25/03/2023
Assalamualaikum wbt & good morning ALL Neo Champion💚
*****************
Qanaah dari segi bahasa bermaksud reda, manakala dari segi istilah bermaksud reda atas apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Namun begitu, bukanlah ianya mengajar kita agar tidak berusaha mencari rezeki dan hanya bertawakal semata-mata, tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dahulu dan kemudian reda dengan apa-apa yang diperolehi dengan bersungguh-sungguh.
Sifat qanaah dapat mendidik diri memahami bahawa Allah berhak mengurniakan rezeki-Nya mengikut ketetapan-Nya tanpa ada sebarang keterikatan dengan mana-mana pihak.
Rezeki kita ditentukan oleh Allah dan tugas kita untuk berusaha mencari dan mendapatkannya.
Sifat qanaah juga dapat membersihkan hati daripada penyakit iri hati dan hasad dengki. Kita bersyukur dengan apa yang kita ada di samping terus menggandakan usaha untuk mendapat rezeki lain yang lebih baik.
InshaAllah.