Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak

Directions

Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak, Kuching.

Assalaamualaikum wbt.πŸ•ŠοΈ INFAQ SET KAIN KAFAN – AMAL KUCHING πŸ•ŠοΈ- *50 SET DIPERLUKAN*β€œHari ini mungkin untuk mereka, suatu...
25/09/2026

Assalaamualaikum wbt.

πŸ•ŠοΈ INFAQ SET KAIN KAFAN – AMAL KUCHING πŸ•ŠοΈ- *50 SET DIPERLUKAN*

β€œHari ini mungkin untuk mereka, suatu hari nanti mungkin untuk kita.”

Kain kafan adalah pakaian terakhir yang akan membaluti tubuh seorang insan sebelum kembali menghadap Allah SWT. Tiada siapa tahu bila tibanya giliran kita.

Dengan hanya RM150 untuk satu set kain kafan, tuan/puan boleh bersama-sama menyediakan keperluan terakhir buat saudara kita yang telah pergi, khususnya mereka yang memerlukan.

🀲 Infaqlah atas nama diri sendiri, ibu bapa, keluarga atau insan tersayang. Mudah-mudahan setiap helaian kain kafan yang dimanfaatkan menjadi amal jariah dan saham akhirat yang terus tercatat di sisi Allah.

πŸ’š RM150 / 1 Set Kain Kafan

🏦 Bank Rakyat
1101662633
AMAL Kuching

πŸ“² WhatsApp: 019-855 7806

Tidak perlu menunggu kaya untuk bersedekah.
Yang penting adalah keikhlasan hati untuk memberi.

Semoga Allah menerima setiap infaq, melapangkan rezeki para penyumbang, mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan menjadikannya bekalan menuju negeri yang kekal abadi.

β€œSumbangan Kain Kafan Untuk Akhirat Anda.”

🀲 Jom tinggalkan sesuatu di dunia yang akan kita temui kembali di akhirat.

Alhamdulillah.Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kutipan Infaq Pembelian Enjin Van Jenazah Amal 1 (VJA1) tela...
30/07/2026

Alhamdulillah.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kutipan Infaq Pembelian Enjin Van Jenazah Amal 1 (VJA1) telah mencapai sasaran, dengan jumlah terkumpul sebanyak RM9,735.00.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan infaq, berkongsi hebahan dan mendoakan usaha ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan dan keberkatan oleh Allah SWT.

Semoga pahala infaq yang disumbangkan terus mengalir selagi Van Jenazah Amal 1 memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

Jazakumullahu khairan kathira.

RAYUAN INFAQ PEMBELIAN ENJIN VAN JENAZAH AMAL 1 (VJA 1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Van Jenazah AMAL 1 (VJA 1) merupakan van jenazah wakaf pertama yang digunakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti Kuching (AMAL) sejak penubuhannya pada tahun 2021.

Selama lebih empat tahun berkhidmat, VJA 1 telah membantu menghantar jenazah Muslim dan bukan Muslim ke tanah perkuburan, sehingga ke Miri dan kawasan pedalaman Sarawak. Ribuan kilometer telah ditempuh demi memastikan setiap urusan terakhir insan tersayang dapat disempurnakan dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Kini, kami diuji apabila enjin van ini mengalami kerosakan serius dan tidak lagi dapat dibaiki. Bagi memastikan perkhidmatan ini dapat diteruskan tanpa gangguan, kami perlu menggantikan enjin dengan kos sebanyak:

πŸ’š RM9,670
(Termasuk kos pengangkutan enjin dari Miri)

Sehubungan itu, kami merayu kepada orang ramai agar sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan pembelian enjin baharu untuk VJA 1.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
AMAL Kuching

Bank Rakyat
No. Akaun: 1101662633
πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 019-857806

"Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membeli sebuah enjin, tetapi membantu memastikan perjalanan terakhir insan yang telah pergi dapat diteruskan dengan penuh penghormatan."

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Aamiin.

RAYUAN INFAQ PEMBELIAN ENJIN VAN JENAZAH AMAL 1 (VJA 1)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Van Jenazah AMAL 1 (VJ...
28/07/2026

RAYUAN INFAQ PEMBELIAN ENJIN VAN JENAZAH AMAL 1 (VJA 1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Van Jenazah AMAL 1 (VJA 1) merupakan van jenazah wakaf pertama yang digunakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti Kuching (AMAL) sejak penubuhannya pada tahun 2021.

Selama lebih empat tahun berkhidmat, VJA 1 telah membantu menghantar jenazah Muslim dan bukan Muslim ke tanah perkuburan, sehingga ke Miri dan kawasan pedalaman Sarawak. Ribuan kilometer telah ditempuh demi memastikan setiap urusan terakhir insan tersayang dapat disempurnakan dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Kini, kami diuji apabila enjin van ini mengalami kerosakan serius dan tidak lagi dapat dibaiki. Bagi memastikan perkhidmatan ini dapat diteruskan tanpa gangguan, kami perlu menggantikan enjin dengan kos sebanyak:

πŸ’š RM9,670
(Termasuk kos pengangkutan enjin dari Miri)

Sehubungan itu, kami merayu kepada orang ramai agar sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan pembelian enjin baharu untuk VJA 1.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
AMAL Kuching

Bank Rakyat
No. Akaun: 1101662633
πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 019-857806

"Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membeli sebuah enjin, tetapi membantu memastikan perjalanan terakhir insan yang telah pergi dapat diteruskan dengan penuh penghormatan."

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Aamiin.

Assalaamualaikum wbtπŸŒ™ RAMADHAN INI,JANGAN BIAR MEREKA BERLAPAR.RM100 anda bukan sekadar bakul makanan,tetapi nafas untuk...
18/02/2026

Assalaamualaikum wbt

πŸŒ™ RAMADHAN INI,
JANGAN BIAR MEREKA BERLAPAR.

RM100 anda bukan sekadar bakul makanan,
tetapi nafas untuk bertahan,
harapan untuk esok,
dan senyuman untuk Syawal.
300 keluarga sedang menunggu,
bukan kemewahan…
cukup untuk hidup dengan maruah.

🧺 1 Bakul Makanan = RM100
✨ 1 Sumbangan = 1 Keluarga Tersenyum

Salurkan sumbangan anda ke:
🏦 Bank Rakyat
AMAL Kuching
No. Akaun: 1101 6626 33

πŸ“² Sila WhatsApp bukti transaksi ke:
019-855 7806
(Untuk kemaskini sumbangan)

πŸŒ™ INFAQ SET KAIN KAFAN – AMAL KUCHING 🀲Setiap insan pasti akan kembali kepada-Nya.Jadikan infaq anda sebagai bekalan akh...
25/01/2026

πŸŒ™ INFAQ SET KAIN KAFAN – AMAL KUCHING 🀲

Setiap insan pasti akan kembali kepada-Nya.

Jadikan infaq anda sebagai bekalan akhirat yang tidak putus pahalanya.

AMAL Kuching membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq Set Kain Kafan bagi membantu urusan pengurusan jenazah saudara seIslam yang memerlukan.

πŸ’š Harga 1 set: RM150 sahaja
Infaq anda sangat bermakna bagi mereka yang tiada kemampuan,
dan menjadi saham amal jariah berpanjangan buat anda.

πŸ“Œ Salurkan infaq ke:

🏦 Bank Rakyat
1101 6626 33
AMAL Kuching

πŸ“² Sila hubungi / WhatsApp:

019-855 7806 (Hotline 24 Jam)

β€œBarang siapa yang memudahkan urusan seorang mukmin,
maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”

✨ Ayuh bersama AMAL Kuching, kita hidupkan budaya saling membantu.

https://www.facebook.com/share/p/17xKZy4yfT/

_Assalaamualaikum wbt_Salam Jumaat BarokahAYUK SERTAI PERKONGSIAN SAHAM AMAL JARIAH AMAL KUCHING*PERKHIDMATAN AMAL KUCHI...
23/01/2026

_Assalaamualaikum wbt_

Salam Jumaat Barokah

AYUK SERTAI PERKONGSIAN SAHAM AMAL JARIAH AMAL KUCHING

*PERKHIDMATAN AMAL KUCHING*

Perkhidmatan Amal Kuching menyediakan bantuan kepada masyarakat secara 24 jam, khususnya dalam urusan melibatkan pengurusan dan penghantaran jenazah.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

βœ… *Pengurusan Jenazah*
🚐 *Van Jenazah (Muslim & Non-Muslim)*
πŸš‘ *Perkhidmatan Ambulans*
πŸ›οΈ *Penyediaan Katil Pesakit*
🌍 *Penghantaran Jenazah Seluruh Borneo (Transit)*

Orang ramai yang ingin berkongsi saham amal jariah dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan bagi menyokong operasi kebajikan ini agar dapat terus membantu ummah yang memerlukan.
Salurkan sumbangan anda melalui:

πŸ“² Imbas QR Code pada poster atau

🏦 Bank Rakyat
Nama Akaun: AMAL KUCHING
No. Akaun: 1101662633

πŸ“ž Hotline 24 Jam: 019-855 7806

(Segera untuk urusan kecemasan)

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

🀲 β€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

_Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh_*PEMAKLUMAN LOKASI BAHARU AMAL KUCHING*Amal Kuching dengan sukacitanya ingi...
16/01/2026

_Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh_

*PEMAKLUMAN LOKASI BAHARU AMAL KUCHING*

Amal Kuching dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa lokasi operasi baharu kini telah dibuka bagi memudahkan urusan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

πŸ“ Alamat:
Ground Floor Sublot 352,
Taman Sumber Alam,
Jalan Sultan Tengah,
Kuching.

https://goo.gl/maps/9wwQyb8hAB6D34cR6

πŸ“ž Hotline: *019-855 7806*

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Amal Kuching adalah seperti berikut:

β€’ Pengurusan Jenazah
β€’ Van Jenazah
β€’ Perkhidmatan Ambulans
β€’ Penyediaan Katil Pesakit

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi menyokong usaha kebajikan ini boleh menyalurkan sumbangan melalui imbasan *Kod QR DuitNow atau ke akaun Bank Rakyat: 1101 662 633.*

Semoga dengan pembukaan lokasi baharu ini, Amal Kuching dapat terus memberikan khidmat yang terbaik serta membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda.

PENUTUP TIRAI 2025Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, AMAL Kuching bersama Rakan Gabungan Van Jenazah Saraw...
31/12/2025

PENUTUP TIRAI 2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, AMAL Kuching bersama Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak telah menutup tirai tahun 2025 dengan penuh rasa syukur atas segala amanah, kepercayaan serta sokongan berterusan yang diberikan oleh masyarakat.

Sepanjang tahun 2025, AMAL Kuching kekal komited melaksanakan khidmat fardhu kifayah dan kebajikan kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Setiap perkhidmatan yang disampaikan berteraskan nilai keikhlasan, kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan demi membantu mereka yang memerlukan.

Bagi tempoh ini, AMAL Kuching telah merekodkan pencapaian perkhidmatan seperti berikut:

β–ͺ Pengurusan Jenazah: 614 kes
β–ͺ Perkhidmatan Ambulans AMAL: 251 kes
β–ͺ Pinjaman Katil Pesakit: 130 unit

Angka-angka ini bukan sekadar statistik, malah mencerminkan keperluan sebenar masyarakat serta tanggungjawab besar yang digalas oleh pasukan AMAL Kuching saban hari, siang dan malam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengguna perkhidmatan AMAL Kuching, para sukarelawan yang tidak mengenal erti penat lelah, serta para penyumbang dan penyokong yang sentiasa berkongsi saham amal jariah bersama kami.

Sesungguhnya, setiap sumbangan dalam bentuk tenaga, masa, idea dan kewangan amat bermakna dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan ini dapat diteruskan demi manfaat ummah.

Semoga segala kebaikan yang disumbangkan sepanjang tahun 2025 ini diterima sebagai amal soleh, dilipatgandakan ganjarannya serta menjadi bekalan berharga di akhirat kelak.

InsyaAllah, AMAL Kuching akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad yang lebih utuh untuk berkhidmat, membantu dan menyantuni masyarakat pada tahun-tahun mendatang.

Untuk makluman semua, bermula 1 Januari 2026, AMAL Kuching secara rasminya telah berpindah dan mula beroperasi di premis baharu yang beralamat di:

Sublot 352
Taman Sumber Alam Sanctuary
πŸ“ https://maps.app.goo.gl/2AXz2b1nd853Wec2A?g_st=ac

Perpindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AMAL Kuching bagi memperkukuh sistem operasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan kebajikan dan fardhu kifayah kepada masyarakat.

Kepada para dermawan dan penyumbang yang ingin terus berkongsi saham amal jariah bersama kami, sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 1101662633
Nama Akaun: AMAL Kuching

Setiap sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan seperti pengurusan jenazah, perkhidmatan ambulans serta bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi sebarang urusan kecemasan atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan, orang ramai boleh menghubungi HOTLINE 24 JAM AMAL Kuching di talian:
πŸ“ž 019-855 7806

Terima kasih atas sokongan, kepercayaan serta doa yang tidak putus-putus diberikan kepada AMAL Kuching.

Semoga segala sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.

Amiin....

1 place - Katil pesakit Ambulans AMAL

Address

Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share