03/07/2022
KELEBIHAN BILA MULA MEMBELI & MENYIMPAN EMAS.
✔️ Emas adalah sebagai aset.
Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi anda terlupa bahawa emas juga adalah aset.
Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil dan sederhana. Oleh itu, apa yang generasi muda pada masa kini boleh buat ialah dengan mengumpul emas sebagai aset.
Emas merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah serendah RM10 sahaja kini dengan menggunakan platform digital di zaman yang serba canggih sekarang. Semuanya hanya di hujung jari anda sahaja.
✔️ Emas Mencegah Kita Boros Berbelanja.
Setuju dengan saya emas memaksa kita menyimpan. Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros berbelanja.
Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa diri kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm ataupun credit card.
Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak dah tak perasan dan buat-buat lupa.
Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas.
Tetapi kini dengan pengedaran masa dan idealogi yang terkini anda boleh menyimpan Emas hanya menggunakan duit dari perbelanjaan ataupun komitmen bulanan anda sahaja.
Jadi nak tak nak kita dah mula menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?
✔️ Emas punca menarik rezeki.
Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya.
Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi.
Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas.
Sekiranya ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian yang kita boleh dapat.
Sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan bulanan anda.
Berminat untuk tambah pendapatan secara harian dan dalam bentuk nilai USD boleh tinggalkan komen anda di ruangan bawah.
- Hajar Romli -
QM Consultant