Surau Al-Muttaqin Indahpura , Kulai

Surau Al-Muttaqin Indahpura , Kulai Lokasi Surau Al-Muttaqin Indahpura terletak berhadapan dengan SMK Indahpura 1 dan bersebelahan dengan Sekolah Agama Indahpura Community Organization

02/06/2026

Program korban sempena hari raya Aidl-adha pada 30 Mei 2026..!!

30/05/2026
Pihak Helwa Surau Al-Muttaqin Indahpura telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit untuk kegunaan a...
08/05/2026

Pihak Helwa Surau Al-Muttaqin Indahpura telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit untuk kegunaan aktiviti Helwa Indahpura daripada Dato Mohd Jafni Md Shukor melalui Yayasan Sejahtera pada hari ini 8/5/26.

Helwa Indahoura diwakili Pengerusi Helwa Ustazah Norida binti Mudiar diiringi AJK Tertinggi Helwa telah menerima sumbangan tersebut,

Terima kasih Dato'

07/05/2026

7 Mei 2026/khamis..
Majlis bacaan yassin & tahlil arwah
Terima kasih hamba Allah mnyumbang juadah malam ni..!!

7 May 2026..Jemput hadir MLM ni..
07/05/2026

7 May 2026..
Jemput hadir MLM ni..

07/05/2026

Komik 1 hari..1 hadis..

07/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan*

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا

_*Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat, akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)."*_ (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1. Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: *“Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.”* Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.

2. Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.

3. Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.

4. Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.

5. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.

6. Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.

7. Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.

8. Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.







19hb Zulkaedah1447H
07hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

06/05/2026

Komik 1 hari..1 hadis .

06/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Awal Pagi Waktu Barakah*

عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ

_*Daripada Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah.*_ (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.

2. Rasulullah mendoakan umatnya keberkatan pada setiap waktu pagi.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

*(Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka)*

3. Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.

4. Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.

5. Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.

6. Waktu sebelum terbitnya matahari umpama waktu rezeki diluluskan manakala apabila terbitnya matahari, waktu rezeki diagih-agihkan.

Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan. *Pekerja Madani Kesuma Bangsa.*







18hb Zulkaedah1447H
06hb Mei 2026

05/05/2026

Komik 1 hari..1 hadis...

Address

Surau Al-Muttaqin
Kulai
81000

Telephone

01110967606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muttaqin Indahpura , Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share