26/07/2024
Saya takkan berhenti memperjuangkan perkara ni. Insurans konvensional haram.
Ini kerana, dalam insurans konvensional adanya unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (judi).
Jadi, bila anda mengambil pelan insurans konvensional, apa yang anda bayar akan diuruskan secara tidak patuh shariah dan apa manfaat yang anda dapat terhasil dari proses yang tidak patuh shariah.
Jika anda seorang ejen, duit komisyen yang anda dapat terhasil dari sumber yang tidak patuh shariah. Duit itu anda akan gunakan untuk diri sendiri dan keluarga. Bayangkan menampung kehidupan keluarga dengan duit haram.
Pampasan kematian yang penama dapat juga haram. Sudahlah duit tu diuruskan secara tidak patuh shariah, tiada pun akad hibah sebab ianya konvensional dan bukannya Takaful. Yang ada hanya satu bentuk perjanjian.
Jadi, kepada orang ramai yang dah terjerumus ke lembah konvensional, berubahlah. Ini tanggungjawab saya untuk sebarkan. Kalau saya tak gunakan amanah yang diberi, memang takdelah gunanya sedikit pengaruh yang saya ada ni.
Kecuali kalau bertukar tu akan memberi kemudharatan sebagai contoh medical card yang dah guna dan dah ada penyakit sewaktu pakai medical card konvensional tu. Bila buat yang baru, penyakit lama tu tak cover dah, jadi ini akan memudharatkan. Kalau yang ni, kekalkan sahaja tapi kalau ada dapat duit dari pelan tu, sedarlah yang duit itu terhasil dari proses pengurusan yang ada riba. Kena ingat tu.
Kepada ejen Muslim, berhentilah tawarkan pelan konvensioinal kepada orang Muslim. Berhentilah. Berubahlah. Sampai bila nak bergelumang dalam riba? Jangan sebab nak kejar MURAH, sampai sanggup canang pelan konvensional. Kononnya kalau murah, akan dapat client ramai. Tapi realitinya, tak ramai mana pun, tak berjaya mana pun. Sebab duit tu tak berkat.
Betul, dulu Takaful ni tak meluas dan orang hanya tahu insurans konvensional sahaja. Tapi sekarang, 2024 ni dah berbeza. Syarikat Takaful dah banyak, pelan Takaful pun pelbagai dan ejen Takaful dah ramai. Takde dah alasan untuk ambil insurans konvensional.
Jangan sebab nak murah sedikit, benda yang boleh halal, pilih yang haram.
Nak check polisi tu konvensional ke Takaful? Hubungi saya cepat. https://www.wasap.my/60137454090/freequotation
Semoga memberi manfaat.
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.