01/12/2022
KENAPA PERLU AMBIL TAKAFUL SEKARANG?
Ramai yang saya kenal masih dalam mood survey takaful sedangkan diri sendiri pun masih tiada perlindungan takaful meskipun takaful hibah sahaja.
Kenapa sangat penting untuk kita ambil takaful seawal mungkin?
1) MASA
- Mana-mana takaful ada tempoh menunggu (waiting period) dan biasanya tempoh menunggu untuk medical card untuk sebarang penyakit spesifik dapat digunakan adalah selepas 120 hari sijil takaful inforce (aktif).
- Maksud 120 hari tu adalah, selepas hari ke 120 baru penyakit tersebut muncul. Jika disahkan doktor penyakit tersebut muncul pada hari 119 sijil takaful inforce, maka penyakit tersebut diklasifikasikan sebagai penyakit sedia ada dan TIDAK akan di cover.
- Terdapat contestable period 2 TAHUN yang mana pihak takaful operator ada hak untuk buat siasatan berkenaan penyakit kita sebelum approve GL.
2) HARGA
- Secara asasnya, semakin meningkat UMUR, semakin meningkat HARGA sumbangan takaful.
- Sumbangan takaful wanita berumur 40 tahun takkan sama seperti wanita berumur 30 tahun untuk jenis pekerjaan yang sama dan status merokok. Hatta jika berbeza setahun umur pun, akan ada perbezaan harga sumbangan takaful.
3) KESIHATAN
- Orang yang telah menghidap sebarang penyakit atau kenaikan berat badan melebihi normal BMI, kemungkinan besar akan mendapat:
i) Exclusion (penyakit sedia ada tidak akan di cover),
ii) Exclusion with loading (pertambahan harga dari harga sumbangan awal),
iii) Loading without exclusion
iv) Postponed (ditangguhkan permohonan)
v) Decline/Reject
- No. 5 tu paling SEDIH sebab kita dah tak layak untuk menyumbang takaful dan tak dapat perlindungan takaful secara komprehensif. 😥
- Memang dah ada takaful hibah untuk orang yang ada penyakit kronik, tapi harga sumbangannya akan meningkat setiap beberapa tahun, tak seperti takaful hibah untuk orang yang sihat.
- Malah, waiting period takaful hibah orang sakit juga lebih panjang, iaitu selepas 2-3 tahun, baru akan cover untuk kematian akibat penyakit. Sebelum 2-3 tahun, hanya cover kematian akibat kemalangan sahaja.
🌹 Muhasabah diri. Kita tak boleh nilai kesihatan kita sama seperti 10 tahun lepas. Dulu kita muda, lagi 10 tahun kita sudah tua. Apabila tua, banyak penyakit mula datang, na'uzubillahi min zalik.
========
Masa terbaik untuk ambil takaful adalah 2 tahun yang lepas.
Masa lebih baik untuk ambil takaful adalah 120 hari yang lepas.
Namun, jika belum ambil takaful, masa terbaik untuk ambil takaful adalah HARI INI.