ADM Trading Community

ADM Trading Community JOM BELAJAR TEKNIK BRN

AS PER TOLD YESTERDAY , ada beberapa pilihan utk abg kakak menanti pada 2025. paan akan berkolaborasi semula BERSAMA DAD...
30/12/2024

AS PER TOLD YESTERDAY ,

ada beberapa pilihan utk abg kakak menanti pada 2025. paan akan berkolaborasi semula BERSAMA DADDY KANCHIL di bwh branding yg baru iaitu TRADUCATION.

fokus kita ada beberapa.

1) membantu mereka yg kurang masa utk follow signal / trade sndiri. anda boleh follow copytrade.

2) education online classes seminggu minimum 4 kali during weekdays khusus kepada mereka yg tercari2 teknik trading yg sesuai / berhasrat utk berdikari menjadi trader persendirian tp kurang keyakinan.

3) smua org tau paan bwk JM, jd utk 2025, paan akn sediakan 1 lg broker iaitu MONAXA dimana paan ada request utk deposit bonus support float & margin setiap bulan. produk ni sesuai utk anda yg nk trade sndiri. signal juga disediakan seperti sedia kala.

4) OFFLINE CLASSES JUGA AKAN DIADAKAN SEPANJANG TAHUN 2025. KITA AKAN ROADTOUR KE SELURUH SEMENANJUNG ATAS PERMINTAAN. ADA DEMAND DI MANA2 NEGERI KAMI SAMPAI INSYAALLAH.

sebarang pertanyaan lanjut, DM paan segera. stop wasting more time !

‼️WARGA SELATAN STANDBY ‼️paan kenalkan BRN kepada anda secara f2f dan yg paling best, ianya PERCUMA SAHAJA 😍seat terhad...
08/08/2024

‼️WARGA SELATAN STANDBY ‼️

paan kenalkan BRN kepada anda secara f2f dan yg paling best, ianya PERCUMA SAHAJA 😍

seat terhad hanya kepada 40 org shj ⚠️

LOKASI : TRADENISMA (VELOCITY, KL)

TARIKH : 25/8/24

MASA : 10 PAGI - 5 PETANG

p/s : jamuan ringan disediakan buat semua peserta

dm paan skrg utk lock seat anda ‼️

10 anggota, Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysiaterkorban selepas pesawat bergesel di udara. Salamtakziah buat keluarga ...
24/04/2024

10 anggota, Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia
terkorban selepas pesawat bergesel di udara.

Salamtakziah buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan roh orang -orang yang
beriman. 🤍
Aamiin ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah 🤲🏻

Lower TF correction dh break bwh. Tunggu new decision. break atas / bwh. M30 tu mcm dh buat double top. now naik test he...
23/04/2024

Lower TF correction dh break bwh. Tunggu new decision. break atas / bwh.

M30 tu mcm dh buat double top.
now naik test head area. breakout head fail sell setup bwh ni. if respect, 2375 will be next destination 😎

Btw berminat nak join Team Elite,terus dm okay
Https://t.me/iamviee

Syahdu Matt 🤪Buyer dapat dah tadi. Kasi chance kami plak…😁Alhamdulillah 130 Pips. Jangan  cakap Paan tak ajak hold ye…Bt...
23/04/2024

Syahdu Matt 🤪

Buyer dapat dah tadi. Kasi chance kami plak…😁

Alhamdulillah 130 Pips. Jangan cakap Paan tak ajak hold ye…

Btw yang berminat nak join Team Elite, terus dm okay
Https://t.me/iamviee

Alhamdulillah.. ini tahun ke-2 aku bayar prinsipal pembiayaan rumah. Pembiayaan atau loan. Aku sebut pembiayaan sebab ak...
23/04/2024

Alhamdulillah.. ini tahun ke-2 aku bayar prinsipal pembiayaan rumah. Pembiayaan atau loan. Aku sebut pembiayaan sebab aku pilih pinjaman secara islamik. 😍

Kalau masih ada yang tak tahu. Kita sebenarnya boleh langsaikan cepat loan rumah dengan buat bayaran prinsipal.

Buat bayaran lebih setiap bulan atau bayar lebih setiap tahun. Macam aku lebih selesa buat bayaran lebih setiap tahun. Senang simpan 1 resit saja 1 tahun. Senang buat rekod.

Caranya: Pergi saja di kaunter bank. Beritahu mahu bayar prinsipal loan rumah. Boleh bayar cash atau tolak dari akaun bank kamu. Tapi ikut jenis loan rumah juga ya. Hanya jenis loan semi-flexi dan full-flexi saja yang boleh bayar extra ni. 😍

Bagusnya bayar prinsipal ni sebab;
1️⃣. Dapat selesaikan loan rumah lebih awal. Contoh: tempoh loan 30 tahun dapat selesai 20 tahun saja.
2️⃣. Dapat kurangkan bayaran faedah pinjaman. Ini paling sakit hati kalau tengok. Bayar tiap bulan tapi loan tidak berkurang, rupanya banyak bayar faedah saja 😂 Kalau bayar prinsipal, nah terus kurang jumlah loan.
3️⃣. Dapat hidup tenang sebab tiada hutang di usia2 tua 😂

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk pejuang rumah atas nama sendiri 😁💪🏻

Kredit : Riyan Aizer

Notes‼️‼️‼️

INFO BAYARAN PENGURANGAN PRINSIPAL LOAN RUMAH (Principle Reduction)

LPPSA min 6 bulan
AFFIN min 6 bulan
BANK MUAMALAT min 6 bulan
BANK ISLAM min 3 bulan
MBSB min 1000
RHB gandaan 1000
BSN 5K atau 10K
CIMB dan PUBLIC so far any amount pun ok

* Bank Maybank dan lain-lain bank kita tak tahu. Tunggu feedback dari mereka yg dah deal dgn bank.

Kredit : Bebas Hutang

Pape pon better rujuk bank masing2 dengan refer jenis pembiayaan masing2 ✌️✌️

As per discussed.Shunam 110 Pips 🥳Alhamdulillah syukur kehadrat Allah 🤲🏻 Korang okay tak tu?🫣 Ke ada yang beli emas 🥴Btw...
19/04/2024

As per discussed.Shunam 110 Pips 🥳

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah 🤲🏻 Korang okay tak tu?🫣 Ke ada yang beli emas 🥴

Btw yang berminat nak join Team Elite terus dm okay😘
Https://t.me/iamviee

Outlook US session. H4 fake out buy. tp paan nampak falling 3 method ni. (dalam bulatan) cuma blum siap. BRN 00 tak brea...
19/04/2024

Outlook US session.

H4 fake out buy. tp paan nampak falling 3 method ni. (dalam bulatan) cuma blum siap.

BRN 00 tak break di h4. kenaikan td pun tak berjaya bt high baru.

Macam paan ckp, kalau takdak news perang mlm ni gold tu nk junam.

Dari smlm lg sbnrnya cuma tiba2 pagi td ada attack kan ? tp israel kata bkn dia yg buat. dia deny bnda tu. so bila tak jelas, tu yg gold turun blk td.

Apa2 pun hati2, sabar sikit. ada setup paan ajak.

Btw berminat nak join Team Elite, terus dm okay😘
Https://t.me/iamviee

Salam Jumaat Semua! Semoga di hari yang penuh barakah ini, kita semua dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki 🥰Janga...
19/04/2024

Salam Jumaat Semua!

Semoga di hari yang penuh barakah ini, kita semua dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki 🥰

Jangan LUPA! Ringankan tangan untuk bersedekah kepada yang memerlukan lagi2 di Bulan Yang Mulia ini, InsyaAllah pintu rezeki tuan puan pun akan diperluaskan 🫶

Btw yang berminat nak join Team Elite,terus dm okay
Https://t.me/iamviee

Baca lah..5 minit jakDulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...Semua or...
18/04/2024

Baca lah..5 minit jak

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya..

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat
Indonesia....

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya..

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya...

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika p**ak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan p**ak...

Kata mereka...

Tapi..

Pada suatu Subuh..

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat.

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih...

Selesai solat, semasa perjalanan p**ang..

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan...

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya..

Anak-anaknya...

Saya katakan..

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila..

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka aka saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya..

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bang ngah.."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?.

Apa p**a sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat p**a tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

‎بارك الله

Kredit : Maulana zakuan aka ibnu batoota

Address

Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADM Trading Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share