AIA Takaful By Danny

AIA Takaful By Danny -Largest and Independent life insurer in the World
-Largest listed company on the Hong Kong Exchange

07/06/2022



PENTINGKAH KAD PERUBATAN?

Saya selalu ditanya tentang ini, pentingkah kad perubatan ini?

Ini pandangan saya, mohon maaf sahabat takaful sekalian.

1. Takaful penting, tapi jangan bertakaful sehingga tiada simpanan kecemasan.

2. Takaful seharusnya bersifat Perlindungan dan BUKANYA untuk tujuan SIMPANAN dan PELABURAN.

3. Bajet takaful yang sihat antara 5%-7% sahaja dari gaji kita.

Jika gaji kita RM3,000, peruntukan takaful antara RM210-RM300. Jangan lebih dari itu.

"Kalau ambil kad perubatan, dah cukup bajet saja nie". Cerita Bella.

4. Sebenarnya selain kad perubatan, ada yang lebih penting iaitu Perlindungan Pendapatan.

5. Jika sesuatu berlaku pada kita seperti meninggal tercekik kurma, hilang upaya kekal kita akan dapat pampasan.

6. Biasanya jumlah yang kita tetapkan adalah Gaji x 12 x 10 = Nilai Perlindungan.

7. Hari pertama bernikah, buat ini dulu. Jika kita meninggal, isteri boleh bantu selesaikan hutang kita dan hidup dengan anak anak 10 tahun kedepan.

"Tapi agen kata medikal kad lagi penting"?.

Jika medikal kad itu boleh dimakan atau boleh cucuk kat ATM keluar duit silakan sahaja.

8. Jika ada bajet lebih, ambil kad perubatan dan Perlindungan Pendapatan.

Jika tiada bajet, ambil Perlindungan Pendapatan dulu. Itu lebih penting dari kad perubatan.

9. "Tapi agen selalu takutkan saya, hospital sesak, katil tak empuk, jururawat garang."

Mana lebih penting.

Ketika kita bermewah dihospital swasta, anak bini tiada benda nak makan dirumah sebab kita sakit dan tiada pendapatan?

Utamakan Perlindungan Pendapatan dari kad Perubatan kawan.

Mula kerja, ambil terus Takaful Perlindungan Pendapatan sebelum beli kereta idaman.

Sekadar pandangan, boleh betulkan saya jika ada yang silap.


Daulat Tuanku!
06/06/2022

Daulat Tuanku!

30/05/2022

*Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu!*

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit 'burn' macam tu je. Ada yang total hampir RM 10K. Rugikan!

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagi tau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (Mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu yaa. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: Si mati menjadi ahli / mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli / pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: Si mati ahli / pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: Si mati Pesara / Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3,000
▪Syarat: Si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: Bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: Si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar / NGO / Koperasi
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: Si mati adalah ahli berbayar persatuan / NGO / Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM 3,000

10. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.

Silakan share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.

30/05/2022

Setelah faham bagaimana syarikat takaful jana keuntungan dan kemampuan mereka nak bayar jumlah pampasan pada pelanggan, ni kesimp**an aku :

1. Fahami kemampuan kewangan sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tektik takutkan pelanggan dari ejen sahaja.

2. Jika memang mampu dan bersedia bayar setiap bulan, ambil saja hibah. Hibah bagus untuk perlindungan keluarga kita. Saya sendiri akan sign hibah ni.

3. Ambil pakej paling rendah dulu sebab bayaran murah, komitmen bulanan kita tak tinggi. Plan hingga 60 tahun cukup, dan jika ditakdirkan umur panjang, sambung plan hingga ke umur 80-100 p**a. Masa nak sambung nanti, walau dimomok harga makin tinggi dan rugi tak ambil masa muda, jangan terpengaruh. Masa muda ni komitmen kita besar. Jangan sebab terpaksa bayar caruman tinggi hidup kita sesak sampai perlu berhutang.

4. Masa pencen nanti income kita lebih besar, banyak bebanan hutang dah settle, anak-anak dah kerja. So tak ada masalah nak bayar hibah lebih tinggi.

Pada saya, macam ni lah. Terp**ang nak setuju ke tidak. Tak de masalah pun berbeza pandangan.

Okeh. Kawan-kawan ejen takaful hibah sila muncul kat komen. Mungkin ada antara followers saya nak ambil hibah juga. Terangkan elok-elok setiap polisi dan risiko yang bakal pelanggan terima juga ya.

Selalu sangat saya advice kat semua client saya, bila kita nak ambil takaful ni, kita pejamkan je mata. Ambil je terus. ...
28/05/2022

Selalu sangat saya advice kat semua client saya, bila kita nak ambil takaful ni, kita pejamkan je mata. Ambil je terus. Takyah fikir lama sangat.

Sebab apa-apa pun yang terjadi, takaful ni memang akan bagi kebaikan & kemudahan untuk kita.

Belum pernah lagi orang jadi muflis sebab ambil takaful ni. Tapi, yang banyaknya berlaku adalah orang jadi muflis sebab takde takaful.

Kalau suami belum aware pasal hibah takaful ni, isteri boleh je bayarkan untuk suami. Semua ni pun demi kebaikan bersama.

Sekarang ni ye lah, semua kos sara hidup & hutang (rumah, kereta dll) semua suami boleh tanggung.

Tapi kalau ditakdirkan umur suami tak panjang (nauzubillah), siapa yang nak tanggung kos & hutang-hutang ni semua kan 😢

Itu lah fungsi hibah takaful ni. Dengan hibah yang diterima, isteri boleh guna untuk teruskan hidup & boleh bantu untuk langsaikan hutang-hutang suami.

Jangan risau, plan hibah takaful ni bukan mahal mana pun. Plan yang basic, RM30-RM50 pun dah boleh dapat. Memang dah murah sangat plan ni.

Dah dah. Takyah banyak sangat fikir. Kita sign-up terus hari ni ok? Kalau dah jumpa consultant yang komited macam saya ni, lagi la kena cepat-cepat sign-up tau. Eh! 🫢

Jom danny bantu👇
wasap.my/60174876290
wasap.my/60174876290

Danny Aware hampa Aware tak ?



RAMAI ORANG TAK TAHU📝 Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja📝 Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kem...
14/04/2022

RAMAI ORANG TAK TAHU

📝 Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja

📝 Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kematian sipemilik

📝 Adik beradik tiri adalah waris utama jika seibu sebapa

📝 Pencairan aset simati perlu ada surat kuasa mahkamah (LA/Probet)

📝 Harta boleh diagihkan tanpa mengikut Faraid jika si pewasiat ada menyatakan pengagihan mengikut hasrat (waris perlu sepakat)

📝 Wang pencen bukan harta pusaka

📝 Medium HIBAH hanya terpakai di Malaysia sahaja

📝 Isteri kedua tidak dapat harta pusaka si suami, jika tiada surat pengesahan kahwin yang sah di Malaysia

📝 Rumah tidak jatuh automatik kepada si isteri bila si suami mati

📝 Jika tidak dilantik penjaga harta untuk anak bawah 18 tahun harta akan dipegang sementara oleh Amanah Raya

📝 Stamp duty perlu dibayar waris jika waris dapat harta pusaka didalam bentuk rumah

📝 Bon Pentadbiran akan dikenakan oleh pihak Mahkamah jika tiada Wasiat

📝 HIBAH tidak boleh di buat 100% keseluruhan harta

📝 Baitumal adalah golongan waris utama

Jom siapa yang masih kurang faham tentang Hibah Takaful boleh klik link

wasap.my/60174876290

Memang benar, tak semua orang percayakan HIBAH, tapi tak ada siapa yang akan tolak duit HIBAH bila dah dapat.Ini kisah f...
14/04/2022

Memang benar, tak semua orang percayakan HIBAH, tapi tak ada siapa yang akan tolak duit HIBAH bila dah dapat.

Ini kisah family arwah suami yang nak berebut duit hibah yang diberikan kepada isteri arwah🥲

Lain kali nak sangat duit hibah tu, bayarlah hibah sendiri dan jadikan penerima korang sendiri.

Semoga kita dielakkan perkara-perkara sebegini🤲🏼🤲🏼

Hibah Takaful (income protection) ni kalau kita meninggal dunia, waris akan dapat pampasan dalam tempoh 14 hari bekerja....
09/04/2022

Hibah Takaful (income protection) ni kalau kita meninggal dunia, waris akan dapat pampasan dalam tempoh 14 hari bekerja. Boleh direct hibah kepada pasangan, anak2 atau ibubapa. Tak perlu lalu faraid. So urusan jadi mudah. Kalau TPD (cacat kekal menyeluruh) pun akan dapat pampasan yang sama jugak.

Tetapi apa pun ikut bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban.

Kalau rasa berminat

Klik link untuk WhatsApp saya,
wasap.my/60174876290/HibahTakaful

“Sorry, akak tak boleh guna duit dalam akaun bank arwah suami akak untuk diri sendiri. Dah jadi harta pusaka. Akak kena ...
07/04/2022

“Sorry, akak tak boleh guna duit dalam akaun bank arwah suami akak untuk diri sendiri. Dah jadi harta pusaka. Akak kena minta izin dulu daripada semua waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah tu.”

Menangis akak tu.😭

“Tapi dik, dalam akaun bank akak memang tak ada duit langsung. Semua duit dalam akaun bank arwah abang. Habis tu akak nak teruskan hidup macam mana dik?”

Memang macam tu. Duit dalam akaun bank arwah akan dibekukan. Duit tu ditahan oleh pihak bank sampai waris dalam kemukakan dokumen berkaitan untuk keluarkan duit tu.

“Bolehkah akak tuntut nafkah akak dan anak-anak daripada harta pusaka arwah suami akak, dik?”

“Bila suami meninggal dunia, kewajipan untuk suami bagi nafkah tu dah terhenti kak. Tapi, kalau masa hidupnya dia tak bagi nafkah kat akak, akak boleh tuntut nafkah tertunggak tu di Mahkamah Syariah.”

5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI

1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM. Baru tau?😰

2. Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?

3. Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?😥

4. Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.

5. Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?😭

Suami kena cerita pasal ni kat isteri masing-masing. Isteri anda bakal laluinya. Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami.

Padahal, kalau si suami sudi allocate RM40 sebulan pun dah boleh dapat buat Hibah Takaful pampasan RM50,000 kepada isteri. Kalau kematian suami sebab kemalangan, isteri akan dapat double, pampasan RM100,000.

Istimewa Hibah Takaful ni,
🔥Pengganti gaji jika kematian suami.
🔥Penerima hibah adalah pemilik mutlak.
🔥Untuk langsaikan hutang.
🔥Tiada kos guaman.
🔥Tidak melalui proses faraid.

Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.

Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM100,000 boleh juga tampung komitmen bulanan RM3,000 tu selama 3 tahun.

Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak.

Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami “outstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.😰

Isteri pujuklah suami masing-masing untuk buat Hibah Takaful ni selagi masih sempat.

Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.

Tinggalkan HIBAH sebelum datangnya HIBA.

Lelaki / 25 Tahun / Tidak Merokok
RM100K: RM74 sebulan
RM500K: RM220 sebulan

Lelaki / 30 Tahun / Tidak Merokok
RM100K: RM86 sebulan
RM500K: RM232 sebulan

Lelaki / 35 Tahun / Tidak Merokok
RM100K: RM98 sebulan
RM500K: RM262 sebulan

Lelaki / 40 Tahun / Tidak Merokok
RM100K: RM115 sebulan
RM500K: RM295 sebulan

Lelaki / 45 Tahun / Tidak Merokok
RM100K: RM143 sebulan
RM500K: RM364 sebulan

Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan.

Serius berminat?

Klik link ni untuk WhatsApp saya,
wasap.my/60174876290/HibahTakafulMurah

Saya sedia membantu anda secara online untuk dapatkan free quotation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Cover satu Malaysia. Senang! 👍🏻


Para isteri jangan salah faham. Kalau suami tak nak buat hibah takaful, puan buat sendiri, puan bayar sendiri kalau mamp...
28/03/2022

Para isteri jangan salah faham. Kalau suami tak nak buat hibah takaful, puan buat sendiri, puan bayar sendiri kalau mampu. Harga serendah RM30/bulan. Macam ni penerangan ringkasnya.

1. Pemilik polisi: isteri
2. Orang dilindungi: suami
3. Penerima hibah: isteri

✅ Jika suami meninggal dunia: isteri dapat pampasan.

✅ Jika suami sakit kritikal: isteri dapat pampasan.

✅ Jika suami hilang upaya kekal: isteri dapat pampasan.

✅ Jika suami umur panjang sehingga 70 tahun, pampasan hibah tak dapat, tapi isteri akan dapat duit tunai hasil dari kematangan sijil hibah takaful.

Klik link ni untuk WhatsApp saya,
wasap.my/60174876290/HibahTakafulMurah

Saya dan team saya sedia membantu anda secara online untuk dapatkan free consultation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Nak buat medical card pun boleh sekali.

Cover satu Malaysia. Senang! 👍🏻

Address

Taman Keladi
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:00
Tuesday 09:30 - 22:00
Wednesday 09:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 22:00
Friday 09:30 - 22:00
Saturday 09:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Takaful By Danny posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share