03/11/2019
Salah faham TPD
TPD merujuk pada Total Permanent Disability, atau sering disebut dalam Bahasa Melayu sebagai Hilang Upaya Kekal Menyeluruh.
Tujuan penulisan kali ini adalah menjelaskan makna TPD yang di bolehkan untuk buat Tuntutan Pampasan Takaful.
1. Hilang 2 anggota badan.
Hilang 2 mata, 2 tangan, 2 kaki atau 1 mata dan 1 tangan, 1 tangan dan 1 kaki, 1 mata dan 1 kaki. Tak kisah atas alasan apapun, sama ada atas sebab kemalangan, atau sebab di potong akibat sakit (misalnya kencing manis), boleh buat tuntutan TPD.
2. Hilang keupayaan untuk lakukan 3 dari perkara
1. Makan dan minum
2. Pakai baju
3. Mandi
4. Ke tandas
5. Bergerak dari A ke B
3. Hilang keupayaan untuk melakukan tugas mencari pendapatan
Kenapa permohonan TPD di tolak?
Untuk no 1 dan 2, report doktor adalah jelas.
Untuk no 3, ini perlukan sedikit penjelasan dalam medikal report.
Contoh:
Encik A telah disahkan lumpuh separuh badan, dan terpaksa bergantung pada kerusi roda sepenuhnya.
Jika doktor mengesahkan dia berupaya melakukan sedentary work, atau kerja sambil duduk, permohonan TPD akan ditolak.
Perlukan penjelasan bahawa sedentary work dalam konteks medikal report adalah merujuk kepada pekerjaan yang mendatangkan pendapatan sambil duduk.
Jika Encik A adalah seorang pemain bola sepak, sudah tentulah beliau tidak boleh bermain sambil duduk!
Adakah pekerjaan anda sekarang boleh dilakukan sambil duduk sahaja?
Inilah persoalan yang perlu dijelaskan oleh Doktor dalam Medikal Report.
Jika anda berada dalam situasi ini, permohonan anda ditolak sedangkan anda tak mampu melakukan kerja hakiki anda, boleh cuba buat rayuan.
Sebagai ejen Takaful, saya sudah membantu ramai Client buat tuntutan dan rayuan, terutama kes Tuntutan TPD. Kes rayuan yang melibatkan Ombudsman atau timbangtara, perlukan pengetahuan dari ejen berpengalaman macam saya.
Nasihat saya, anda boleh bertanyakan pada ejen Takaful tentang prosedur tuntutan TPD dan timbangtara Ombudsman. Jika mereka gagal menjawab, lebih baik cari ejen yang berpengalaman macam saya.
KLIK link di bawah untuk buat janji temu dengan ejen Takaful Ikhlas yang sah.
www.wasap.my/60184640701/TAKAFUL