04/07/2023
ANDAI AKU MATI SEMALAM..
Hadis Rasulullah ada mengatakan “Mereka yang banyak mengingati MATI dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang CERDIK”
Dalam kehidupan setiap orang pasti ada PERSIAPAN, Cth Persiapan nak sambut Raya, Persiapan Masuk Sekolah, Persiapan nak masuk kerja, Persiapan nak pergi bercuti, Persiapan untuk Bersara.. Dan semua ini ada tarikhnya yakni kita tahu tarikhnya..
TAPI TAPI TAPI…
Pernahkah kita terfikir sejenak untuk buat PERSIAPAN tentang Harta-Harta yang telah kita bina, yang telah kita beli, yang telah kita simpan selama ini dalam menghadapi sebuah Kematian yang tidak tahu bila tarikhnya.
Mungkin kita pernah dengar orang cakap
“Waris nak Harta Pusaka nanti, pandai2lah dia Urus”
- Kalau pandai dia Urus. Kalau masih bawah Umur?
- Kalau ada kos nk urus. Kalau takde?
“Harta bukan Boleh bawa ke mati pun”
-memang benar n tepat sekali. Tapi jariah darinya bolehkan?
“Saya ada anak lelaki, dia kaya”
-Alhamdulillah ada anak lelaki. Jika kematian dia dulu?
- Alhamdulillah dia kaya. Jika dia tak uruskan? Dek kerana proses yang rumit..
“Macam saya nak mati esok”
-tarikh Lahir kita tahu. Tarikh mati?
“Ada Harta pun susah”
-Ditanya kepada orang yg telah mati, apa yg ingin buat Jika Allah kembalikan ke dunia? Sedekah. Maka buatlah Persiapan agar Harta tadi jadi SEDEKAH JARIAH.
Andai kita diberi pilihan untuk memilih Harta ini untuk menjadi BAROKAH atau FITNAH? Adakah kita dengan sewenangnya mengeluarkan statement di atas.
Pengalaman saya dapat bantu Waris.. Dan ayat pertama keluar dari mulut Waris adalah
“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Terima kasih Nik suruh arwah buat, Kalau tak, Akak tak tahu Harta arwah kat mana?”
Mari sahabat2 kita mulakan tindakan untuk buat Perancangan Harta awal