JayaKota Sdn Bhd

JayaKota Sdn Bhd Hi selamat datang ke Jayakota Sdn Bhd Official Page! Page ini ditubuhkan khas untuk post iklan isu-i

𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐬𝐚𝐫 - 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫KUALA LUMPUR: Pemansuhan subsidi minyak ...
25/06/2022

𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐬𝐚𝐫 - 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫

KUALA LUMPUR: Pemansuhan subsidi minyak masak sawit kemasan botol 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg yang diputuskan kerajaan dilihat sebagai langkah untuk memastikan lebih banyak bantuan secara terus dan bersasar dapat diberikan kepada golongan yang layak menerimanya.

Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid, berkata keputusan kerajaan itu, termasuklah keputusan mengekalkan subsidi minyak masak sawit dalam bungkusan plastik, dapat memberi manfaat kepada golongan rentan seperti B40 dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.

"Kerajaan dalam masa sama turut mengumumkan dana tambahan RM630 juta kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan seramai 8.6 juta rakyat di negara ini. Jadi, bantuan ini mampu mengurangkan sebahagian beban dalam membeli barangan keperluan bulanan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun, katanya, penerima bantuan itu perlu bijak dalam merancang perbelanjaan wang tersebut agar mereka memperoleh manfaat daripada objektif pemberian itu.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak kemasan botol antara lain adalah langkah untuk menghapuskan penyelewengan dan penyeludupan minyak masak terbabit.

"Kerajaan hapuskan subsidi itu kerana minyak masak botol itu mudah untuk orang menyeludup dan diseleweng kepada pihak tertentu kerana kuantitinya besar dan kemasannya yang tahan lasak berbanding minyak sawit plastik kuantiti yang kecil dan mudah pecah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan harus peka mengenai jaminan bekalan minyak masak plastik sebanyak 60,000 tan metrik sebulan dan dapat dijual oleh peniaga kepada pengguna.

"Pengguna harus memainkan peranan dalam melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kedai yang sentiasa tiada stok minyak masak manakala peniaga perlu berintegriti dalam menjual produk terbabit kepada golongan B40," katanya.

Ditanya mengenai mekanisme yang berkesan untuk menyalurkan bantuan tersebut, Ahmed Razman menyarankan bantuan berkenaan disalurkan dalam bentuk e-baucar seiring era modenisasi dan transaksi yang dilakukan lebih telus.

"Apabila kita nak pastikan bantuan dan subsidi itu sampai kepada rakyat, penggunaan teknologi sedia ada boleh membantu. Sebagai contoh, kita ada aplikasi MySejahtera dan dulu kerajaan memperkenalkan baucar buku 1Malaysia yakni baucar itu boleh beli buku saja.

"Jadi mungkin kita boleh gabungkan mekanisme ini untuk mengesan dan memberi bantuan dengan lebih bersasar dan apabila mereka pergi ke kedai mereka boleh beli minyak sawit dalam paket atau barang keperluan yang lain," katanya. - BERNAMA

Sumber Berita Harian Online

Polis Pasang Kawat Duri Di Selat TebrauJOHOR BAHRU: Polis memasang kawat berduri sementara sebagai penghadang di kawasan...
21/06/2022

Polis Pasang Kawat Duri Di Selat Tebrau

JOHOR BAHRU: Polis memasang kawat berduri sementara sebagai penghadang di kawasan tebing Selat Tebrau, di sini, susulan video viral yang memaparkan warga asing memasuki negara secara haram berhampiran Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Beliau berkata, mengikut video yang tular semalam, didapati sempadan negara itu dibolosi sekumpulan individu tidak bertanggungjawab.
Berikutan itu, katanya beberapa tindakan diambil pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian berulang.

"Polis Johor mendirikan kanopi dan menempatkan kawalan anggota 24 jam di kawasan kejadian. Malah polis juga memasang kawat berduri di tepi pagar di tebing Selat Tebrau.

"Usaha mengesan individu yang masuk ke Malaysia mengikut laluan tidak sah juga sedang dijalankan," katanya.

Onn Hafiz berkata, pihaknya turut membincangkan isu sama bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyelesaikan isu di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang tidak berkesudahan.

"Saya harap pihak kementerian akan lebih serius menangani isu yang memberi kesan kepada imej negara dan negeri Johor," katanya.

Semalam, tular video dirakam netizen yang berulang-alik dari Johor ke Singapura mengenai kemasukan haram warga asing melalui Selat Tebrau, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang khuatir dengan tahap keselamatan sempadan negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan ke atas rakaman video yang tular itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian berhampiran BSI mendapati lima lelaki dan tiga wanita memasuki sempadan negara secara haram.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1969/63 dan individu terbabit diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk diambil keterangan.

"Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Nizam Ramon di talian 011-116086119," katanya menerusi kenyataan media.

Sumber Berita Harian Online

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung,Tak pernah berkira walau sekalipun,Dial...
19/06/2022

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung,
Tak pernah berkira walau sekalipun,
Dialah insan paling ikhlas,
“Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa”..
Selamat Hari Bapa kepada yang bergelar bapa..Semoga sentiasa menjadi pelindung dan kekuatan keluarga..

15/06/2022

"Believe In Yourself"

INFOGRAFIKNAFAS dan ANGKASA berupaya membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan..'Yang ...
15/06/2022

INFOGRAFIK

NAFAS dan ANGKASA berupaya membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan..

'Yang sahih di Berita RTM'



Sumber Berita RTM

Isu semasa negaraku. "MANSUH HUKUMAN MATI MANDATORI".Apa maksud dan kesannya?
14/06/2022

Isu semasa negaraku.
"MANSUH HUKUMAN MATI MANDATORI".
Apa maksud dan kesannya?

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial FraudstersDear Valued Customers,Financial scams are becoming increasin...
14/06/2022

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial Fraudsters
Dear Valued Customers,
Financial scams are becoming increasingly common and it is important to protect yourself from falling victim by taking the necessary precautions. Please click https://bit.ly/3mHTAGx to find out how you can keep your financial information safe.
Source: The Association of Banks in Malaysia
*****
PEMBERITAHUAN/NOTIS PENTING: KEKAL BERWASPADA TERHADAP PENIPU KEWANGAN
Pelanggan yang dihormati,
Scam kewangan semakin berleluasa. Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Sila klik https://bit.ly/3mHTAGx untuk mengetahui bagaimana anda boleh memastikan maklumat kewangan anda kekal selamat.
Sumber: Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM)

Address

No. 1-1 Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda
Malacca City
75400

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JayaKota Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share