15/05/2023
AHLAN WA SAHLAN YA HABIB
Semoga dengan kedatangan Guru Mulia Sayyidi al-Habib Umar bin Hafidz ke bumi Malaysia, masyarakat mendapat limpahan ilmu yang bermanfaat dan kerohanian kepada masyarakat. Amin ya Robbal alamin.
Setakat ini masih belum ada pendedahan tarikh dari pihak Muwasolah mengenai tempat dan tarikh kehadiran al-Habib Umar ke Malaysia. Namun berdasarkan berita mengenai rancangan untuk menggandingkan beliau dengan bekas M***i Mesir, Shaykh Ali Jumu'ah, maka dijangkakan tarikhnya adalah mungkin sekitar 23-25 Mei di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Wa Allahu a'lam.
Kita masih menunggu kepastian yang tuntas dan pengumuman yang muktamad dari pihak al-Muwasalah sebagai pengendali rasmi jadual perjalanan al-Habib Umar di Malaysia.