22/02/2023
Apa nak buat sekiranya berlaku kemalangan motorsikal?
Rugi kalau tak baca sampai habis...
1. Catat Butiran Kemalangan
👉 Jangan nak emosi dan marah satu sama lain dulu. Selepas terlibat kemalangan, yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan maklumat asas pihak yang sama-sama terlibat dalam kemalangan itu. Seperti nama pemandu, kad pengenalan, jenis atau jenama kenderaan, alamat dan nombor telefon pihak terlibat untuk memudahkan urusan laporan. Catatkan juga lokasi dan masa kemalangan untuk rujukan semasa membuat laporan polis.
2. Ambil Gambar, Bukti Kejadian
👉 Kemudian, ambil gambar keadaan semasa kemalangan termasuk kerosakan pada motosikal anda dan kenderaan yang melanggar anda termasuk butiran penting seperti nombor plat kenderaan dan road tax. Jika ada, ambil maklumat saksi kejadian seperti nama, alamat dan nombor telefon.
3. Buat Laporan Polis
👉 Setelah itu, anda perlu membuat laporan polis dengan segera. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Sekiranya report polis dibuat lambat, anda mungkin boleh dikenakan denda dan ada kemungkinan tuntutan insurans kemalangan ditolak.
4. Maklumkan kepada Syarikat Insurans
👉Apabila berlaku kemalangan, anda perlu segera melaporkannya kepada syarikat insurans. Biasanya, tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Tuntutan insurans kemalangan biasanya memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:
✅Salinan kad pengenalan
✅Cover note insurans
✅Salinan lesen memandu
✅Salinan asal laporan polis
✅Salinan geran kereta
✅Gambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis polis.
5. Bawa motorsikal ke bengkel panel
👉 Dan, bawa motor ke bengkel berhampiran. Bengkel panel / Bengkel yang diluluskan oleh syarikat insurans juga boleh dipilih, bagi memudahkan pihak insurans untuk mengkaji apa kerosakan kenderaan yang sedang berlaku.
Selesai
Tunggu sehingga proses tuntutan insuran kemalangan ini selesai. Jangan lupa followup proses dengan pihak insurans ya!
Dapat sesuatu?
Renew dengan TRON,
Renew dengan ILMU,
Bukan sekadar RENEW,
Jom ambil TAHU
LIKE & FOLLOW:
Renew RoadtaxKenderaan Online- untuk dapatkan banyak info/tips
https://bit.ly/3xIxOrm
https://bit.ly/3xIxOrm
https://bit.ly/3xIxOrm
Klik link dibawah untuk tahu sebut harga roadtax anda. Kita deal sampai jadi sekeping roadtax 😁
Admin 1: https://bit.ly/3OX0N1y
Admin 2: https://bit.ly/3N3iV8x
/TIPS
wasap-wasap jer🤳🏽minta ejen TRON settlekan✌🏽