Perniagaan Serijuta

Perniagaan Serijuta Hi selamat datang ke Perniagaan Serijuta Official Page! Page ini ditubuhkan khas untuk post iklan isu-isu semasa sahaja!

Hi untuk pengetahuan semua customer kami akan berpindah ke kedai baru iaitu di atas kedai hardware (SEBELAH MAYBANK) ber...
26/07/2022

Hi untuk pengetahuan semua customer kami akan berpindah ke kedai baru iaitu di atas kedai hardware (SEBELAH MAYBANK) bermula pada 01-08-2022 (Isnin). Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami, tq.

KAD KREDIT 'JERAT' GENERASI MUDAKUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi pemberi pinjaman diminta mengetat...
27/06/2022

KAD KREDIT 'JERAT' GENERASI MUDA

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi pemberi pinjaman diminta mengetatkan lagi kelulusan pemohon kad kredit, termasuk mengenakan syarat paras had gaji bersih yang lebih tinggi bagi mengurangkan bebanan hutang dihadapi pengguna terutama membabitkan golongan muda.

Selain itu, kempen kesedaran wajar dipertingkat dalam kalangan anak muda supaya mereka membuat keputusan kewangan yang betul agar tidak terjerat dengan bebanan pinjaman, terutama hutang kad kredit.

Ahli ekonomi berpendapat, sampai masanya usaha berterusan dilakukan agar pengguna mengelak daripada memanjangkan kredit secara berlebihan serta membantu mereka mengenal pasti tawaran kredit yang sesuai dengan gaya hidup dan taraf pendapatan.

Kadar faedah kad kredit 18 peratus

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pengguna harus sedar bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas hutang tertunggak kad kredit adalah tinggi sehingga mencecah 18 peratus setahun.

Beliau berkata, walaupun ada kemudahan untuk membayar secara minimum, kaedah itu akan menjerat pengguna untuk membayar kadar faedah yang tinggi setiap bulan.

"Oleh itu sewajarnya syarat yang lebih ketat dikenakan untuk pemohon kad kredit seperti paras gaji bersih yang lebih tinggi.

"Contohnya kalau gaji bersih pemohon RM2,000 selepas ditolak segala komitmen seperti hutang rumah, kenderaan dan persendirian, ini sebagai salah satu syarat kelayakan," katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas mengenai aspek pengurusan kewangan yang wajar bagi mengelak seseorang itu menanggung hutang yang tinggi terutama membabitkan penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Semalam, muka depan BH melaporkan golongan muda di negara ini bergantung kepada pinjaman peribadi dan kad kredit sebagai 'talian hayat' bagi menampung keperluan harian susulan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran inflasi dan kenaikan ketara harga barangan.

Ia berdasarkan analisis Experian Information Services (Malaysia) yang mendapati golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun adalah mereka yang mempunyai kesukaran untuk membayar balik hutang kad kredit dan pinjaman peribadi masing-masing ketika ini.

Analisis Experian i-SCORE yang menggariskan trend skor dan kemudahan kredit rakyat Malaysia bagi tempoh 2019-2022 turut menunjukkan, jumlah pembayaran balik bagi segmen hutang tidak bercagar iaitu kad kredit dan pinjaman peribadi dalam kategori 90 hari atau lebih, yang membabitkan golongan umur berkenaan adalah tinggi iaitu sebanyak 26.4 peratus pada 2022.

Analisis terkini itu juga menunjukkan bagaimana pengguna pelbagai peringkat umur mengambil langkah mengurus portfolio kredit ketika berdepan kemelesetan ekonomi yang dicetuskan pandemik COVID-19.

Lima kump**an umur yang dikaji ialah 22 hingga 28 tahun; 29 hingga 35 tahun; 36 hingga 50 tahun; 51 hingga 65 tahun dan 65 tahun ke atas.

Galakkan penggunaan kad debit, bukan kredit

Sebelum ini, BNM melaksanakan beberapa langkah bagi mengawal kes kebankrapan dalam kalangan generasi muda disebabkan penggunaan kad kredit.

Ia termasuk memperketatkan syarat pengeluaran kad kredit seperti menaikkan syarat pendapatan minimum daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 setahun.

Selain itu, bagi pemegang kad kredit berpendapatan RM36,000 setahun ke bawah hanya boleh memegang dua kad kredit daripada dua pengeluar berbeza, selain had maksimum kredit ditetapkan tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman menyarankan kerajaan menerusi BNM menjalankan kempen berterusan untuk mempromosikan pengurusan kewangan peribadi yang lebih berhemah dengan menggalakkan penggunaan kad debit dan bukannya kad kredit.

Beliau berkata, galakan itu perlu berikutan kad debit hanya menggunakan wang di dalam akaun bank dan dengan itu, pemegang kad tidak menanggung hutang.

Kad kredit tak jadi masalah jika guna dengan berhemah

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata kad kredit dan pinjaman peribadi tidak akan menjadi masalah sekiranya ia digunakan dengan berhemah serta boleh dibayar setiap bulan.

Namun, beliau menegaskan bahawa masalah akan timbul apabila pinjaman berkenaan sukar dibayar balik.

"Bagi saya, objektif utama yang lebih realistik adalah bagaimana hutang diurus dengan baik, bukannya menjadikan hidup bebas daripada hutang.

"Bagaimanapun, seandainya kita dapat membebaskan diri daripada hutang, itu lebih baik, namun ini agak sukar memandangkan tekanan inflasi yang dihadapi sekarang, apatah lagi kos sara hidup yang semakin membimbangkan," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu disebabkan oleh kos bagi barangan asas telah meningkat dan lebih mahal, manakala terdapat tambahan barangan yang menjadi keperluan asas seperti telefon pintar, peranti dan internet.

"Keperluan asas seperti rumah bukan murah lagi. Rumah mampu milik p**a hanya sekadar mampu lihat. Mudah untuk kata perlu bezakan antara keperluan dan kehendak, tetapi keperluan itupun sekarang sudah mahal.

"Selain itu, nilai wang p**a semakin lama semakin mengecil, justeru kuasa beli rakyat pun semakin terhakis," katanya.

Irwan Shah menambah keadaan makin perit apabila ada golongan yang masih lagi terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar atau menghadapi potongan gaji.

"Jadi makin sukarlah kehidupan mereka. Satu benda positif di sini adalah golongan ini masih muda. Jadi, masih ada masa untuk belajar daripada kesilapan," katanya.

Bahana gali lubang tutup lubang akibat terjerat hutang kad kredit

Dua persatuan pengguna - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kelmarin turut menyatakan kebimbangan terhadap situasi dihadapi golongan muda yang terpaksa bergantung harap kepada pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keadaan itu menunjukkan golongan muda berkenaan ibarat 'gali lubang tutup lubang' demi kelangsungan hidup.

Bagi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, sampai masanya kerajaan dan kump**an pakar melakukan kajian terperinci bagi menangani isu dihadapi golongan berkenaan di tengah tekanan kos sara hidup yang bertambah.

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE

Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan suatu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut k...
22/06/2022

Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan suatu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan anda dan mencapai matlamat kewangan anda.

Kami dari Perniagaan Serijuta memempunyai pelan yang sistematik dan bijak kepada anda. Hubungi Perniagaan Serijuta sekarang!

Call 011 1057 0788 atau whatsapp https://wa.me/01110570788?text=LoanConsultant

RASMI - REBATE CUKAI JUALAN (SST) TIDAK AKAN DILANJUTKAN AKAN TETAPI PELANGGAN YANG MEMBUAT TEMPAHAN SEBELUM 30 JUN AKAN...
21/06/2022

RASMI - REBATE CUKAI JUALAN (SST) TIDAK AKAN DILANJUTKAN AKAN TETAPI PELANGGAN YANG MEMBUAT TEMPAHAN SEBELUM 30 JUN AKAN MENIKMATI REBATE SST SEHINGGA 31 MAC 2023.
Ramai pelanggan yang membuat tempahan kereta baru yang masih belum merima kereta baru yang telah ditempah akibat tempoh menunggu yang lama, ini berpunca pekilang mengalami masalah utama bekalan microcip.
Menteri Kewangan telah mengesahkan tiada lagi lanjutan insentif rebate cukai jualan yang sebelum ini diberikan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 untuk membantu industri automotif. Dilaporkan kerajaan hilang pendapatan RM 4.8 billion dari cukai jualan kenderaan.
Jadi pembeli kereta yang masih tidak menerima stok kereta baru usah bimbang, masih ada tempoh sehingga 31 mac 2023, dan yang masih belum membuat sebarang tempahan dan mahu menikmati rebate cukai jualan 100% untuk kereta pemasangan tempatan (nasional dan CKD) dan rebate 50% cukai jualan untuk kereta import (CBU) boleh buat tempahan sebelum 30 jun.

Kredit Muhamad Qalif

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐩𝐚-𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 🙌🙌𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚. 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐈𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐲𝐮𝐫𝐠...
19/06/2022

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐩𝐚-𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 🙌🙌
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚. 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐈𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐚 😘

Hari ini 126 tahun yang lalu, berlaku tsunami dahsyat di Sanriku, antara kejadian seismik terburuk dalam sejarah Jepun.S...
15/06/2022

Hari ini 126 tahun yang lalu, berlaku tsunami dahsyat di Sanriku, antara kejadian seismik terburuk dalam sejarah Jepun.

Sanriku adalah sebuah wilayah pesisir pantai Laut Pasifik di timur laut p**au Honshu, Jepun. Pada hari tu, warga pekan & kampung di Sanriku sedang menyambut sebuah perayaan agama Shinto serta meraikan kep**angan tentera mereka dari Perang Cina-Jepun Pertama.

Kawasan tersebut telah merasakan beberapa gegaran lemah sejak Mei tahun itu. Sejak itu fenomena aneh dilapor berlaku, antaranya paras air perigi menurun & ada yang mengering, penampakan kump**an besar ikan sardin di pantai & tangkapan tuna besar setiap hari.

Sekitar jam 7.32 malam waktu tempatan, berlaku gempa bermagnitud 8.5 yang berpusat di kira-kira 166 km ke tengah laut dari pantai Sanriku. Mereka di daratan yang sedang makan malam sempena perayaan itu hanya merasakan gegaran yang lemah.

Namun 35 minit kemudian, dalam jam 8.07 malam, gelombang pertama tsunami membadai pantai itu sebelum yang kedua tiba kira-kira 3 minit kemudian. Diburukkan dengan keadaaan air pasang di laut, ombak setinggi 38.2 meter direkodkan di Miyagi.

Kehancurannya amat dahsyat, 22,066 nyawa melayang sementara 8,891 kediaman musnah bersama bangunan lain di wilayah itu. Impaknya yang kuat memberi kerosakan fizikal teruk kepada mangsanya, banyak yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Gempa tersebut turut membawa tsunami merentas Laut Pasifik & sampai ke Hawaii, yang turut binasa kawasan pantai baratnya dibadai ombak berketinggian antara 2-9 meter. Ombak setinggi 2 meter turut dilapor menghempas pantai California pada hari berikutnya.

Ombak tsunami Sanriku itu (38.2 meter) kekal memegang rekod tertinggi hinggalah ia diatasi oleh ombak tsunami gempa bumi Tohoku pada 2011, yang mencatat ketinggian melebihi 40 meter.

Sumber: Shippai, Japan Times

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial FraudstersDear Valued Customers,Financial scams are becoming increasin...
14/06/2022

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial Fraudsters
Dear Valued Customers,
Financial scams are becoming increasingly common and it is important to protect yourself from falling victim by taking the necessary precautions. Please click https://bit.ly/3mHTAGx to find out how you can keep your financial information safe.
Source: The Association of Banks in Malaysia
*****
PEMBERITAHUAN/NOTIS PENTING: KEKAL BERWASPADA TERHADAP PENIPU KEWANGAN
Pelanggan yang dihormati,
Scam kewangan semakin berleluasa. Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Sila klik https://bit.ly/3mHTAGx untuk mengetahui bagaimana anda boleh memastikan maklumat kewangan anda kekal selamat.
Sumber: Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM)

HARGA BARANG DAH NAIK MENCANAK CANAK?Berikut adalah salah satu ciapan netizen berikutan kenaikan harga barang yang seola...
13/06/2022

HARGA BARANG DAH NAIK MENCANAK CANAK?

Berikut adalah salah satu ciapan netizen berikutan kenaikan harga barang yang seolah tak boleh dibendung.
Adakah ada pihak yang menangguk di air keruh? Ada pihak yang sengaja berpakat menaikkan harga bila pengumuman kenaikan gaji minima ingin dikuatkuasakan?
Tak dapat kita pastikan, tapi yang pasti jika para peniaga bangsa lain boleh bersatu bab ini, kenapa orang kita sebagai pengguna tak boleh bersatu utamakan perniagaan orang kita?
Mungkin dah sampai masa kita mula bantu perniagaan orang kita macam di https://bit.ly/kedairuncitkita. Kalau tidak pun membeli, tekan FOLLOW sudah memadai sebagai tanda sokongan. Sekurang kurangnya dalam 10-20 tahun ada juga perubahan. Cukup la kita terkena dengan kartel ayam baru baru ni.

Kredit yaniemnsor

Kerajaan sedia untuk tambah lebih banyak syarikat penerbangan di negara ini. Menteri Pengangkutan berkata langkah itu da...
13/06/2022

Kerajaan sedia untuk tambah lebih banyak syarikat penerbangan di negara ini.
Menteri Pengangkutan berkata langkah itu dapat menawarkan pelbagai pilihan dengan kadar tambang lebih berpatutan kepada pengguna.
Jelas Datuk Seri Wee Ka Siong, perkara berkenaan sudah di peringkat pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
la susulan rungutan ramai pengguna mengenai harga tiket penerbangan yang sering meningkat.
Kredit Astro Radio News

''Success is the sum of small efforts repeated day in and day out.”
13/06/2022

''Success is the sum of small efforts repeated day in and day out.”

Address

21-01 Jalan Suria 3 Bandar Seri Alam
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 13:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perniagaan Serijuta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share