10/01/2022
Ada 5 sebab kenapa anda perlu ambil hibah takaful:
1) PENGGANTIAN PENDAPATAN (INCOME REPLACEMENT)
Bayangkan jika anda menyimpan RM50 sebulan bersamaan dengan RM600 setahun. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan terkumpul berjumlah RM3,000. Sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun tersebut waris anda seperti anak dan isteri hanya akan ditinggalkan dengan wang simpanan sebanyak RM3,000 bagi meneruskan kehidupan. Namun begitu dengan hibah takaful, sumbangan serendah RM50 sebulan contohnya membolehkan anda sehingga RM200,000 kepada waris. Banyak perbezaannya bukan?
2) PENYELESAIAN HUTANG (DEBT SETTLEMENT)
Setelah meninggal dunia, segala jenis hutang yang anda ambil semasa hayat perlu dijelaskan oleh waris. Hibah takaful membolehkan waris untuk menjelaskan semua hutang tersebut dan tidak akan membebankan mereka.
3) PENERIMA MUTLAK (ABSOLUTE ASSIGNMENT)
Hibah takaful juga bertindak sebagai hadiah kepada waris atau orang tersayang. Tiada sesiapa yang berhak mempertikaikan pemberian hibah. Penerima hibah adalah pemilik mutlak hibah tersebut.
4) TIADA KOS TAMBAHAN (NO ADDITIONAL COST)
Hibah takaful tidak melibatkan kos guaman. Waris tidak perlu mengupah peguam atau pihak ketiga untuk menguruskannya dan nilai hibah akan diberikan seratus peratus kepada penerima. Sebagai contoh hibah bernilai RM200,000 akan diberikan terus kepada waris atau penama tanpa sebarang penolakan atau caj tersembunyi.
5) TUNTUTAN PANTAS (FAST CLAIM)
Seperti yang telah dinyatakan, proses tuntutan hibah takaful boleh dibuat dalam tempoh kurang daripada sebulan. Bayangkan seorang suri rumah yang kehilangan suami secara tiba-tiba, bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan dan menyara keluarga? Anak kecil memerlukan lampin, susu dan yuran sekolah. Di sini hibah takaful memainkan peranan yang sangat penting.
Kesimpulannya, hibah takaful berperanan untuk melindungi waris apabila mereka kehilangan orang utama dalam keluarga. Sebelum mengambil apa-apa jenis takaful, pastikan sumbangan yang dibuat mengikut kemampuan diri sendiri dan keadaan kewangan semasa.
Takaful adalah komitmen jangka panjang. Tidak guna ambil takaful dengan bayaran yang mahal tetapi akhirnya sumbangan tidak dibuat dan polisi dibatalkan. Lindungi diri sendiri dan keluarga sebagaimana anda melindungi kenderaan, rumah dan hatta haiwan peliharaan anda!
Apa lagi.... jom ambil hibah! 😁😁😁
Di sini saya kongsikan pilihan hibah takaful paling berbaloi dan mampu milik daripada AIA PUBLIC Takaful Bhd.
Tiada kenaikan sumbangan dan cover kematian atau hilang upaya kekal sehingga umur 70 seperti berikut:
Pelan A
Kematian akibat kemalangan RM100,000
Kematian akibat selain kemalangan RM50,000
Hilang upaya menyeluruh kekal RM50,000
Pelan B
Kematian akibat kemalangan RM200,000
Kematian akibat selain kemalangan RM100,000
Hilang upaya menyeluruh kekal RM100,000
WhatsApp saya sekarang Lisa👇👇👇 klik link di bawah
www.wasap.my/60179350437/NakHibahTakaful