06/09/2026
πΏ JALINAN KASIH & TEMU MURNI MATAM πΏ
Alhamdulillah, selesai sudah Program Jalinan Kasih bagi pelajar SPM, SMU dan SMTQ,
dan program Temu Murni hari ini antara ibu bapa dan guru-guru kelas (Guru Hafazan Kelas).
Terima kasih buat semua ibu bapa yang meluangkan masa hadir, berbincang dan berkongsi pandangan demi perkembangan serta kejayaan anak-anak.
Kerjasama antara ibu bapa dan guru inilah yang menjadi antara kekuatan dalam membimbing anak-anak menuju kejayaan, bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga akhlak dan sahsiah. π±
Setelah seminggu bercuti,
selamat kembali ke sekolah anak-anak MATAM! π
Teruskan perjuangan menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran. Kembali dengan semangat baharu, hati yang lebih kuat dan azam untuk menjadi insan yang lebih baik.
Selamat meneruskan perjuangan ilmu di MATAM.
Semoga setiap langkah kalian dipermudahkan dan diberkati Allah. π€²π»