06/12/2022
[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]
🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yang kurang berpengalaman atau mungkin pertama kali berhadapan dengan keadaan pasaran bearish, keadaan ini mungkin menyebabkan kebuntuan dimana pelabur tidak tahu apa tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan.
🔵 Tengok harga saham yang dipegang jatuh, nak ikut panik dan menjual?
🔵 Nak ambil peluang dan gunakan modal yang ada untuk membeli sebanyak mungkin saham sementara harga masih rendah?
🔵 Nak tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. Jika ada pegangan, hold saja dulu dan jika belum ada pegangan tunggu sahaja dulu dan lihat apa reaksi pasaran seterusnya?
🔸 Buy, sell, atau hold? Tindakan yang mana lebih baik untuk diambil?
🔸 Setiap pelabur/pedagang mempunyai pendapat/tindakan sendiri apabila berhadapan dengan situasi ini dan ianya sangat berkait rapat dengan faktor kemahiran, strategi dan kewangan masing-masing.
♦ Bagi pelabur baru yang masih dalam proses pembelajaran, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut.
1. Fokus lindungi modal pelaburan.
▪ Jika anda sedang memegang sesuatu saham, disiplin ikut trading plan. Tidak kira bagaimana keadaan pasaran pun, jika harga saham yang anda pegang turun mencecah harga cut loss, disiplin dan cut loss tanpa teragak-agak.
▪ Jika saham yang anda pegang masih berada di atas paras cut loss, anda masih boleh hold dengan tenang.
2. Tunggu peluang.
▪ Jika anda tidak memiliki pegangan saham, tunggu sehingga nampak peluang. Jangan membeli terburu-buru ketika harga saham sedang turun.
▪ Anda tidak tahu sejauh mana lagi harga saham tu akan turun, harga yang anda rasa sudah rendah, boleh saja menjadi jauh lebih rendah.
▪ Cash is king. Bull market make you profit, but bear market make you rich.
▪ Pantau pasaran saham dengan lebih rapat pada ketika ini, dan jangan lepaskan peluang untuk membeli saham-saham berpotensi apabila masa yang sesuai muncul.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang