05/08/2022
Salam Jumaat
hari ni atikah nak share tips sambungan yang semalam. moga tips ini menjadi panduan untuk korang🥰
ELAKKAN PENIPUAN
Penipuan sama ada offline ataupun online perlu dielakkan sama sekali.
Nasihat ini memang sering diulangi namun ramai masih terpedaya dengan penipuan yang melibatkan wang.
Ya lah, siapa yang tak nak kaya cepat dan senang?
Tapi anda lebih bijak. Anda perlu ingat bahawa konsep 'kaya cepat' tak wujud tanpa risikonya. Mungkin anda bertuah, mungkin tak. Apa yang telah dibuktikan zaman ke zaman ialah kekayaan biasanya dicapai dengan usaha.
Jadi, jika anda diberi mesej yang memerlukan anda bagi informasi peribadi untuk dapat sejumlah wang besar, abaikan sahaja.