Lia Nadzri

Lia Nadzri Your Gold and Silver Fasilitator

Pegang emas di tangan sendiri ni auranya lain macam.Bagai ada suatu keyakinan yang menjamin, walau apa pun yang terjadi ...
21/08/2021

Pegang emas di tangan sendiri ni auranya lain macam.

Bagai ada suatu keyakinan yang menjamin, walau apa pun yang terjadi setidak-tidaknya kita ada sesuatu yang kita boleh sandarkan di saat-saat menduga.

Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik, namun masih ramai yang membeli emas. Ini fakta. Kenapa?
Kerana mereka faham, emas adalah insurans kewangan.

Simpanlah walau sekecil emas, masa depan anda akan berterima kasih kepada anda.

❤️
Teacher Lia Nadzri
Dealer Aktif Public Gold
PG00190739
www.teacherlianadzri.com

Ramai beranggapan, untuk beli emas anda perlu tunggu jadi kaya-raya. Hakikatnya, hanya dengan RM100 sahaja anda boleh me...
21/08/2021

Ramai beranggapan, untuk beli emas anda perlu tunggu jadi kaya-raya. Hakikatnya, hanya dengan RM100 sahaja anda boleh memulakan simpanan emas.

Simpan secara konsisten. Disarankan 1 gram 1 bulan. Kalau lebih lagi bagus. Kalau belum mampu, istiqamah dengan satu bulan RM100, dapat juga 0.3 gram +. Siapa nak bagi?

Bila anda membeli dan menyimpan emas, anda terpaksa menjadi kaya secara senyap. Kekayaan itu bertambah tanpa anda sedar. Seronok kan?

Tiba-tiba kaya. Yang penting di saat menduga dan terdesak, kita tak perlu menagih simpati dan meminjam daripada orang lain. Emas kan ada.

❤️
Teacher Lia

Your Gold and Silver Facilitator 💕

Tahniah Puan Nurul Fitri. Terbuka hati untuk memulakan simpanan emas dengan Akaun GAP.Semoga tercapai matlamat dengan si...
21/08/2021

Tahniah Puan Nurul Fitri. Terbuka hati untuk memulakan simpanan emas dengan Akaun GAP.

Semoga tercapai matlamat dengan simpanan emas, InsyaAllah.

❤️
Teacher Lia Nadzri

Siapa punya ni?Sila angkat tangan. Dah sampai dah, Alhamdulillah.Ini gold bar 1 gram Edisi Masjid Nabawi yang Teacher bu...
12/08/2021

Siapa punya ni?
Sila angkat tangan.
Dah sampai dah, Alhamdulillah.

Ini gold bar 1 gram Edisi Masjid Nabawi yang Teacher buka pool order hari tu. Yang ini dari PG Museum, dah selamat tiba. Kita Nantikan p**a sebahagian lagi yang dikeluarkan daripada Akaun GAP melalui GIT Withdrawal.

Rezeki customers Teacher. Next! Kita tunggu design baru keluar, kita buka pool order lagi ya mentemen 😊

❤️
Teacher Lia Nadzri
Your Gold and Silver Facilitator
www.teacherlianadzri.com

TEACHER TAK RUGI, AWAK TAK UNTUNG.2 bulan lepas Teacher ajar ilmu emasAwak kata "Nantilah dulu."Teacher dah simpan 1 gra...
04/08/2021

TEACHER TAK RUGI, AWAK TAK UNTUNG.

2 bulan lepas Teacher ajar ilmu emas
Awak kata "Nantilah dulu."
Teacher dah simpan 1 gram.

Bulan lepas, awak bertanya, Teacher kongsi lagi.
Tapi awak tolak lagi.
Tak mengapa, Teacher dah ada 2 gram.

Bulan ini, Teacher menulis lagi tentang emas.
Awak baru nak like post Teacher.
Teacher dah ada 3 gram.

Bulan depan, Teacher kongsi lagi.
Awak tanya "Kenapa harga emas mahal sangat?"
Teacher senyum je, Teacher dah ada 4 gram.

Bulan seterusnya, Teacher masih kongsikan ilmu celik emas.
Awak mesej Teacher, awak tanya lagi.
Teacher jawab dengan ikhlas, pelan-pelan dan satu-persatu.
Awak kemudian kata "Nanti saya fikir dulu."
Teacher dah simpan 5 gram.

Bulan berikutnya, Teacher menulis lagi, kongsi lagi.
Awak tanya lagi "Kalau saya beli sekarang, bila masa terbaik untuk saya jual?"
Teacher tenang, terangkan dengan penuh kasih sayang.
Kemudian, awak senyap lagi.
Krikkk Krikkk Krikkk...
Takpe, Teacher dah ada 6 gram.

Pada minggu berikutnya, Teacher ke cawangan Public Gold.
Teacher keluarkan sekeping 1 Dinar 4.25g dari Akaun GAP Teacher.
Teacher sangat gembira, Teacher kongsi sebagai penyuntik semangat.

Awak like post Teacher, awak pm Teacher.

Awak cakap "Menyesal saya tak simpan awal-awal!".

Teacher balas...
"Awak masih belum terlambat untuk mulakan."

Begitulah diari seorang Priority Dealer yang bernama Teacher Lia Nadzri.

❤️
Teacher Lia Nadzri
Your Gold and Silver Facilitator
www.teacherlianadzri.com
t.me/teacherlianadzri


Jom kita sama-sama fikir, kenapa kita perlu mulakan simpanan emas? Perlu ke simpanan emas bila kita dah ada simpanan dui...
04/08/2021

Jom kita sama-sama fikir, kenapa kita perlu mulakan simpanan emas? Perlu ke simpanan emas bila kita dah ada simpanan duit?
Apa kepentingan simpanan emas ya?

Tabiat menyimpan duit sebenarnya satu tabiat yang sangat baik. Duit yang kita simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan (kita perlu simpan sekurang-kurangkan 3 bulan gaji untuk tabung kecemasan tau) menunaikan umrah atau haji ataupun bagi tujuan pelaburan, perubatan dan pendidikan.

Duit sangat mudah dihabiskan daripada disimpan. Setuju tak?

Sebab tabiat untuk menyimpan duit ni sangat sukar dipraktikkan. Susah!
Simpan habis, simpan bocor.
Tak tahu kemana dibelanjakan.
Ini pengalaman Teacher sendiri 😔

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka susahnya bagi kita untuk membina kekayaan dengan simpanan duit.

Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit ni biasanya ada 2 sahaja.

Pertama bayar hutang. Kedua belanja. Betul?

Kadang-kala tanpa kita sedar, kita sendiri merompak simpanan duit kita sendiri. Bukan individu lain. Sebab tu nilai simpanan kita asyik la menyusut, nak bayar semula apa yang telah dirompak, hmmm...

Ambil masa atau kadang-kadang ada komitmen lain yang membataskan. Atau terus terlupa! 😅

Jadi, apa penyelesaiannya? Mudah!

Tukarkan sebahagian simpanan kita kepada simpanan emas. 70% simpanan tunai, 30% simpanan emas contohnya.

Contoh saya ada simpanan 1g emas 999. Macam mana nak gunakan emas 1g ni?

Aduii.. susah nak jawab soalan ini.
Sebab kita tak ada pengalaman belanjakan emas.
Dalam mindset kita, emas kena simpan, bukan untuk dihabiskan atau dibelanjakan.

Nampak tak macam mana kita selamatkan simpanan masa depan kita?
Dapat sesuatu? 🥰

Semoga bermanfaat.

Mari Teacher bantu untuk mulakan simpanan emas pertama anda dengan hanya serendah RM100.

https://goldsavingpgfb.wasap.my

❤️
Teacher Lia Nadzri
Your Gold and Silver Facilitator
www.teacherlianadzri.com

Ini gold bar Bunga Mas 100 gram. Cantik sangat kan? Kalau beli emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu. Lagi besar ...
22/07/2021

Ini gold bar Bunga Mas 100 gram. Cantik sangat kan?

Kalau beli emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu. Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita. InsyaAllah.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu. Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis.

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah RM100 melalui bersama Public Gold.

Paksa diri beli emas setiap bulan. Satu hari nanti dapat keluarkan sekeping gold bar Bunga Mas 100 gram yang cantik ni, InsyaAllah.

❤️
Teacher Lia Nadzri
Your Gold and Silver Facilitator
www.teacherlianadzri.com

Marilah kita belajar ilmu tentang teknik menyimpan emas, tak perlu tunggu jadi kaya untuk mulakan menyimpan emas.Ada ora...
21/07/2021

Marilah kita belajar ilmu tentang teknik menyimpan emas, tak perlu tunggu jadi kaya untuk mulakan menyimpan emas.

Ada orang kaya pun tapi belum sampai seru untuk celik tentang emas.

Ada orang yang berpendapatan sederhana, tapi dah berpuluh gram simpanan emasnya.

Buka hati, buka minda dan niat.

Mudah saja.
Perkara pertama, MULAKAN.

Ya, langkah pertama itu sangat penting.
Langkah yang didahului dengan niat.
Apa niat kita untuk simpan emas ni?

Kedua, dapatkan seorang guru.
Pemudah cara ilmu emas.
Ilmu menyimpan emas ni lebih mahal daripada nilai emas itu sendiri.

Kalau tak masakan ramai menjadi mangsa skim cepat miskin kan?
Jadi, bergurulah.

Ketiga, nak simpan emas dengan pantas.
Pejam je mata, simpan 1 bulan 1 gram.

Ambil daripada duit gaji yang kita asingkan untuk simpanan.
Cukup setahun, dapat 12 gram.
Siapa nak bagi?
Dah dapat simpan 1 gram 1 bulan se cara istiqamah, fokus untuk dapatkan 5 gram p**a.

Sebaiknya dalam bentuk jongkong emas, simpan dalam beg duit.
Jadikan magnet duit.
Magnet emas seterusnya.

Cubalah!
Jangan tunggu dah terhantuk baru nak terngadah.
Emas ini insurans kewangan kita.

Waktu senang, jadi harta
Waktu sempit, jadi tunai.

Nak Teacher bantu untuk dapatkan 100g pertama anda?

Klik link di bio ya.

❤️
Teacher Lia Nadzri

Alhamdulillah,tahniah Puan. Dinar emas p**a menjadi pilihan. Seronok kan simpan emas? Auranya tak boleh dinafikan. Begit...
21/07/2021

Alhamdulillah,tahniah Puan. Dinar emas p**a menjadi pilihan.

Seronok kan simpan emas? Auranya tak boleh dinafikan. Begitulah.

❤️
Teacher Lia Nadzri
Your gold and silver fasilitator
www.teacherlianadzri.com

Kawan-kawan, Tahukah anda bahawa akaun emas GAP adalah disokong oleh emas fizikal. Maknanya, ianya bukan hanya sekadar p...
18/07/2021

Kawan-kawan,
Tahukah anda bahawa akaun emas GAP adalah disokong oleh emas fizikal. Maknanya, ianya bukan hanya sekadar perjanjian tin kosong. Anda beli 1 gram, anda akan dapat 1 gram emas fizikal.

Dan disebabkan itu juga, semua urusniaga Public Gold mendapat pengiktirafan sijil patuh syariah oleh Amanie Advisory. Segalanya telus dan jelas.

Paling best sekarang anda boleh mengeluarkan gold bar 1 gram anda melalui GIT (Gold in Transit) berinsurans. Emas anda akan dihantar terus ke depan pintu anda. Segalanya boleh diuruskan hanya secara atas talian 24/7.

Lagi best bila sekarang anda ada banyak pilihan gold bar 1 gram boleh dikeluarkan secara GIT. Pilih saja gold bar idaman dan kuantitinya.

Mengumpul emas fizikal 1 gram ini adalah satu hobi yang sangat berharga. Hobi yang membuat anda kaya. Kenapa perlu dikeluarkan? Kenapa tidak dibiarkan saja dalam Akaun GAP itu?

Begini, kadang kala kita perlu pegang dan belek emas di tangan. Rasakan aura hebatnya, feel the gold aura! Akan timbul rasa ingin menyimpan lagi dan lagi. Cubalah!

Di waktu mendesak, boleh juga menampung sara hidup kita dan keluarga kan? Kalau semuanya baik-baik saja, simpan saja emas anda diam-diam. Jadikan sebagai hobi mengumpul emas 1 gram pelbagai edisi. Siapa tahu senyap-senyap tersimpan 100 gram, fuhhh!

Jika nak tahu lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP boleh hubungi Teacher https://goldsavingpgfb.wasap.my

Jom mulakan sekarang, tahun baru elok mulakan tabungan, Teacher bantu anda Insya Allah.

❤️
Teacher Lia Nadzri
Dealer Aktif Public Gold
PG00190739
www.teacherlianadzri.com

Simpan emas ikut kemampuan. Disyorkan 10% daripada gaji. Ya, hanya 10%. Bukan 100%.Yang penting, biar konsisten. Contohn...
18/07/2021

Simpan emas ikut kemampuan. Disyorkan 10% daripada gaji. Ya, hanya 10%. Bukan 100%.

Yang penting, biar konsisten. Contohnya 1 gram 1 bulan. Disiplinkan diri secara konsisten, wajib menabung emas.

Tapi kalau dapat menyimpan banyak tapi konsisten, itu berkali-kali ganda bagus. Contohnya, ada duit yang tersimpan lama. Tidak digunakan. Bolehlah ditukarkan kepada simpanan emas.

Apa pun tepuk dada tanya selera.
Tepuk poket tanya kemampuan.

Yang penting, simpanlah emas.
Masa depan anda akan berterima kasih dengan anda kelak.

Percayalah.

❤️
Teacher Lia
Your Gold and Silver Facilitator

Tahniah Cik Huwaida, muda belia lagi dah celik simpanan emas untuk capai impian. Semoga berjaya simpan dengan konsisten ...
18/07/2021

Tahniah Cik Huwaida, muda belia lagi dah celik simpanan emas untuk capai impian. Semoga berjaya simpan dengan konsisten ya.

❤️
Teacher Lia Nadzri

Address

Merlimau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lia Nadzri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share