15/07/2025
Malang No Smell.
Semalam Prubsn telah meluluskan pembayaran RM24,000++ kepada Oriental Hospital Melaka untuk kos rawatan dan pembedahan client kami yang patah kaki. (Bil dalam komen).
Sebuah plat dan 7 buah skru titanium dimasukkan ke dalam kaki beliau.
Admit pada pagi sabtu (12/7), pembedahan dilakukan pada waktu petangnya dan semalam (14/7) sudah boleh discaj. Cepat, mudah dan selesa.
Bagaimana boleh patah? Asbabnya begitu mudah. Hanya kerana salah agakan jarak ketinggian lantai ketika melangkah masuk ke dalam swimming pool, kaki beliau terhentak dan terus patah dihujung kakinya.
Siapa sangka tengah berseronok bercuti bersama keluarga boleh terjadi kejadian seperti ini. Malang no smell.
Tapi apepun, Alhamdulillah selesai dan sekarang beliau diberi cuti rehat yang agak lama (mc selama 3bulan).
Selesai satu lagi kes client kami. 😊
*tengah berfikir berapa ratus ribu ringgit satu hari yang company takaful perlu membayar kos rawatan pelanggannya. Ini baru seorang. Hmmm~🤔