunyai rekod kredit CCRIS atau CTOS yang kurang baik, komitmen luar yang tinggi, mempunyai rekod senarai hitam dan AKPK. Pemberi pinjaman dapat menawarkan fleksibiliti ini kerana pembayaran pinjaman adalah melalui pemotongan gaji dan diberi kuasa oleh pengawal selia untuk melakukannya.
-Sekiranya pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera kerana tawaran pinjaman istimewa seperti ‘kadar faedah rendah’ dan tawaran tersebut akan berakhir tidak lama lagi, maka anda perlu mengabaikannya kerana ini adalah salah satu taktik penipuan pinjaman peribadi. Ini kerana jika lebih pantas penipu menandatangani perjanjian dengan anda, maka lebih cepat anda akan masuk ke dalam perangkap penipuan tersebut.
Jangan sekali-kali kelam-kabut untuk membuat apa-apa keputusan. Anda perlu teruskan hanya jika anda pasti 100% dengan siapa anda sedang berurusan.
Kadang-kadang penipu bukanlah menginginkan wang anda, tetapi untuk mencuri identiti anda untuk tujuan penipuan. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, emel atau media sosial untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi anda. Ini dipanggil sebagai ‘phishing’.
Jangan berikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda melainkan anda tahu siapa dan apa tujuannya. Penipuan pinjaman peribadi ini selalunya menggunakan taktik untuk menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang
ini sendiri tidak sedar tentang penipuan pinjaman peribadi tersebut.
Contoh Ayat Scammer
Berikut merupakan antara ayat scammer yang sering digunakan di kalangan sindiket penipuan pinjaman untuk mendapatkan keuntungan daripada pemohon caj caj dan duit pendahuluan yang dikenakan kepada pemohon.
” Loan encik dah boleh lulus ni, layak nak mohon cuma encik kena bayar RM200 untuk kami clearkan rekod CCRIS/CTOS”
” Encik tinggal kena bayar duit deposit duti setem je lagi lepastu kita dah boleh proceed permohonan loan encik”
” Encik kena buat bayaran pendahuluan cepat sebab takut nanti bank tak approve loan encik”
Berwaspadalah dengan Scammer!
Jangan menjadi Mangsa Seterusnya!
Sekiranya anda sungguh mengalami masalah kewangan, boleh menghubungi kami dahulu untuk mendapatkan nasihat yang lebih cekap dan kukuh.
Kami adalah Agency yang boleh berikan cadangan di mana tempat dan Syarikat Perkhidmatan Kredit Komuniti berserta Lesen yang sah bagi tujuan dan masalah kewangan anda!
Hubungi Talian Perkhidmatan Kami:
https://wa.me/message/AGNSKXHF4DUN1
*Segala Perundingan dan Kaunseling adalah PERCUMA
*Kami hanyalah ejen yang membekal kepada Syarikat-syarikat Perkhidmatan Kredit Komuniti
*Silakan Like dan Share Posting yang Bermanfaat
*Warga Miri Dialu-alukan