21/09/2022
" Sebarkan kebaikan sehingga kebaikan itu tidak mendatangkan rasa apa2 kepada kita"
Kehidupan ini dibentangi dengan pelbagai nikmat yang indah.oleh kerana itu kita dikurniakan dengan sebaik2 kurniaan untuk membuat pilihan.
Sama ada pilihan untuk memilih kebahagian ataupun penderitaan segalanya berada di tangan kita.
Sedikit atau banyak bukanlah ukuran kepada kebahagian akan tetapi sejauh mana nilai kesyukuran yang berada didalam kerajaan tubuh kita itu adalah sebenarnya yang menentukan nilai sesebuah kebahagian.
Sedikit yang mencukupi adalah jauh lebih baik dari banyak yang tidak diberkati. Bukan sahaja pada bentuk kewangan ianya juga pada masa dan lain2 kurniaan dari Allah swt.
Hargai dan menghargai adalah tunjang kepada tutupnya pintu2 syaitan didalam berusaha meruntuhkan silaturrahim sesama manusia.
Memberilah tanpa syarat, kerana ia adalah satu nikmat.
Jangan pernah berhenti sebarkan kebaikan biarpun tersakiti ,ingatlah bahawa Syurga Allah itu Mahal maka berusahalah untuk mendapatkanya.
Teruslah melakukan kebaikan sehingga kebaikan itu tidak mendatangkan rasa apa2 kepada kita.
Teruslah melakukan kebaikan biarpun pentas bukan milik kita.
Terus kuat dan sayang semua.