CoachHadi Gold Consultant QBEB

CoachHadi Gold Consultant QBEB Expenses � Gold � Expenses

Change your expenses or your saving to gold... We will help you from scratch....

Pm to know more
20/06/2022

Pm to know more

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞, 𝗔𝗗𝗔 𝟱 𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝟭. 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨Mustahil dinamakan bijak kalau tak ada ilmu kan. Seorang pelabur yg bija...
07/06/2022

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞, 𝗔𝗗𝗔 𝟱 𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔

𝟭. 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨
Mustahil dinamakan bijak kalau tak ada ilmu kan. Seorang pelabur yg bijak harus sentiasa mendalami ilmu pelaburan. Rajin membaca, bertanya dan sentiasa menambah networking dalam dunia pelaburan. Barulah ilmu yg ada dapat dikembangkan dan bertukar-tukar idea.

𝟮. 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥
Ramai yg terlepas pandang ciri ini. Seorang pelabur yg bijak, bukanlah setakat melabur setahun sekali sahaja. Pelabur yg bijak, kebiasaannya akan kerap melabur kembali sebahagian daripada wang keuntungannya. Atau dipanggil sebagai reinvestment. Hal ini akan mencetuskan “snowball effect” atau bahasa kita, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

𝟯. 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗠𝗜 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢
Kalau melabur, kemudian rugi, lepas tu nak meroyan tak tentu pasal, itu kurang cerdik namanya. Pelabur yg bijak, sentiasa memahami dan sedia maklum akan risiko kerugian yg bakal ditanggung.

𝟰. 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗚𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗬𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟
Apatah lagi jika sesebuah platform pelaburan itu tiada track record yg bagus. Wajiblah berhati-hati sebelum melaburkan wang kita. Mulakan dengan wang yg kecil dahulu. Test the water katanya.

𝟱. 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗢𝗗𝗔𝗟 𝗬𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
Bila wang kecil yg kita laburkan tadi mendatangkan hasil, inilah masanya untuk kita upgrade. Atau Topup investment. Kecil modal, kecillah untungnya. Besar modal, besarlah untungnya.

𝗤𝗠 𝗱𝗲𝗳𝗶𝗻𝗶𝘁𝗲𝗹𝘆 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗲𝘀𝘁 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺

Pemilikan Emas BersamaAda orang komen tentang beli emas online kenapa bila nak redeem emas fizikal, kadangkala kena ambi...
07/06/2022

Pemilikan Emas Bersama

Ada orang komen tentang beli emas online kenapa bila nak redeem emas fizikal, kadangkala kena ambil masa, tidakkah emas mesti wujud segera?

Apa yang ramai mesti faham ialah apabila kita beli emas dalam akaun emas, kita sebenarnya beli emas secara bersama.

Kali ini saya nak kongsi sedikit tentang pemilikan bersama secara prorata. Pemilikan emas bersama secara prorata ini bermaksud dua orang atau lebih memiliki satu emas secara bersama tanpa dibahagikan bucu atau bahagian mana, tetapi dibahagikan pada sekala nisbah saja.

Contohnya emas 1gram mungkin dimiliki oleh 8 orang.

Pemilikan boleh berlaku dengan tiga cara:
✔️ Pemilikan usaha melombong hasil bumi dengan kebenaran kerajaan. (Mazhab utama Islam berbeza pendapat dalam isu pemilikan hasil bumi ini sama ada menjadi milik negara atau peribadi). Contohnya beberapa individu melombong dan jumpa seketul emas. Maka seketul itu dikongsi bersama.

✔️ Pemilikan automatik melalui pewarisan. Contohnya si ayah meninggal dunia meninggalkan 1gram emas dan ada anak2 lelaki dsn perempuan. Semua anaknya berkongsi 1gram itu.

✔️ Pemilikan melalui akad. Sama ada akad jual beli mahu pun hibah. Samad menghadiahkan 1gram emas kepada 4 anaknya. Atau 7000 orang beli seketul emas 1kilo gram milik KAB Gold.

Proses jual beli secara pemilikan bersama, dan biasanya qabd (serahan) hanya boleh berlaku secara hukmi saja sama ada dengan rekod atau wakil. Kerana agak sukar pegangan secara hakiki berlaku.

Proses membahagikan bahagian emas pemilikan bersama ini juga agak sukar. Untuk pecahkan jongkong emas kepada bahagian kecil mungkin susah atau tidak tepat. Biasanya portion ini akan ditukar dengan emas minted yang berdenominasi kecil atau dijual kepada mana-mana pihak, sama ada pemilik asal (syarikat emas) atau rakan kongsi.

Contohnya Abu membeli 0.25 gram emas milik KAB Gold. Abu sedia maklum bahawa KAB Gold tidak ada emas minted denominasi 0.25 gram. Jadi dia tiada pilihan kecuali hanya boleh menjual sahaja emasnya.

Begitu juga jika Abu membeli emas dengan persetujuan hanya boleh keluarkan fizikal setelah cukup 5 kilo sahaja. Maka sudah tentu Abu tiada pilihan lain jika emas belum cukup 5 kilogram, dia hanya boleh jual sahaja emas kepada syarikat.

Dalam Standard Shariah AAOIFI (57):

3.5. Hukum emas pemilikan bersama:

3.5.1. Diharuskan memiliki emas atas pemilikan bersama dan setiap rakan kongsi memiliki bahagian perkongsian yang ditentukan nisbah dalam kadar keseluruhan yang dikhususkan dan memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di dalam Bab: (3.4).
3.5.2. Bagi pemilik bahagian pemilikan bersama dibolehkan untuk menuntut pengasingan bahagiannya (segregation) jika mampu diasingkan tanpa memudaratkan perkongsian, dan dibolehkan kepada pemilik menjual kepada orang lain secara terus bahagian tersebut tanpa perlu kepada pengasingan.
3.5.3. Sekiranya berlaku kemusnahan atau kerosakan, setiap rakan kongsi pemilikan bersama akan menanggung sekadar mana bahagiannya dengan nisbah dan perkadaran tertentu.
3.5.4. Jongkong yang disimpan di tempat simpanan tertentu sekiranya tidak dibezakan dengan penomboran, maka percampuran tersebut mengambil hukum sama seperti pemilikan bersama. Dan sekiranya jongkong tersebut boleh dibezakan dengan penomboran, maka pemilikan itu merupakan bahagian bagi setiap pemilikan berasingan, maka pemilikan dengan (nombor itu) bertanggungjawab atas emasnya, melainkan semua pemilik redha sebagai penyimpanan bersama. Keadaan ini akan mengambil hukum pemilikan bersama. Sekiranya berlaku kerosakan jongkong yang dimiliki atas pemilikan bersama, maka setiap pemilik akan menanggung berdasarkan nisbah dan perkadaran selagimana kuantiti kesemuanya terpelihara dalam tempat simpanan tertentu sepanjang masa.

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

EMAS HANYALAH PERMULAAN MEMBINA KEWANGAN YANG LEBIH BAIKEmas bukanlah everything tetapi something yang perlu ada dalam k...
02/06/2022

EMAS HANYALAH PERMULAAN MEMBINA KEWANGAN YANG LEBIH BAIK

Emas bukanlah everything tetapi something yang perlu ada dalam kewangan kita.

Emas bukanlah segala-galanya tetapi emas mesti ada dalam kewangan kita begitulah.

Pesan guru-guru kewangan, asas membina kekayaan ialah menyimpan.

Simpan 10% daripada pendapatan kita selebihnya barulah boleh dibelanjakan.

Simpan sehinggalah simpanan itu mampu ditukarkan kepada aset-aset lain yang lebih besar seperti rumah atau tanah.

Kita tidak akan jadi kaya selagi tidak boleh menyimpan. Atasi masalah duit bocor bertahun-tahun dengan emas.

Rawat penyakit duit selalu bocor atau terbelanja dengan mula menyimpan emas dari sekarang. kalau tak boleh menyimpan duit RM simpan emas.

Dari segi emosi, emas lebih seronok disimpan dan dikumpulkan berbanding duit RM yang secara nalurinya lebih seronok dibelanjakan.

Perlu kita fahami emas tidak menyelesaikan semua masalah kewangan tetapi emas hanyalah permulaan membina kewangan lebih baik.

Jangan tunggu perfect time. Mulakan sekarang. 🔥

Your Ultimate Financial Freedom Begins Here

Klik 👉 link di ruangan komen

47 Malaysian Companies and Entrepreneurs Win Coveted Asia Pacific Enterprise Awards..Congratulations Quantum Metal for w...
31/05/2022

47 Malaysian Companies and Entrepreneurs Win Coveted Asia Pacific Enterprise Awards..

Congratulations Quantum Metal for winning Corporate Excellence for financial services category.

Address

Kuching
93350

Telephone

+60136511259

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CoachHadi Gold Consultant QBEB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CoachHadi Gold Consultant QBEB:

Share