25/06/2022
Ada Medical Card tak semestinya sakit yang kronik dan kritikal baru nak guna. Ada yang diuji sakit teruk sampai terpaksa guna medical card ratusan ribu RM setiap tahun. Sebab itu sewaktu saya decide untuk ambil medical card pada tahun 2012, saya ambil dua medical card bila memikirkan kos rawatan yang semakin tinggi setiap tahun. Time tu belum ada lagi Medical Card seperti sekarang yang boleh dapat coverage Jutaan RM malah tiada had tahunan langsung!
Saya adalah peserta Medical Card untuk AIA Public Takaful dan juga Great Eastern Takaful. Buat masa ini, saya gunakan dulu medical card AIA, sebab untuk plan GETB yang lama, sekiranya tidak guna medical card, ada bonus kenaikan limit 10% setiap tiga tahun.
Untuk kisah saya ini, sakit yang saya alami adalah biasa-biasa saja, kalau tiada medical card mungkin saya akan malas nak dapatkan treatment di hospital kerajaan. Mungkin saya akan simpan saja sakit sikit-sikit ni, cari rawatan alternatif saja. Tapi bila ada medical card, jumpa pakar terus saja mereka offer untuk buat rawatan segera agar tidak melarat.
Sakit Apa sampai saya guna Medical Card ni?
2018 : Demam Denggi
2019 : Gastrik
2021 : Buasir🤭
2022 : Bisul
Dalam foto ini, saya simpan GL Discaj melainkan untuk tahun 2018, masuk wad sebab denggi, saya lupa lak screenshot GL time tu, sbb memang tak plan pun nak masuk wad lagi selepas tu.
Penggunaan Medical Card untuk rawatan in-patient dalam masa empat tahun adalah sebanyak RM62,204.50. Perghh.. saya pun tak sangka sebanyak ni. Kalau ikutkan bayaran caruman takaful, memang jauh lebih sedikit bebenar.
Bab Medical Card ni memang susah nak promote, sebab tak ramai yang ada kesedaran untuk sertai time sihat. Ramai yang start ada rasa sakit, baru nak cari agent takaful, then selepas 120 hari nak guna, GL Decline, marahkan takaful, kata takaful ni penipu.
For info, Medical Card dalam masa dua tahun adalah tempoh contestable period, walaupun sudah lebih waiting period 120 hari, tapi bagi certain illness, eg gastrik yang ingin guna dalam masa kurang dua tahun, tak dapat Guarantee Letter, kena bayar dulu dan claim untuk membolehkan takaful operator investigate kalau ada sebelum tu penyakit sediada yang tak declare.
Beginilah medical card takaful, yang sudah ada, simpan elok elok, tak perlu nak terminate dan pastikan jangan lapse. Kalau limit sediada kurang, tambah medical card lain, jangan terus terminate plan sediada. Naya nanti kalau nak guna bagi sakit serius dalam masa kurang dua tahun.
Panjang pulak posting saya kali ini, buat kawan-kawan yang belum ada Medical Card, cari la takaful agent yang anda Trust, mereka ni ada saja dalam circle anda. Mereka promote tu bukan semata-mata kerana komisyen agent pun, kerana ingin tingkatkan kesedaran dan penyertaan takaful di kalangan circle mereka agar tidak berlaku kebocoran wang.
Nak tahu info lanjut, anda contact la agent takaful yang anda Trust sekarang ya!
Mohd Jamil Zakaria
Perunding Takaful Anda