05/12/2025
Kerajaan nak perkenalkan “Basic Medical & Health Insurance” sebagai produk standalone bermula 2027.
Maksudnya, tak campur dah dengan pelaburan macam insurans investment-linked yang selama ni orang selalu salah faham iaitu bayar mahal tapi nilai pelaburan tak kemana.
Dengan model baru ni, kerajaan nak pastikan rakyat dapat perlindungan kesihatan yang lebih jelas, telus dan tak terikat dengan turun naik prestasi pelaburan.
Kerajaan dan BNM pun dah bagi hint kenapa perubahan ni penting. Banyak polisi investment-linked sekarang jadi tak sustainable bila pelaburan lemah, premium jadi mahal, atau nilai akaun makin susut sebab orang withdraw.
Bila jadi macam tu, coverage pun terpaksa dipendekkan. Sebab tu BNM ketatkan peraturan, wajibkan syarikat tunjukkan dengan jelas prestasi pelaburan dan sama ada premium yang pelanggan bayar tu cukup untuk cover kos insurans jangka panjang.
Dengan MHIT versi baru ni, kerajaan nak pastikan perlindungan kesihatan kekal affordable, inclusive dan jelas dari awal iaitu bayar untuk perlindungan sahaja, bukan skim pelaburan yang complicated.
Dalam jangka panjang, ini sepatutnya mudahkan rakyat buat keputusan kewangan, elakkan premium melambung tiba-tiba, dan kurangkan kes orang beli polisi bertahun-tahun tapi akhirnya coverage tak tahan lama.
Ini langkah besar untuk buat sistem healthcare Malaysia lebih stabil dan berorientasikan nilai, bukan jual janji p**angan.
Sumber Posting: Nazri hamdan